Manusia perlu berubah

Go 12Image via Wikipedia

Jam 12.00am dan saya masih belum tidur. Baru saja pulang selepas melalui satu hari yang bermacam-macam perkara.



Satu hal yang paling besar yang dilakukan hari ini adalah renovate bilik. Benarlah orang kata, musim peperiksaan, macam-macam idea akan muncul. Macam-macam perkara yang dibuat. Berkat banyak membaca. Otak pun berpusing ligat mencari alasan untuk meringankan otak yang tersumbat dengan nota. Maka terjadilah apa yang terjadi.



Kesan dari bilik yang lebih kemas dan tersusun, kedudukan kerusi yang lebih selesa berbanding sebelum ini, saya tukar template blog ini sekali lagi, dan buang segala widget atau gadget yang ada dengan berat hati. Namun, manusia perlu berubah. Perlu mencari dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.

Hakikat kejadian alam ini sentiasa mengalami pembaharuan. Setiap hari sel-sel badan kita mati dan digantikan dengan sel-sel lain. Begitu juga dengan ciptaan Allah yang lain.

Bilik masih belum kemas sepenuhnya. 80% siap. Kerja-kerja berat sudah selesai. Tinggal kerja-kerja yang ringan dan cerewet.

Maaflah kerana sudah lama tidak menulis di blog. Saya ada masalah dengan talian Internet. Saya tak pasti kenapa. Bila saya hantar komen di blog ini, seakan-akan talian terputus. Bila saya cuba baca tulisan saya, seakan-akan talian terputus. Tapi dalam masa yang sama, tetap saja ada yang membaca blog saya.

Maka saya buat kesimpulan awal bahawa blog ini berat. Sebab itu saya buat keputusan ini.

Saya memang tak sarankan mana-mana blogger tukar template banyak kali. Tidak disarankan oleh blogger profesional.

Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk saya dan kawan-kawan pada tahun 2010 ini. Kami kini sedang menduduki peperiksaan akhir semester pertama. Semoga kejayaan meliputi hari-hari kami.

Jangan lupa, esok pagi, hari Jumaat main bola di Suq Sayyarat. Mula jam 6.30am.

Jumpa esok!
Enhanced by Zemanta

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit