Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Peringatan

Peringatan itu datang dalam pelbagai bentuk. Kerana kita manusia. Dan Allah Tuhan kita.

Kita manusia, maka keperluan kita berbeza mengikut peringkat usia, suasana dan masa. Allah Tuhan kita. Yang Maha Bijaksana, menegur hambaNya dengan cara yang paling sesuai dengan dirinya.

Kegagalan kita untuk mengakui peranan hamba yang kita pegang akan buat kita lakukan pertimbangan-pertimbangan yang tidak matang. Maka kita ditegur dan disampaikan pesan dengan kaedah yang terbaik yang telah Allah tetapkan.

600mm belum tamat. Bahkan baru sahaja selesai satu bab daripada dua bab. Bab kedua adalah penentu, sama ada 600mm ini satu cita-cita yang berhasil atau tidak.

Bila kita tiada agenda, maka kita sebenarnya memperjuangkan agenda orang lain tanpa kita sedari. Kita perlu ada agenda. Cuma mungkin kita boleh bekerjasama dengan agenda-agenda lain yang sehaluan.

Saat tubuh mulai terbang melayang untuk menggapai bintang, maka datanglah pesanan-pesanan yang memegang kaki agar tidak terlalu jauh melayang. P…

Wangi

Entah dengan siapa saya bersalam. Lekat bau wangi untuk satu tempoh yang lama.

Semalam pula, selepas nak teksi, lekat bau rokok. Macam saya pula yang hisap rokok.

Fitrah asal manusia sukakan bau wangi dan tak suka bau busuk. Jangan sampai terbiasa dengan bau busuk, nanti pening kepala bila cium bau wangi.

Selamat malam: Akal dan hati

Beberapa detik sebelum tidur, ambil sedikit masa untuk memerhati semula apa yang telah berlaku. Agar yang baik dapat diteruskan. Agar yang buruk dapat dibuang.

Berada di tempat baru menguji kemampuan kita untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Kemahiran bagaimana untuk mendekatkan jarak kehidupan lama dengan kehidupan baru agar tidak terasa terlalu kekok. Tak ingin jadi anak manja yang banyak merengek.

Setiap hari kita dibentangkan dengan peluang untuk majukan diri. Pilihan terletak pada akal kita. Bukan pada tangan. Tangan itu hanya majaz.

Sedikit tersentak tadi bila baca apa yang ditulis Dr. Ramadhan Al-Bouti dalam Fiqh As-Sirah yang menyatakan bahawa manusia diciptakan dengan akal dan hati. Akal untuk berfikir dan beriman dengan kebenaran. Hati untuk sayang pada apa yang Allah subhanahu wa taala suruh dan benci pada apa yang Allah subhanahu wa taala marah.

Dua aspek yang saling melengkapi.

Maka ambil masa sejenak untuk menilai; antara kita dan kebenaran, dan pada apakah yang …

600mm

"Secara kasarnya, segala berjalan dengan lancar. Aku dapat pergi dengan aman. Dengan tenang...... Cuti ini cuti yang terbaik. Aku harap aku dapat pulang dengan baik!"Itu catatan saya pada 6 November 2009. Esok, genap setahun. Dari satu sudut, masa terasa bergerak dengan pantas. Tapi dari sudut pandang yang ini, saya rasakan masa bergerak dengan perlahan. Hinggakan dalam tempoh setahun, banyak peristiwa sempat berlaku. Hingga tak mampu untuk saya padatkan kepada beberapa ayat, apatah lagi perkataan.

Sepanjang tempoh itu, ada perkara-perkara yang saya hilang. Sepanjang tempoh itu, ada perkara-perkara yang saya dapat. Namun, semua itu tak menghalang masa dari terus bergerak ke hadapan, tanpa menoleh ke belakang walau sesaat. Dan saya turut terikut sama ke hadapan.

Pilihan kedua adalah untuk duduk diam. Melayani setiap helai perasaan. Perasaan bangga dengan apa yang dikurnia dan meratap dengan apa yang terlepas. Yang tentunya tak mengubah apa-apa.

Setahun. 365 hari.

Dalam mengur…