Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Ayat-ayat pilihan (9/6/2011)

Surah Al-A'raf 7:155 - Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.

Video: Cahaya risalah dan manfaatkan masa pada pelbagai keadaan (Arab)

Imej
Video yang disampaikan oleh Habib Omar bin Hafiz pada malam Jumaat, 1 Rejab 1432H di Dar Al-Mustafa . Kredit kepada anwarway dan HabibOmarCom .

Ayat-ayat pilihan (6/6/2011)

Surah An-Nisa 4:148 - Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui. 4:153 - Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk menga

Tutorial: Facebook privacy settings

Imej
Semakin ramai yang menggunakan Facebook, semakin perlu anda tahu bagaimana untuk mengawal privasi akaun Facebook anda. Pilih Account > Privacy Settings dan anda akan temui empat pilihan untuk Sharing on Facebook. 1. Everyone: Semua orang boleh melihat semua maklumat yang anda masukkan termasuk gambar dan mereka boleh tinggalkan komen pada posts anda. 2. Friends of Friends: Kawan kepada kawan anda boleh melihat status, gambar dan posts anda, tetapi mereka tak boleh komen. 3. Friends Only: Hanya kawan anda yang boleh melihat dan komen pada status, gambar dan posts. 4. Recommended: Semua orang boleh lihat gambar anda. Kawan kepada kawan anda boleh tahu tarikh lahir anda dan gambar-gambar yang ditag pada anda. Hanya kawan anda yang boleh tinggalkan komen.

Video: Digital life -- today and tomorrow

Imej
Fakta tentang kehidupan digital, sekarang dan masa depan. Satu perkara yang signifikan tentang masa depan (2015) ialah meluasnya penggunaan mobile device. Jadi, kepada web developers, sekarang adalah masa yang sesuai untuk belajar responsive web design .

Video: Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang berdosa

Imej
Video yang memberi kesan pada jiwa disampaikan oleh Habib Ali Al-Jifri . Merupakan petikan daripada rancangan Ayyuhal Murid . Video dalam Bahasa Arab. Kredit kepada anwarway dan alkaff90 .

Rejab

Tak sedar Rejab menghampiri. Mujur ada kawan yang ingatkan di Facebook. Maka, sempena bulan Rejab ini, sama-sama kita perbanyakkan ibadah seperti: 1. Membaca Al-Quran 2. Solat berjemaah dan solat-solat sunat 3. Puasa sunat 4. Belajar 5. Berdoa Ramadhan semakin dekat...

Being bad

This is not the first time I choose to do something against my will. Certainly not the last. Since the will is not necessarily correct. And not necessarily wrong. The other day, my hand restrained from sending a text message to state how much I wish for more. And today, it is restrained again from saying hi. Not that I was traumatic to a roller coaster. But, let me finish my first ride first. Then I will consider the next one. And this is not a promise. :P