Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Jadual peperiksaan

Untuk mahasiswa tahun empat, Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah sesi 2010/11.

8/1 - Tafsir Ayat Al-Ahkam
11/1 - English
15/1 - Lughah Arabiyyah (Adab dan Balaghah)
18/1 - Qa'ah Bahas (Qawaid Fiqhiyyah)
22/1 - Qawaid Fiqhiyyah

Doakan kejayaan kami semua.

اللهم اجعلنا من الناجحين

Kronologi peristiwa sepanjang 2010

Berubah untuk mengubah

Aku ingin berubah
Tetap akan berubah
Mengubah untuk perubahan
Yang mengubahkan kejadian

Ubahlah
Kerana ia sungguh mudah
Yang sukarnya adalah istiqamah
Kerana itu adalah karamah

Berteman biar benar-benar jujur
Bukan kerana duit, atau akupuntur
Tapi untuk saling menegur
Dengan suara yang tidak inginkan masyhur


Ramadhan Awang
April 2008

Mimpi

Ia datang dalam bentuk yang pelbagai. Dan meninggalkan kesan yang pelbagai.

Ada sesetengah mimpi boleh diabaikan. Sebahagian yang lain boleh digunakan untuk memberi kekuatan dalam meneruskan hidup.

Tapi harus sentiasa positif dalam mentafsirkannya.

Moga ia sebenarnya menggambarkan keazaman saya yang kuat dan keinginan saya yang jujur. Moga Allah menggantikan apa yang saya telah terlepas dengan apa yang lebih baik.

Amiin.

Perjuangan dan perbincangan

Saya pernah mengikuti banyak sesi perbincangan. Atas pelbagai isu.

Antara sesi-sesi tersebut, ada perbincangan yang isunya adalah isu yang saya ingin perjuangkan. Ingin saya usahakan. Ingin saya jadikan ia kenyataan. Maka perbincangan tersebut berjalan sebagaimana yang diarahkan. Fikiran disatukan dan hasil dibentang.

Alhamdulillah, selesai.

Beberapa tempoh berlalu. Bila saya bentangkan apa yang telah saya buat, ia disambut dengan hambar. Seolah-olah ingin katakan pada saya, "Masa sudah berlalu. Tapi anda masih tersekat di sana."

Sesi perbincangan telah habis. Sepatutnya saya telah bergerak ke sesi perbincangan yang lain.

Ya, banyak lagi sesi-sesi perbincangan akan berlangsung selepas ini. Atas pelbagai isu. Tapi saya kurang senang dengan suasana ini. Seolah-olah kita hanya perjuangkan isu tersebut dalam sesi perbincangan sahaja. Di luar sesi, kita tetap seperti biasa.

Anda faham apa yang saya maksudkan? Boleh anda bantu saya? Bagaimanakah sepatutnya saya bertindakbalas terh…

Peringatan

Peringatan itu datang dalam pelbagai bentuk. Kerana kita manusia. Dan Allah Tuhan kita.

Kita manusia, maka keperluan kita berbeza mengikut peringkat usia, suasana dan masa. Allah Tuhan kita. Yang Maha Bijaksana, menegur hambaNya dengan cara yang paling sesuai dengan dirinya.

Kegagalan kita untuk mengakui peranan hamba yang kita pegang akan buat kita lakukan pertimbangan-pertimbangan yang tidak matang. Maka kita ditegur dan disampaikan pesan dengan kaedah yang terbaik yang telah Allah tetapkan.

600mm belum tamat. Bahkan baru sahaja selesai satu bab daripada dua bab. Bab kedua adalah penentu, sama ada 600mm ini satu cita-cita yang berhasil atau tidak.

Bila kita tiada agenda, maka kita sebenarnya memperjuangkan agenda orang lain tanpa kita sedari. Kita perlu ada agenda. Cuma mungkin kita boleh bekerjasama dengan agenda-agenda lain yang sehaluan.

Saat tubuh mulai terbang melayang untuk menggapai bintang, maka datanglah pesanan-pesanan yang memegang kaki agar tidak terlalu jauh melayang. P…

Wangi

Entah dengan siapa saya bersalam. Lekat bau wangi untuk satu tempoh yang lama.

Semalam pula, selepas nak teksi, lekat bau rokok. Macam saya pula yang hisap rokok.

Fitrah asal manusia sukakan bau wangi dan tak suka bau busuk. Jangan sampai terbiasa dengan bau busuk, nanti pening kepala bila cium bau wangi.

Selamat malam: Akal dan hati

Beberapa detik sebelum tidur, ambil sedikit masa untuk memerhati semula apa yang telah berlaku. Agar yang baik dapat diteruskan. Agar yang buruk dapat dibuang.

Berada di tempat baru menguji kemampuan kita untuk menyesuaikan diri dengan suasana baru. Kemahiran bagaimana untuk mendekatkan jarak kehidupan lama dengan kehidupan baru agar tidak terasa terlalu kekok. Tak ingin jadi anak manja yang banyak merengek.

Setiap hari kita dibentangkan dengan peluang untuk majukan diri. Pilihan terletak pada akal kita. Bukan pada tangan. Tangan itu hanya majaz.

Sedikit tersentak tadi bila baca apa yang ditulis Dr. Ramadhan Al-Bouti dalam Fiqh As-Sirah yang menyatakan bahawa manusia diciptakan dengan akal dan hati. Akal untuk berfikir dan beriman dengan kebenaran. Hati untuk sayang pada apa yang Allah subhanahu wa taala suruh dan benci pada apa yang Allah subhanahu wa taala marah.

Dua aspek yang saling melengkapi.

Maka ambil masa sejenak untuk menilai; antara kita dan kebenaran, dan pada apakah yang …

600mm

"Secara kasarnya, segala berjalan dengan lancar. Aku dapat pergi dengan aman. Dengan tenang...... Cuti ini cuti yang terbaik. Aku harap aku dapat pulang dengan baik!"Itu catatan saya pada 6 November 2009. Esok, genap setahun. Dari satu sudut, masa terasa bergerak dengan pantas. Tapi dari sudut pandang yang ini, saya rasakan masa bergerak dengan perlahan. Hinggakan dalam tempoh setahun, banyak peristiwa sempat berlaku. Hingga tak mampu untuk saya padatkan kepada beberapa ayat, apatah lagi perkataan.

Sepanjang tempoh itu, ada perkara-perkara yang saya hilang. Sepanjang tempoh itu, ada perkara-perkara yang saya dapat. Namun, semua itu tak menghalang masa dari terus bergerak ke hadapan, tanpa menoleh ke belakang walau sesaat. Dan saya turut terikut sama ke hadapan.

Pilihan kedua adalah untuk duduk diam. Melayani setiap helai perasaan. Perasaan bangga dengan apa yang dikurnia dan meratap dengan apa yang terlepas. Yang tentunya tak mengubah apa-apa.

Setahun. 365 hari.

Dalam mengur…

Kulit

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Takut aib jadi sakit

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Harap akhirnya jadi baik

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Taubat dari azab yang perit

Kulit demi kulit
Untuk tutup aib
Kulit demi kulit
Moga akhirnya dikapan dengan baik

Kulit demi kulit


Ramadhan Awang

10.10.10, 10.10am GMT, Pelancaran Ubuntu 10.10

Penat menunggu. Akhirnya tiba juga.

Ubuntu 10.10. Keseinambungan dari Ubuntu 10.04 yang dilancarkan pada April 2010.

Ubuntu adalah operating system yang berasaskan sistem Linux yang dijadualkan pembaharuan versi dua kali setiap tahun; April dan Oktober.

April yang lalu telah menyaksikan perubahan yang ketara berbanding versi 9.10. Daripada pemerhatian saya, 10.04 lebih mendekati gaya MacOS.

Saya baru beberapa jam menggunakan Ubuntu 10.10. Ada beberapa perkara yang telah diperbaiki dan ada beberapa perkara masih belum diselesaikan. Secara keseluruhan, tidak banyak beza dengan versi 10.04 jika dilihat dari sudut paparan. Tapi, dari sudut user friendly, saya dapat rasakan peningkatan yang ketara.

Ubuntu maju dengan cepat dari versi ke versi. Komitmen untuk menyediakan versi baru dua kali setahun adalah usaha yang patut dipuji. Apatah lagi Ubuntu diedarkan secara percuma.

Cuma, untuk jarak antara Ubuntu dan Windows, masih jauh. Dengan MacOS, mungkin lebih dekat.

Masih terlalu awal untuk sa…

John Lennon

9 Oktober 2010. Google meraikan hari kelahiran John Lennon yang ke-70, salah seorang pengasas band The Beatles.

John Lennon telah meninggal dunia pada 8 Disember 1980 ketika berusia 40 tahun. Mati ditembak.

Adakah saya peminat John Lennon? Adakah saya peminat band The Beatles?

Tak.

Maklumat ini saya tahu semata-mata kerana Google mempromosinya dan memudahkan pencarian maklumat yang berkenaan.

Oh, alangkah menarik andainya Google turut mempromosi tokoh-tokoh Islam, kan?

Bagaimana untuk berbagi?

Bagaimana untuk berbagi? Andai semua telah diberi Sedikit di sana, sedikit di sini Dalam tangan sudah tiada lagi Bagaimana untuk berbagi? Yang dikembalikan tak lagi asli Ambil masa lama untuk dibaiki Belum sempat pulih sudah direbut lagi Bagaimana untuk berbagi?
Ramadhan Awang

Kisah Seorang Jutawan II

Image by abi hasan via Flickr Akhirnya jutawan tersebut memilih pengikutnya yang pandai mengurus. Pada hematnya, empayar perniagaannya yang besar perlu diteruskan kerana padanya ada pekerja-pekerja yang bergantung hidup dengannya. Maka urusan pemilihan pengganti bukanlah urusan yang main-main. Juga tidak boleh pilih orang yang main-main.

Kisah Seorang Jutawan

Image via Wikipedia
Dia seorang jutawan. Sentiasa berpakaian segak dan kemas. Bertutur dengan perkataan yang terpilih. Sangat hebat mengurus hingga berjaya membentuk empayar perniagaan yang besar.

Tak ramai yang mampu menjadi seperti dia. Kalau mampu pun mungkin hanya sebahagian dari sifatnya sahaja yang mampu orang lain ikuti.

Nak dijadikan cerita, dia mempunyai tiga orang pengikut setia.

Hari terbaikku (versi Ramadhan)

Image by koalazymonkey via Flickr
Setiap hari kita melalui rutin. Ada orang rutinnya padat dan sibuk. Yang lain rutinnya ringkas dan tak bermakna. Untuk dirinya dan diri orang lain.

Saya berpendapat semua orang perlu ada rutin yang hebat, barulah dia berjaya menggunakan segala potensi diri yang dia ada.

Salah satu cara untuk melatih diri dengan rutin yang baru adalah dengan membayangkan gambaran perjalanan seharian dengan jelas sebelum tidur. Kesannya, perjalanan untuk esok hari akan lebih terancang dan tidak lagi dalam keadaan malas-malas.

Di sini saya kongsikan apa yang saya namakan sebagai 'Hari terbaikku' versi Ramadhan.

Indah

Image via Wikipedia Katakanlah bahawa aku seorang yang tidak tetap pendirian. Kerana aku sememangnya begitu.

Aku mudah terpesona melihat keindahan dan aku akan kaku terpegun di mana sahaja keindahan itu hinggap. Akan aku korbankan satu-satunya harta yang aku ada iaitu masa hanya untuk menghampirinya. Sungguhpun aku yakin bahawa aku tak akan mampu memilikinya.

Hari ini aku terpukau lagi. Tenggelam asyik dalam keindahan.

Cuma ku berharap kali ini tidak terlalu lama. Ada banyak tugas untuk dilaksana.

Juga kerana aku sedar, bahawa hidup ini tidak hanya dibentangkan dengan hal yang indah-indah.

Ramadhan terakhir

Bagaimana jika Ramadhan ini Ramadhan terakhir anda?



ISMA-Mesir akan mengadakan program persediaan Ramadhan dengan tema 'Ramadhan Terakhir' di Dewan Rumah Sarawak, Hayyu Asyir.

Memang Ramadhan menjanjikan suasana serba lain di Mesir. Seakan-akan semua orang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Yang paling mudah untuk dilihat ialah sedekah kurma ketika berbuka dan mengagihkan air sejuk dan minyak wangi di masjid.

Cuma, mungkin tahun ini lebih mencabar berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana cuaca sangat panas sekarang. Sekitar 35 - 42 Celcius. Moga-moga fizikal kami dapat bertahan.

Ramadhan menjadi bukti hebatnya peranan suasana dalam mendidik masyarakat. Sememangnya bulan Ramadhan adalah bulan ibadah. Apabila semua orang sama-sama menahan nafsu kerana Allah Subhanahu wa Taala, maka masing-masing akan saling menguatkan.

Jauh dari rasa cemburu kepada orang yang berbuat maksiat. Bahkan orang yang melazimi maksiat berasa terpinggir dan ingin turut menyertai memeriahkan Ramadhan…

Tak seronok, tak menjadi

Image via Wikipedia Tak seronok buat kerja tak menjadi.

Entah di mana silapnya. Beberapa kali cuba untuk masukkan talian Internet ke rumah Madame Susan. Tak berjaya juga.

Pada mulanya saya cuba gunakan kabel. Entah di mana rosaknya, tak menjadi. Mungkin pada pemasangan RJ di hujung kabel, atau mungkin juga ada kerosakkan pada kabel tersebut. Entahlah.

Malam ini saya cuba gunakan wireless adapter. Kebetulan Madame Susan sudah beli. Tapi signal pula lemah. Langsung tak dapat sambung.

Dan saya masih terasa tercabar. Bukan dengan siapa-siapa. Tapi, dengan diri sendiri. Seakan-akan saya masih belum benar-benar mencuba. Seolah-olah ada sesuatu yang saya terlupa. Yang suatu masa nanti, bila saya sudah jumpa, saya akan tepuk dahi dan berkata, "La, ini je masalahnya."

Khusus untuk masa ini saya maafkan diri saya andai saya terlupa. Sebab dalam masa yang sama, saya perlu bersama kawan-kawan selesaikan hal penempatan. Saya pindah rumah. Dan apabila pindah, anda tahulah bagaimana cerewet…

Idea siapa?

Image by khoraxis via Flickr
Selesai hadiri 'Bengkel Penulisan dan Penerbitan Profesional' anjuran DMS Cairo.

Putus asa

Image via Wikipedia "Hampir saja aku putus asa."



Privasi Facebook

Image via Wikipedia Makin dikejar, makin dia lari.

Tunggu Teduh Dulu

Image by owlbookdreams via Flickr Bodoh. Sendiri sudah banyak masalah, masih selera untuk baca novel yang sarat dengan masalah.

Jiwa besar

Image by Hamed Saber via Flickr
Saya belajar untuk berjiwa besar dengan mereka.

Meter kegembiraan

Image via Wikipedia
Beberapa bulan ini saya mengalami turun naik emosi yang agak ketara.

Biological clock

Image by Thai Jasmine (Catching up...) via Flickr Biological clock merujuk kepada keadaan bagaimana organisma menyesuaikan diri mereka dengan perubahan pada cahaya matahari atau cahaya bulan. Nama lainnya Circadian cycle.

Jatuh

Image by Chasqui via Flickr
Dalam mendaki puncak gunung cita-cita yang tinggi, langkah yang berhati-hati dan pasti itu penting. Biarpun lambat.

Takbirah al-ihram

Image by aeab@ via Flickr

Takbirah al-ihram hanya untuk mereka yang komited.

Perasan

Image by .craig via Flickr "Perasan tak?"

Rabbuna yasamhak!

Image by pmarkham via Flickr
Kena sentiasa bersedia.


Dar As-Salam

Image via Wikipedia
Saya pilih untuk sibuk. Maka saya tak sepatutnya mengeluh kesibukan kerana itu pilihan saya.

4 jenis hati

Image via Wikipedia
Hati ada empat jenis:

Redha

Image via Wikipedia رضيت بالله رباً وبالإسلام ديناً وبمحمد نبياً ورسولاً 

Panas

Image via Wikipedia
Bahang menggigit kulit. Tak nampak. Tapi rasa.

Mengadu

Image by looking4poetry via Flickr
Cukup bagiku Tuhanku tahu
Permintaan dan usahaku
Doa dan rintihanku
Bukti untukku akan kekurangan diriku

Musuh

Image via Wikipedia
Kita melihat seseorang.

Tua

Image by * hiro008 via Flickr
Kita membayangkan bila kita tua kita akan jadi soleh.

Sangka

Image via Wikipedia

Husnu zon bi 'ibadillah.

WatWet

Jika anda berminat untuk updateTwitter anda dengan menggunakan SMS dan anda sedang berada di Mesir, anda boleh gunakan WatWet.

Opera Turbo

Jika anda menghadapi masalah talian Internet yang perlahan, anda boleh gunakan Opera Turbo sebagai penyelesaiannya.

42goals

42goals adalah cara yang mudah untuk menyimpan rekod aktiviti harian anda di web.

Doa ketika ditimpa musibah

Image by Hamed Saber via Flickr إنا لله وإنا إليه راجعون اللهم آجرني في مصيبتي واخلف لي خيراً منها

Bingung

Image by nimboo via Flickr
Apa yang berlaku hari ini buat saya bingung.

Anda permata keluarga anda

Image via Wikipedia
Saya ada satu perkara yang ingin saya sampaikan kepada semua kawan-kawan saya di Mesir.

Kembali ke Blogger/Blogspot

Image by effekt! via Flickr Akhirnya saya kembali semula ke sini setelah hampir sebulan menulis di Posterous. Punca perpindahan adalah masalah Blogger/Blogspot yang enggan untuk load pada waktu saya ingin menulis.

Cuci mata

Lama tak menjenguk forum Pergh.

Terkesan dengan hasil karya forumers di sana.

Jet Aeroplane - lukisan bermood


Cerita yang tak terjangka

Image via Wikipedia
Saya gariskan dua minggu pertama April ini untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh sejak Mac. Namun, siapa sangka, seminggu pertama saja saya sudah didatangi dengan macam-macam cerita yang tak terjangka. Kesannya, masih ada berbaki beberapa tugas yang tak terusik sedang masa cuma tingga empat hari saja lagi.

Sibuk... ke?

Image via Wikipedia
Dada rasa sempit bila mengenangkan kerja yang menimbun. Belum diambil kira kerja-kerja yang tiba-tiba datang yang perlu diselesaikan segera. Ada beberapa kerja yang perlu didahulukan, dan ada yang perlu dikemudiankan. Semua ini perlukan persefahaman dari semua yang terlibat.

Tunggu dulu, April!

Image by boxchain via Flickr
Ada dua hari sebelum April. Ada beberapa kerja tertangguh. Tak mampu luangkan masa untuk siapkan. Maafkan saya! Saya ralat!

Jumpa semula kunci!

Image via Wikipedia
Alhamdulillah, masa makan tengah hari tadi, ternampak kunci rumah yang hilang kelmarin di kaunter. Terus rasa hari ini hari yang bermakna.

Selepas peperiksaan

Image by Rich Anderson via Flickr
Alhamdulillah, peperiksaan sudah tamat. Kenduri Isa dan Mad pun berjalan lancar semalam. Hari ini rehat.

Capai azam anda dengan Joe's Goals

Sudah dua minggu kita berada di tahun 2010. Bagaimana dengan azam anda? Adakah anda sudah laksanakannya? Atau anda sudah mula melupakannya?

Bacaan ketika sujud tilawah, sujud sahwi dan contoh doa selepas solat

Bacaan ketika sujud tilawah:

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِي خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وّشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الخَالِقِينَ
Bacaan ketika sujud sahwi:

سُبْحَانَ مَن لاَيَنَامُ وَلايَسْهُو
Contoh doa selepas solat:

الحَمْدُ لِلهِ رَبِّ العَالَمِين وَبِهِ نَسْتَعِين وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى رَسُولِهِ الأَمِين وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين اللَّهُمَّ اغْفِرْلِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيراً وَلِأَجْدَادِنَا وَلِمَشَايِخِنَا ولِذَوِي الحُقُوقِ عَلَيْنَا وَلِجَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءُ مِنْهُم وَالأَمْوَات اللَّهُمَّ أَحْيِنَا بِالإِيمَان وَأَمِتْنَا بِالإِيمَان وَأَدْخِلَنَا الجَنَّةَ مَعَ الإِيمَان بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِين رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين والحَمْدُلِلهِ رَبِّ العَالَمِين

Artikel pilihan Disember 2009

Image by Getty Images via @daylife
Setiap bulan saya akan senaraikan artikel-artikel yang menerima kunjungan terbanyak di blog ini. Berikut adalah senarai tersebut:

Blog pilihan Disember 2009

Image via Wikipedia
Setiap bulan, saya akan senaraikan 10 blog yang menyumbang kunjungan terbanyak ke blog ini. Berikut adalah senarai blog-blog tersebut:

Jadual peperiksaan

Image by jackhynes via Flickr
Jadual peperiksaan Semester 1 Sesi 2009/2010, Tahun 3, Kuliah Syariah Islamiyyah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir:

Manusia perlu berubah

Image via Wikipedia
Jam 12.00am dan saya masih belum tidur. Baru saja pulang selepas melalui satu hari yang bermacam-macam perkara.