Peringatan

Peringatan itu datang dalam pelbagai bentuk. Kerana kita manusia. Dan Allah Tuhan kita.

Kita manusia, maka keperluan kita berbeza mengikut peringkat usia, suasana dan masa. Allah Tuhan kita. Yang Maha Bijaksana, menegur hambaNya dengan cara yang paling sesuai dengan dirinya.

Kegagalan kita untuk mengakui peranan hamba yang kita pegang akan buat kita lakukan pertimbangan-pertimbangan yang tidak matang. Maka kita ditegur dan disampaikan pesan dengan kaedah yang terbaik yang telah Allah tetapkan.

600mm belum tamat. Bahkan baru sahaja selesai satu bab daripada dua bab. Bab kedua adalah penentu, sama ada 600mm ini satu cita-cita yang berhasil atau tidak.

Bila kita tiada agenda, maka kita sebenarnya memperjuangkan agenda orang lain tanpa kita sedari. Kita perlu ada agenda. Cuma mungkin kita boleh bekerjasama dengan agenda-agenda lain yang sehaluan.

Saat tubuh mulai terbang melayang untuk menggapai bintang, maka datanglah pesanan-pesanan yang memegang kaki agar tidak terlalu jauh melayang. Perlu ingat bumi. Ingat tanah. Ingat mati. Sebelum mati, ada hal-hal yang perlu diselesaikan. Perlu dilangsaikan.

Ambil masa sejenak dan renungi perjalanan hidup yang penuh warna-warni ini. Ada ketika ia bersinar dan bercahaya. Ada ketika ia pudar dan kelam. Namun, apabila digabungkan dan dicantumkan, ia akan menghasilkan satu gambaran yang indah tentang betapa bijaksananya Tuhan.

Saya akui kelemahan dan kekurangan. Sangat perlu dan bergantung kepada Dia sebagai sumber kekuatan. Dialah As-Sattar, Yang Maha Menutupi segala kelemahan. Dialah Ar-Rahman, Yang Maha Mengasihi hamba-hambaNya, terutamanya yang beriman.

Sedikit kesempatan ini, saya mengajak diri saya dan kawan-kawan untuk memperbaharui iman dan azam. Azam untuk jadi baik. Dan bersama-sama orang yang baik-baik. Moga-moga disudahkan dalam keadaan yang baik.

Amiin ya Rabb.

Ulasan

  1. TS juga berharap .. azam tahun baru ini akan lebih menyinari dan memberikan kesedaran kepada TS


    TS ada tag di blog yer.. sila jawab

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit