Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Pengumuman

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."
(Ar-Rum: 21)

Legasi

Quick update.

Dulu, bila mula sampai di sini, tanam azam, agar kepulangan nanti adalah kepulangan yang dikenang orang.

Maka, semangat untuk kerja sungguh-sungguh. Tinggal legasi, bak kata orang.

Tapi, hari ini, bila kepulangan itu semakin hampir, tak lagi berazam hal yang sama.

Kini, sangat harap, kepulangan nanti bukanlah kepulangan yang disedari. Gerak kerja tetap tak cacat, dan posisi kini ada yang mengganti. Yang ditinggalkan dapat bergerak terus tanpa terkesan.  Lebih cekap, lebih baik.

Inilah yang saya belajar dari hidup. Setiap hari, ada pedoman yang boleh diteladani.

Apa yang saya utarakan hari ini, esok nanti, mungkin berubah lagi.

Harapnya Ar-Rahman akan menuntun ke arah yang lebih baik, amiin.

2012

2011 banyak berlaku kejadian tak terjangka. Full of surprises.

Dan saya tak fikir 2012 akan dapat saya lalui dengan lebih mudah. Usia bertambah seiring dengan tanggungjawab. Tanggung sekarang, jawab kemudian. Bila di sana kelak.

Ada beberapa perkara yang saya tunggu sepanjang 2012:
1. Pilihanraya Umum Malaysia yang ke-13
2. Presiden baru Mesir
3. Pulang ke Malaysia

Saya harap tuan-tuan turut doakan yang terbaik untuk semua orang.

حسبنا الله ونعم الوكيل