Hospital Raja Perempuan Zainab II

8 Ramadhan 1430H

Sabtu, 29 Ogos 2009


Kami tiba di Kota Bharu. Saya agak gementar sebab saya memang diakui buta jalan oleh adik-beradik lain.

Apatah lagi di Kota Bharu. Mujur A.yed tunjukkan jalan masuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Kami tiba awal pagi. Bukan waktu melawat. Namun Mama dan Baba tetap usahakan untuk masuk. Saya rasa saya tak perlu bersungguh untuk masuk. Saya tunggu di luar. Malam itu kami tinggal di hotel setentang dengan Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Sebelum tidur, saya ajak A.yed makan roti canai. Pagi itu saya demam.

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Terengganu, Mama dan Baba sekali lagi masuk ke hospital untuk ziarah K.bae. Saya tunggu dalam kereta dengan memakai topeng muka. Saya tak nak sebarkan demam selesema saya di wad bersalin.

Kami bertolak pulang dan dalam perjalanan singgah di Masjid Merang. Saya hantar Baba ke majlis aqad nikah di Tepoh dan saya dan Mama ke Klinik Wan Fazidah di Batu 6. Doktor mengesahkan saya demam selesema biasa cuma saya perlu elakkan diri dari tempat yang sesak dan ramai orang. Saya tiba di rumah dan dapati ada kiriman pos yang perlu dituntut di Pejabat Pos Manir. Saya ke sana dan terus menjemput Baba di Tepoh.

Petang itu Hilman telefon dari Mesir. Saya tanyakan dia khabar Mesir dan dia tanyakan saya khabar saya di Malaysia.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit