Terkandas di Stansted
24 Ogos 2009
12.00am: Ada dua pintu yang perlu kami lepasi sebelum kami tiba ke Gate 16. Untuk kedua-duanya kami perlu menunggu agak lama dengan suasana yang sangat bosan. Kedai-kedai bebas cukai semuanya sudah tutup. Yang menemani kami cumalah bangku yang kebetulan selesa.
12.30am: Kami melepasi pintu pertama. Kemudian tidur di bangku yang tersedia.
1.00am: Melepasi pintu kedua. Dari pintu ini, kami perlu menaiki tram menuju ke Gate 16. Kami antara yang terawal, namun memilih untuk baring di atas lantai. Bersih. Tak ada masalah. Berkarpet pula. Tiba-tiba kami diberitahu pesawat kami ditangguhkan penerbangannya hingga ke waktu yang diberitahu. Aduh. Macam mana nak beritahu K.wa di Malaysia? Kredit sudah habis. Nak telefon K.nor pun, waktu sudah larut malam.
Rupa-rupanya pesawat rosak. Perlu dibaiki dengan segera. Semua penumpang menunggu dengan gelisah. Saya hanya bersahur dengan air liur. Sandwich sudah awal-awal lagi habis. Air pun tak ada.
3.50am: Berpandukan jadual solat yang telah saya sedia awal dari Mesir dan kompas kiblat yang saya dapat percuma dari Maktabah Tauhid -- kedai alat tulis berhampiran rumah saya di Mesir, saya tunaikan Solat Subuh. Ketenangan dan kekuatan meresap masuk dalam jiwa. Jika kita tolong agama Allah Subhanahu wa Taala, Allah Subhanahu wa Taala akan tolong kita.
Saya hubungi K.nor dan nyatakan keadaan saya. Mujur banyak syiling yang berbaki. Namun, mahalnya kadar telefon awam di sana sangat terasa. Dengan GBP1 (RM6) cuma dapat berbual sekitar 10 minit.
4.30am: Akhirnya kami semua dipanggil untuk menaiki pesawat. Saya tak tunggu lama untuk mencelah-celah di antara manusia yang ramai semata-mata untuk cepat dapat tempat duduk. Saya duduk di lajur tengah. Di sebelah kanan saya Syahir dan sebelahnya Nik. Sebelah kiri saya seorang perempuan Cina. Tak lama selepas itu dia tukar tempat duduk. Tersalah kerusi rupanya. Tempatnya digantikan salah seorang dari ahli rombongan pasukan bola sepak Kelantan. Tak tahu apa jawatannya. Yang pasti bukan pemain. Tak lama selepas itu dia pula beralih ke tempat duduk lain. Katanya dia bersama ayahnya yang kurang sihat. Maka, dia beralih ke tempat duduk yang dekat dengan ayahnya.
5.00am: Pesawat berlepas. Air Asia X, untuk penerbangan lebih dari empat jam tidaklah seteruk yang digambarkan. Cuma makanan dan comfort kit dijual berasingan. Tempat duduknya selesa dan tidak terlalu sempit. Kebetulan saya beli comfort kit, maka dapatlah saya tidur dengan lebih selesa.
Saya puji layanan Air Asia X. Mereka layan keperluan penumpang untuk solat. Malah, makanan kami pun disimpan dan diberikan dua sekaligus ketika masuk waktu berbuka. Saya tanyakan waktu solat kepada pramugara yang bertugas. Dia nampak berfikir sejenak sebelum dia menjawab, "Nanti saya tanya kapten." Tak lama kemudian dia datang dengan penerangan bilakah masuk waktu Zohor, bilakah masuk waktu Asar. Kuncinya, tanya.
Perjalanan mengambil masa 14 jam. Saya masih bertanya-tanya, bagaimana nasib saya di Malaysia kelak. Siapa yang akan menjemput saya?

Ulasan
Catat Ulasan