Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Ancaman Facebook

Imej
Assalamualaikum wbt.

Sudah lama saya biarkan blog ini tanpa tulisan baru. Memang disengajakan, untuk beri laluan kepada urusan yang lebih penting. Tapi hari ini ada sesuatu yang mengganggu fikiran saya. Yang memaksa saya untuk meninggalkan sedikit pesan kepada tuan-tuan sekalian.

Ancaman Facebook

Semakin hari semakin banyak urusan kita bergantung dengan Facebook. Jika sebelum ini Facebook hanya digunakan untuk mencari kawan lama, kini ia menjadi alternatif kepada medan perbincangan menggantikan medan seperti e-mail group dan forum board. Bahkan untuk sesetengah situasi, adalah lebih mudah untuk menghubungi seseorang menggunakan Facebook Message berbanding SMS, e-mel dan selainnya.

Satu asas yang penting dalam menggunakan teknologi yang patut kita semua pegang adalah, kita yang sepatutnya mengawal teknologi tersebut, bukan sebaliknya.

Sesetengah orang begitu ghairah dengan respon yang mereka terima dari pengguna-pengguna Facebook yang lain sehinggakan terlupa bahawa di sana terdapat an…

Ramadhan sepanjang tahun

Lama tak manfaatkan ruang ini.

Tidak ada apa-apa yang berubah. Cuma kesan dari beberapa peristiwa buat saya mengambil beberapa posisi sementara menunggu situasi reda.

الواجبات أكثر من الأوقات

Fi'lan.

Sebagai lelaki, pertambahan usia diiringi dengan pertambahan tanggungjawab.

Tak hairanlah jika ada yang bertanya kepada sekelompok orang dewasa, "Siapa yang ingin kembali ke zaman kanak-kanak?" maka lelaki yang lebih cenderung untuk berkata 'ya'.


Hantar barang dari Mesir ke Malaysia

Syarikat Darul Bayan/Humaizi menawarkan khidmat penghantaran barang dari Mesir ke Malaysia melalui jalan air pada harga LE190 sekotak (kotak disediakan). Untuk makluman lanjut, sila hubungi wakil-wakil kami seperti berikut:

Meraikan sebuah kemenangan

Alhamdulillah, selesai sudah sebulan madrasah Ramadhan. Pengalaman yang sangat berharga. Setiap Ramadhan menjanjikan pengalaman yang baru. Untuk melihat kehidupan dari sisi-sisi yang dilupakan.
Selesai solat raya, amalan ziarah menziarahi mewarnai keindahan sepanjang hari lebaran. Terasa kehangatan dan kemesraan antara yang mengunjung dan yang dikunjung. Semua bergembira tanda meraikan sebuah kemenangan.
Kemenangan yang memenangkan iman ke atas nafsu. Kemenangan yang memenangkan fitrah ke atas kebobrokan hasutan syaitan.
Moga ia adalah kemenangan yang benar.
Cabaran yang sebenar adalah mengekalkan kemenangan.
Tak ada makna andai sebulan kemenangan disusuli dengan sebelas bulan kekalahan.

Salam Aidil Fitri, MZDB

الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، ولله الحمد
Sempena Aidil Fitri yang akan disambut umat Islam pada esok hari, saya mengucapkan, "Selamat hari raya, maaf zahir dan batin," kepada:

Mama, Baba, Kak Gee, Abang Zul, Abang Yed dan Kak Bae serta anak-anak di Kuala TerengganuKak Nor dan Abang Tohir sekeluarga di LeedsKak Wa dan Abang Fidli sekeluarga di Tanjung MalimSakinah dan NajibahJiran tetangga di Padang AirKeluarga besar Tok Ji di seluruh MalaysiaKeluarga besar Tok We di seluruh MalaysiaKawan-kawan SKTJKawan-kawan SMKATJKawan-kawan SMAASZAKawan-kawan di MesirKenalan sepanjang pengembaraan di Mesir, Yaman, Jordan, Syria, Turki, UK dan MalaysiaKenalan Internet Semoga keraian yang diraikan adalah untuk meraikan kemenangan, bukan untuk meraikan penyesalan.
تقبل الله منا ومنكم
كل عام وأنتم بخير
MZDB

Revolusi Arab: Bila keadilan menemui jalan buntu

Tahun 2011 dikejutkan dengan Revolusi Arab yang tercetus di Tunisia yang kemudiannya merebak ke seluruh Timur Tengah. Mesir antara negara yang menerima perubahan yang besar kesan dari revolusi ini. Libya, Yaman dan Syria berdepan dengan kemelut yang bermandi darah, mengorbankan banyak nyawa dan memusnahkan banyak harta benda.

Campur tangan pihak luar

Antara isu yang dimainkan adalah campur tangan pihak luar dalam menghangatkan revolusi ini. Terutamanya Libya yang kaya dengan minyak, dan Syria yang polisi luarnya yang selama ini mengancam keamanan Israel.

Atas sebab ini masih ada sebahagian rakyat yang menyokong kerajaan walaupun dalam keadaan tidak dapat disembunyikan lagi penyelewengan mereka lakukan sebelum ini.

Tiada pilihan lain

Tetapi pemerintah sedia ada seakan-akan tidak menyediakan jalan lain kepada rakyat untuk melakukan perubahan. Ruang pilihanraya yang disediakan telah dicemari dengan penyelewengan yang akhirnya menatijahkan putus asa rakyat terhadap sistem tersebut.

Dengan n…

Maaf...

Imej
Maaf, kerana terlalu manusia.


:(

Tujuh belas

Malam ke-17.

Setiap Ramadhan berbeza.

Ramadhan kali ini juga berbeza. Ada pengalaman baru. Ada perasaan baru.

Satu pengajaran yang sangat besar adalah, manfaatkan masa lapang, sementara masa sibuk datang.

Persediaan awal Ramadhan bantu saya untuk tidak terlalu hanyut apabila tiba di tengah.

Namun masih ada setengah lagi untuk disempurnakan.

Sempurnakan dengan hati berat untuk melepaskannya pergi. Bukan sempurnakan dengan harapan ia cepat-cepat pergi. Yang itu lain.

Memudahkan yang rumit

Dalam memberi penerangan kepada orang lain tentang sesuatu perkara, kita akan cenderung untuk memudahkan bahan yang cuba kita sampaikan, supaya idea umum bahan tersebut dapat difahami pihak yang satu lagi.
Proses memudahkan sesuatu yang asalnya rumit adalah proses yang memerlukan kesabaran dan ketelitian. Sabar dalam memproses dan teliti supaya tidak keluar dari maksud sebenar.
Dalam proses menerima penerangan daripada orang lain, kita akan cuba untuk dapatkan idea umum bahan tersebut, sebelum kita cuba memahami cabang-cabang. Sebab dengan pemahaman yang betul tentang idea umum akan membantu kita memahami cabang-cabang yang banyak tanpa diterangkan oleh pihak yang satu lagi.
Proses memahami cabang-cabang penting kerana kebanyakkan penyelesaian yang praktikal kepada masalah-masalah yang realiti tidak disebutkan dengan jelas dalam idea umum. Juga penting untuk menguji tahap kefahaman terhadap idea umum. Jika betul cabang yang kita tunaskan, maka itu petanda bahawa kita mulai memahami id…

Keajaiban Ramadhan

Imej
Ramadhan menunjukkan keajaibannya, sejak hari pertama.



Kita tak tahu berapa Ramadhan yang masih berbaki untuk kita.

Manfaatkan Ramadhan yang ada.

اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعفو عنا

Ya Allah! Sesungguhnya Kamu Maha Pengampun dan Maha Pemurah, suka untuk mengampunkan, maka ampunkanlah kami.

Tahniah, kakak!

Imej
Lapang dada melihat gambar-gambar konvokesyen adik saya di UPSI. Kepuasan terzahir pada wajah Mama, Baba dan adik-beradik lain.

Tahniah, kakak!

Moga kejayaan ini memberi inspirasi kepada ramai orang.




وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

"Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya."
(Ad-Duhaa: 11)

Izzah bukan sombong

Terdiam sekejap kawan saya bila saya nyatakan, "Itu bezanya orang belajar agama."

Mungkin kedengaran sombong.

Tapi, sebenarnya bukan sombong. Tetapi izzah. Izzah berdiri di tengah-tengah antara sombong dan tidak yakin diri.

Berasa izzah dengan ilmu yang ada adalah sifat yang terpuji, kerana ia mendorong kepada pemeliharaan ilmu dan membangkitkan keinginan untuk mendalami ilmu.

Dan penuntut ilmu ada adab-adab yang perlu dihalusi.

Maka izzah itu bukan sekadar semboyan. Ia disusuli dengan banyak perkara. Banyak agenda.

Ia bertitik tolak dari firman Allah subhanahu wa taala:

قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
(Az-Zumar: 9)
Begitu juga dengan iffah. Menjaga kehormatan diri bukanlah sombong. Bahkan ia adalah tuntutan.

Firman Allah subhanahu wa taala ketika menerangkan ciri-ciri mukmin yang berjaya:

وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُو…

Basyir

Jumpa Basyir tadi. Kenalan dari Thailand. Jumpa di Tarim, Yaman pada musim panas tahun 2006.

Entah kenapa beria-ia saya tegur dia tadi. Padahal saya bukanlah jenis yang ramah sangat.

Pada awalnya saya tak dapat ingat di mana saya jumpa dia. Bahkan saya menebak bahawa namanya Ibrahim.

Terus terang, saya hanya ingat muka dia.

New dashboard!

Imej
Setelah sekian lama menanti...


Kering

Kering.

Itu saja perkataan yang saya jumpa untuk wakilkan apa yang saya rasakan sekarang.

Mungkin tak tepat.

Ayat-ayat pilihan (9/6/2011)

Surah Al-A'raf

7:155 - Dan Nabi Musa memilih tujuh puluh orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa, Nabi Musa merayu dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersama-sama denganku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang-orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaanMu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun.

Video: Cahaya risalah dan manfaatkan masa pada pelbagai keadaan (Arab)

Imej
Video yang disampaikan oleh Habib Omar bin Hafiz pada malam Jumaat, 1 Rejab 1432H di Dar Al-Mustafa.

Kredit kepada anwarway dan HabibOmarCom.

Ayat-ayat pilihan (6/6/2011)

Surah An-Nisa

4:148 - Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

4:153 - Ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (Janganlah engkau merasa pelik), kerana sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. Mereka berkata: "(Wahai Musa) perlihatkanlah Allah kepada kami dengan nyata (supaya kami dapat melihatNya dan percaya kepadaNya)". Lalu mereka disambar oleh petir dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). Dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan yang nyata (untuk mengalah…

Tutorial: Facebook privacy settings

Imej
Semakin ramai yang menggunakan Facebook, semakin perlu anda tahu bagaimana untuk mengawal privasi akaun Facebook anda.

Pilih Account > Privacy Settings dan anda akan temui empat pilihan untuk Sharing on Facebook.

1. Everyone: Semua orang boleh melihat semua maklumat yang anda masukkan termasuk gambar dan mereka boleh tinggalkan komen pada posts anda.

2. Friends of Friends: Kawan kepada kawan anda boleh melihat status, gambar dan posts anda, tetapi mereka tak boleh komen.

3. Friends Only: Hanya kawan anda yang boleh melihat dan komen pada status, gambar dan posts.

4. Recommended: Semua orang boleh lihat gambar anda. Kawan kepada kawan anda boleh tahu tarikh lahir anda dan gambar-gambar yang ditag pada anda. Hanya kawan anda yang boleh tinggalkan komen.


Video: Digital life -- today and tomorrow

Imej
Fakta tentang kehidupan digital, sekarang dan masa depan.

Satu perkara yang signifikan tentang masa depan (2015) ialah meluasnya penggunaan mobile device.

Jadi, kepada web developers, sekarang adalah masa yang sesuai untuk belajar responsive web design.

Video: Kasih sayang Allah kepada hamba-Nya yang berdosa

Imej
Video yang memberi kesan pada jiwa disampaikan oleh Habib Ali Al-Jifri. Merupakan petikan daripada rancangan Ayyuhal Murid.

Video dalam Bahasa Arab.

Kredit kepada anwarway dan alkaff90.

Rejab

Tak sedar Rejab menghampiri. Mujur ada kawan yang ingatkan di Facebook.

Maka, sempena bulan Rejab ini, sama-sama kita perbanyakkan ibadah seperti:

1. Membaca Al-Quran

2. Solat berjemaah dan solat-solat sunat

3. Puasa sunat

4. Belajar

5. Berdoa

Ramadhan semakin dekat...

Being bad

This is not the first time I choose to do something against my will.

Certainly not the last.

Since the will is not necessarily correct.

And not necessarily wrong.

The other day, my hand restrained from sending a text message to state how much I wish for more.

And today, it is restrained again from saying hi.

Not that I was traumatic to a roller coaster.

But, let me finish my first ride first. Then I will consider the next one.

And this is not a promise.

:P

Penghujung Mei

Selamat tinggal, Mei.

Selamat datang, Jun.

Mei kali ini memang luar biasa. Sangat-sangat menguji saya sebagai seorang manusia.

Terkadang kita betul. Terkadang kita silap.

Kita belajar dari pengalaman.

Silap sekali kita boleh maafkan diri sendiri.

Kalau silap lagi, tanggung sendiri.

Imtihan semakin dekat. Doakan saya dan kawan-kawan!

Majlis wida Salman dan Fahmi

Dua hari lepas ada majlis wida di Dewan Jawa Barat.

Majlis wida adalah majlis perpisahan.

Entah ini majlis wida yang ke berapa yang saya hadiri. Setiapnya mewakili perasaan yang berlainan.

Majlis kali ini buat saya termenung panjang. Sebelum majlis dan selepas majlis. Sebelum majlis saya termenung panjang sebab saya diminta untuk memberi ucapan. Saya masih belum terbiasa memberi ucapan. Apatah lagi di hadapan khalayak yang ramai. Gugup.

Selepas majlis buat saya termenung atas banyak perkara.

Tentang perubahan yang akan berlaku setelah ketiadaan dua sahabat yang sekian lama ada di sekeliling; Ustaz Salman Al-farisi Selamat dan Ustaz Fahmi Bazlan Muda. Dua-duanya benar-benar orang yang dirasai kewujudannya.

Pasti rasanya tak sama.

Juga tentang perubahan yang telah berlaku sepanjang berada di Mesir. Dalaman dan luaran.

Terlalu banyak yang telah berlaku.

Apa-apa pun, selamat meneruskan perjuangan.

Malaysia cabaran sebenar. Mesir hanyalah medan latihan.

Tanggungjawab sosial

Ada satu laptop di Roxy. Hantar pada authorized dealer. Sampai hari ini belum telefon.

Di Technology Mall pun ada hantar satu laptop. Tempat biasa hantar. Tapi kali ini luar biasa lambatnya. Kalau pergi sebelum dia telefon, kita pula yang dimarahnya.

Mungkin bukan marah. Tapi jiwa Melayu mentafsirkan begitu.

Dalam bilik ada satu lagi laptop. Sedang cuba untuk faham apa masalahnya yang sebenar.

Dan sebuah printer. Tak tersentuh lagi.

Oh, hampir terlupa. Juga ada sebuah netbook yang dianggap sudah tak ada harapan. Tapi saya nak cuba satu cara lagi.

Rasa agak overwhelming sebab sekarang musim imtihan.

Selagi perkakas-perkakas ini tidak sampai pada tangan tuannya, selagi itu saya tak senang duduk.

Tanggungjawab sosial.

Bukan bisnes sangat pun.

Dulu saya pun tak begitu aktif membaiki. Komputer sendiri pun sudah banyak masalah.

Tapi, masa duduk serumah dengan Ustaz Salman Abdul Rahman, dia ada sebut, "Kesian pada orang yang buntu, tak tahu nak buat apa."

Ya, kami bukanlah pakar. T…

Sedar

Musim imtihan menyedarkan kita banyak benda.

Masih banyak yang belum diketahui. Masih banyak yang mesti dikaji.

Rasa ini sebenarnya bahan api kepada pengetahuan. Bahan api kepada penerokaan. Bahan api kepada pembelajaran.

Saat diri terasa sangat kerdil di hadapan tulisan-tulisan ulama, pembentangan-pembentangan ahli akademik, saat itu kita rasa keperluan untuk kita lebih mendalami setiap aspek dengan teliti.

Tanpa perasaan ini, kita akan berasa cukup dapat mendiamkan kawan sekelas, atau teman sebilik ketika berbicara.

Sungguh, cara itu sangat dangkal untuk mengetahui tahap keilmuan diri sendiri.

Sebab boleh jadi orang diam sebab khuatir terbongkar jahil kita pada waktu yang tidak kena.

Idea oh idea

Idea selalu datang pada waktu yang kurang tepat.

Saya tak pasti orang lain. Tapi ini selalu berlaku pada saya.

Musim imtihan adalah musim idea datang mencurah-curah. Tapi tak berani nak usik, takut melarat. Ambil masa ulangkaji.

Maaflah, wahai idea-idea sekalian. Anda datang pada waktu begini, saya tak mampu untuk melayan.

Datang semula sehari selepas imtihan. Kita akan susun dan rancang apa yang kita boleh lakukan bersama-sama.

Betullah kata orang tua-tua, "Makin dikejar dunia, makin dia lari. Tapi kalau kita yang lari dari dunia, dunia pula yang kejar kita."

Penat sudah main kejar-kejar. Duduk diam-diam sudah...

Malam musim panas

Malam musim panas agak pendek. Bermula sekitar 6.50pm, berakhir sekitar jam 3.10am. Semakin mendekati kemuncak musim panas, ia semakin pendek.

Dengan Isya' yang bermula sekitar jam 8.20pm, maka tak banyak benda yang boleh dilakukan.

Isunya adalah Subuh esok hari.

Kalau pukul 10.00pm belum tidur, seeloknya jangan tidurlah. Buatlah apa-apa yang patut.

Kalau terpaksa tidur pun, jangan tidur dengan selesa. Tidurlah atas lantai, atau atas kerusi dsb. Bila matahari sudah naik esok, baru ganti semula.

Syuru' sekarang sekitar jam 5.00am. Agak padanlah kalau nak tidur pun.

Orang Malaysia jangan tiru. Kalau kalian tidur lepas Syuru' juga, alamatnya tak pergi kerja lah jawabnya.

Tegur

Tak mungkin ada orang yang sentiasa betul.

Pasti ada ketika dia berbuat salah.

Atau mungkin memilih keputusan yang kurang tepat.

Kerana itu penting untuk saling menegur.

Tapi, menegur pun ada kaedahnya juga.

Janganlah diharapkan terus berubah padahal baru tegur sekali. Tabiat buruk ambil masa untuk terbentuk. Tabiat baik juga ambil masa.

Kata Ustaz Qamarul, "Menanam fikrah ibarat menanam benih."

Tak boleh tergesa-gesa. Tambah banyak air tak boleh. Tambah banyak baja pun tak boleh. Tambah banyak cahaya matahari pun tak boleh.

Kena sabar menunggu.

Barulah benih boleh pecah, tumbuh pucuk, jadi batang, keluar daun dan keluar buah.

Tapi tegur tetap kena tegur.

Tapi kena ada perbincangan lah. Kena ada hujah.

Tak ada hujah, tak jadilah.

Berkongsi

Sakinah dan Najibah selamat tiba di Leeds.

Alhamdulillah.

Tentu Kak Nor dan Abang Tohir seronok.

Berada jauh di perantauan buat kita sangat menghargai masa-masa bersama keluarga.

Betapa indah pun hidup kita, kita tetap perlukan ruang untuk berkongsi keindahan itu dengan orang lain.

Kerana meter kegembiraan seseorang itu mudah untuk penuh. Bila sudah tiba takat maksimum, ia tak boleh bertambah lagi. Tepu.

Tapi, jika dia salurkan pada orang lain, maka dia dapat kecapi setiap jenis kegembiraan yang datang.

Begitu juga dengan kesedihan.

Kadang-kadang kita cuma perlu ruang untuk meluahkan.

Evolusi duit

Sebelum sistem wang diperkenalkan, manusia bertukar barang menggunakan sistem barter. Tukar suka sama suka.

Oleh kerana sistem ini ada banyak masalah, terutama dalam menyesuaikan nilai antara barang yang berbeza, maka sistem wang diperkenalkan.

Emas dipilih sebagai perantara yang paling sesuai selain perak dan boleh jadi logam-logam lain.

Maka ketika zaman Khilafah Islam, sistem dinar dan dirham diperkenalkan.

Apabila khilafah dijatuhkan dan Barat mula mengambil alih, mereka memperkenalkan duit kertas. Ia disandarkan pada nilai emas. Cuma dibawa dalam bentuk kertas.

Ia tidak diterimapakai dalam tempoh sekelip mata. Tapi melalui proses demi proses.

Akhirnya seluruh dunia menerima sistem ini.

Kemudian mereka memperkenalkan duit plastik. Atau lebih dikenali sebagai kad kredit. Sungguhpun semua orang tahu keburukkan kad kredit yang boleh membawa pemegangnya ke arah muflis, tapi rata-rata anak muda sekarang yang baru bekerja sudah memiliki kad kredit masing-masing.

Ia tidak terhenti di sit…

Orang tak solat

Kak Wa tanya saya satu soalan, "Apa pendapat kamu tentang orang yang baik kelakuannya, tapi tak solat."

Kebetulan saya pernah fikir soalan ini, saya jawab dengan pantas, "Orang baik yang rugi."

Saya begitu yakin dengan jawapan saya sebab saya sudah fikirkannya dengan dalam-dalam. Kerana walau sebaik manapun seorang itu, kalau tak solat, tak ada gunanya. Rugi. Solat adalah amalan yang paliang baik yang seorang itu boleh lakukan. Kalau dia tak solat, dia telah meninggalkan satu amalan yang paling baik.

Kerana itu saya simpulkan dia sebagai orang baik yang rugi.

Tapi Kak Wa kata, "Itu pemikiran sekular."

Katanya, bagaimana seorang itu boleh dikatakan baik jika dia sanggup menderhakai Tuhan? Orang baik tempatnya syurga. Orang jahat tempatnya neraka. Orang yang tidak solat tempatnya neraka. Maka dia adalah orang jahat.

Kami berhujah agak panjang.

Kesimpulan saya dari perbualan itu adalah, pendapat 'baik tetapi rugi' itu dikira sebagai cubaan untuk berl…

Ukhuwwah

Ramai mula menyedari kepentingan ukhuwwah.

Jika anda belum menyedarinya, anda perlu cepat-cepat berbuat demikian.

Rasa sayang pada saudara seagama bukan pada kata-kata, tapi pada apa yang anda rasakan dalam hati.

Saya ada satu eksperimen yang ingin saya kongsikan dengan anda.

Jika anda keluar rumah hari ini, dan anda berpapasan dengan saudara seagama anda, pandang matanya beberapa saat dan ucapkan salam padanya. Jika malu untuk sebut, ucapkan dalam hati.

Jangan tenung lama-lama, nanti orang akan curiga.

Dan saya tak syorkan anda lakukan pada saudara seagama yang berlawanan jantina dengan anda. Apatah lagi yang seusia.

Takut ada yang tergoda.

Bagaikan roller coaster

Kenapakah roller coaster dibina dalam bentuk yang sebegitu?

Tidak bolehkah ia dibina lurus dan tiba di penghujung dengan mudah?

Jika demikian, ia tidak lagi dinamakan roller coaster. Ia mungkin akan dipanggil sebagai kereta api. Atau tren.

Kenapa hidup disusun sebegini?

Tidak bolehkah ia disusun dengan lurus dan tiba di penghujung dengan mudah?

Jika demikian, boleh jadi ia tidak lagi dinamakan kehidupan.

Kalaupun boleh dinamakan sebagai kehidupan, ia adalah kehidupan yang membosankan.

Catatlah pengalaman hidup seakan-akan anda sedang menulis sebuah novel. Anda akan faham akhirnya kenapa perlu wujud konflik dan bagaimana anda boleh melaluinya dengan berbekalkan sabar.

Nak publish atau tidak, itu terpulang.

Imtihan Fasa 2 Tahun 4 Syariah Al-Azhar Kaherah

20/6 - Quran
23/6 - Fiqh Muqaran
27/6 - Hadith Ahkam
30/6 - Usul Fiqh
04/7 - Bahas Qadhaya
07/7 - Qadhaya
11/7 - Fiqh

Doakan kejayaan kami.

P.s.: Kakak, tolong tampal besar-besar di tempat solat di rumah. :)

Malaysia di ambang pilihanraya

Kerajaan nampaknya tidak mahu mengalah dengan mudah di saat pakatan pembangkang meraih populariti.

Pilihanraya sepatutnya menguntungkan rakyat. Pihak-pihak yang bertanding sepatutnya menawarkan manfaat untuk rakyat dan rakyat memilih berdasarkan apa yang mereka tawarkan.

Tapi apa yang berlaku sekarang adalah rakyat tersepit antara dua kemudaratan.

Hingga neraca pemilihan sekarang adalah pihak yang mana kurang mudarat. Bukan yang mana beri lebih manfaat.

Rakyat perlu bersedia untuk dua kemungkinan.

Walau siapapun yang menang, rakyat perlu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan. Hingga kerajaan perlu berubah mengikut selera rakyat. Bukan rakyat yang perlu berubah mengikut selera kerajaan.

Tugas aktivis Islam adalah memastikan selera rakyat menepati ajaran Al-Quran.

Cabaran akan datang akan lebih besar.

Kerana jika sungguhpun yang kurang mudarat itu menang, mudarat tetap perlu dihilangkan.

Buruk sangka yang menyesalkan

Sepatutnya, optimis sajalah.

Atau diam tanpa komen.

Entah kenapa ringan mulut untuk bertanya. Akhirnya ternyata sangkaan saya salah. Tambah lagi apa yang ada dalam benaknya untuk saya beberapa tempoh akan datang menambahkan sesal saya.

Sabar itu ketika pukulan pertama.

Jika tak mampu telan, tahan dari luahkan.

Kerana kata-kata, bisanya terkadang lebih melukakan dari sebarang senjata.

3 tips bentuk self-control

Ada beberapa cara untuk membentuk kawalan diri (self-control) yang baik.

1. Latih

Straight forward. Jika ada sesuatu tabiat yang anda ingin tinggalkan, latih diri anda supaya tidak lakukannya. Tapi secara berperingkat. Seminggu, sebulan, dan seterusnya. Apabila cukup tempoh, seminggu sebagai contoh, muhasabah berapa kali anda langgar latihan anda.

Cara ini dapat membantu anda mewujudkan komitmen untuk berubah.

Sama juga jika anda ingin membiasakan diri anda dengan tabiat baru. Solat berjemaah sebagai contoh.

Anda boleh gunakan web app sepeti 42goals untuk membantu anda.

2. Alih perhatian

Kaedah yang baik untuk meninggalkan tabiat buruk. Elakkan diri anda dari memikirkan hal tersebut -- rokok sebagai contoh, atau Internet berlebihan -- dengan menyibukkan diri anda dengan perkara lain.

3. Cipta ketakutan

This one works both ways. Fikirkan sesuatu yang buruk akan berlaku sekiranya anda tinggalkan satu-satu tabiat buruk, atau sekiranya anda tidak memulakan satu-satu tabiat yang baik.

Keta…

Self-control

Andaikan esok anda mampu mengawal segala benda. Maka apa yang anda ingin lakukan?

Kadang-kadang kita terlalu berserah kepada persekitaran untuk menentukan apa yang akan kita lakukan. Padahal dalam masa yang sama, banyak benda yang kita sendiri boleh tentukan.

Dan pastinya bukan semua benda.

Ini bukan seruan mengajak anda bertawakkal kepada diri sendiri.

Tidak sama sekali.

Kerana akhirnya, yang Maha Penentu adalah Allah subhanahu wa taala.

Tapi ini seruan supaya lebih serius berusaha.

Kemudian serahkanlah segalanya kepada Yang Maha Kuasa.

Bangsa agama

Sebelum kedatangan Islam, Melayu dikatakan menganut agama Hindu.

Mengubah kepercayaan seseorang adalah tugas yang sukar. Apatah lagi pegangan satu bangsa.

Sejarah popular hanya menukilkan secara ringkas usaha pedagang Arab datang ke Tanah Melayu yang membawa Islam bersama barang dagangan mereka. Bagi yang mengkaji dengan lebih lanjut akan temui kisah perjuangan Wali Songo yang berdakwah dengan pendekatan yang pelbagai.

Adakah semudah itu Melayu menerima Islam? Tak dapat dipastikan.

Ratusan tahun selepas itu, akhirnya Islam sebati dengan Melayu hinggakan tidak perlu disebut Melayu Muslim sebagaimana disebut Cina Muslim dan India Muslim. Ini kerana Melayu sudah diterima umum sebagai bangsa agama bagi Islam sebagaimana Arab dan Turki.

Mungkin kerana kita tidak tahu sejarah perjuangan orang lama, maka kita hanya terima seadanya apa yang kita punya. Tidak berusaha untuk mempertahankannya. Apatah lagi untuk mengembangkannya.

Cuma kadang-kadang kita melenting bila musuh mencucuk terlalu kera…

Guru

16 Mei, Hari Guru.

Hari untuk para pendidik rasa diraikan dan dihargai.

Memang mereka selayaknya diraikan dan dihargai.

Bukan sekadar pada hari ini, bahkan setiap hari.

Saya kalungkan jutaan terima kasih buat para pendidik terutama di PASTI, SKTJ, SMKATJ dan SMAASZA.

Saya tak dapat bayangkan hidup saya jika saya tak tahu membaca, menulis dan mengira. Dan saya sedar, mereka mengajar saya lebih dari itu.

Facebook + Bing

Semasa mula-mula diperkenalkan, ramai yang sangsi dan mengelak dari menggunakannya.

Apabila ia jadi fenomena, semua orang seakan-akan terpaksa menggunakannya. Atas pelbagai alasan.

Kini, hampir semua orang tahu apa itu Facebook. Sejumlah besar dari mereka mempunyai akaun Facebook masing-masing.

Kini dengan integrasi antara Facebook dan search engine Bing, ruang privasi online anda semakin sempit.

Saya cuma ingin ingatkan, selain tanggungjawab syarikat untuk menjaga maklumat peribadi anda dari jatuh ke tangan pihak yang salah, anda juga bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan peribadi anda setakat yang anda mampu.

Bahang imtihan

Bahang imtihan makin terasa.

Tadi saya dapatkan kernih (kad matrik) versi plastik, ganti kepada versi kad manila yang diberikan awal tahun tempoh hari.

Doktor (pensyarah) mula beri bayangan soalan dan pelajar-pelajar bertukar-tukar maklumat selepas kelas.

Doakan semuanya ditunjukkan jalan.

25

12 Mei lepas hari lahir saya.

Terima kasih pada yang ingat.

Pada yang tak ingat, tak ada masalah. Saya tak sambut pun.

Saya lebih suka sambut hari lahir hijri saya, 2 Ramadhan.

Kebetulan pada 12 Mei, Blogger ada masalah selama 20.5 jam. Hari ini baru berpeluang untuk menulis.

Saya berharap, sebagaimana harapan harian saya; moga hari ini lebih baik dari semalam.

Setiap detik itu peluang, jangan sia-siakannya.

*senyum*

Perlu Kuat Kerana Hidup Akan Makin Sukar -- Ustaz Fauzi Asmuni

"Kenapakah manusia yang berjasa kepada umat Islam juga diuji dengan ujian hidup? Kerana kecintaan Allah kepada mereka. Mereka menghadapi semua itu dengan tabah lalu Allah mengangkat martabat mereka di sisi-Nya. Kemudian mereka diuji lagi dengan ujian yang lebih besar, mereka menghadapinya dan martabat mereka akan semakin tinggi. Demikian pusingan kehidupan."

Sumber

Alhamdulillah. Terbit di saat yang tepat. Terima kasih, Ustaz!

Kevin Rose Talks To Brian Wong of Kiip.me - Foundation

Imej
Banyak benda boleh dipelajari dari interview ni. Antaranya, macam mana nak buat network, apa yang perlu difikirkan sebelum present dan kepentingan sentiasa belajar dan rendah diri.

43 - 38

Dah 43 hari. Masa berlalu cepat.

InsyaAllah, imtihan bermula 18/6. Ada lagi 38 hari.
38 hari untuk semua benda.
Doakan.
والله المستعان

Untitled-2.jpg

Imej

Jadual

Imej

Seesmic problem. Keep asking me password. Ada sesiapa turut mengalami masalah yang sama?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hormati masa orang lain, nescaya orang lain akan hormati masa anda. #nasihat

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pengumuman: Saya akan kembali ke Mesir 28 Mac 2011, insyaAllah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

اللهم اشف أبي و أمي شفاء لا يغادر سقما ولا ألما ولا حول ولا قوة إلا بك يا علي يا عظيم برحمتك يا أرحم الراحمين

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tubuh kanak-kanak terlalu kecil untuk meanggung sabar yang besar. Maka, orang dewasa perlu mengalah sementara tubuh mereka membesar. Mendidik tidak seerti dengan penafian hak.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hari-hari buat milo susu untuk Asyraf, harap-harap bila tua nanti dapatlah rasa milo susu yang Asyraf buat pula

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Orang tak pandang kalau tak cemerlang. Ironinya kalau buat sesuatu untuk dipandang orang biasanya takkan cemerlang.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wajahku pada mata budak itu

Imej
Asyraf lukis muka saya. Kalau dia lukis muka tu hensem sikit tentu saya suka. Haha.

Pelukis: Asyraf (5 tahun)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Seronok jumpa member-member Mesir di walimah Budin tadi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Puas hati dapat hadiri walimah Kojie di Kg. Gong Pauh, walaupun sedikit sesat dan hampir Baba marah sebab sedikit terlewat ke akad nikah di Kg. Jeram Hilir.

Banyak benda di luar kawalan kedua-dua tangan kita. Yang mampu kita buat hanyalah berdoa agar kesalahan itu tidak terlalu serius. Kalau serius pun, harap-harapnya kita mampu laluinya dengan tabah dan sabar.

Lega.

Alhamdulillah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Melusuri kisah-kisah sahabat-sahabat Rasulullah ridhiallahu anhum membuat diri terpinga-pinga, betapa jauhnya cara fikir aku dan mereka.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Alhamdulillah. Encik Posmen yang baik hati sudah hantar barang yang ditunggu-tunggu. Komik 'Tom Kurus' yang dilukis pada Ramadhan lalu kini sudah terbit! :D

Imej
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Encik Posmen datang setiap hari bergalaskan kekecewaan. Janganlah begitu. Harap esok ada berita gembira. Saya tunggu anda esok, di depan rumah, sekitar jam 12.00pm-1.00pm. Saya memang tak serik menunggu :D

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Manage to solve a puzzle. Sakit kepala. Ramai betul nak bergurau. Bergurau jangan lama-lama, dik. Huru-hara hidup orang. Orang ada banyak lagi benda lain nak fikir. Tapi, tak apalah. Moga selamat semua. I'm OK. As always.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kepulangan Kak Wa dan Abang Fidli. Keriuhan Sarah, Fathir dan Syifa pasti dirindui. Rumah ini sunyi kembali. Kesik.

Imej
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Terpaksa korek lubang untuk ganti kabel telefon yang dicuri. Kalau curi juga lepas ni, tak tahulah nak buat macam mana.

Imej
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bingung

Susunan taqdir Tuhan sentiasa mengagumkanku. Aku rasakan seperti baru sahaja berpenatan menghabiskan satu sesi peperiksaan yang menghancurkan segala keyakinan diri yang masih tersisa. Kini, seakan-akan dengan tiba-tiba aku terbaring dalam bilik yang gelap ditemani bunyi cengkerik dan unggas yang pastinya tak ada di Hayy Asyir.Kejutkanku dengan segera andai ini mimpi!Ini bukan kali pertama aku terasa bingung dengan percaturanNya. Bahkan banyak kali. Seakan-akan bersiri. Satu demi satu peristiwa berlaku, dengan tahap kebingungan yang berbeza; semakin rumit dan semakin melibatkan banyak hati.Saat-saat seperti ini hatiku memekik kepada akal, "Apakah yang Dia cuba sampaikan?!"Menepati ciri akal manusia yang terbatas, ia terdiam kerana bingung. Tak mampu untuk menyusun huruf dan memberi jawapan yang menenangkan hati. Perbendaharaan katanya masih terbatas, mungkin kerana pengalaman hidup juga belum cukup luas.Tapi yang pastinya, ini bukan kali pertama.Kebingungan-kebingungan sebelu…

Gempa bumi di Jepun dan amaran tsunami di 53 negara. Jumaat yang dahsyat. Banyakkan doa.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bila berlaku bencana alam akan minta para sahabat berkumpul di masjid dan banyakkan istighfar.

Baginda khuatir Allah sedang hantar bala untuk hancurkan umatnya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Khutbah nikah yang baik adalah yang melahirkan rasa ingin berkahwin bagi yang bujang, memberi kesediaan kepada pengantin dan mengingatkan tanggungjawab kepada pasangan yang sudah berkahwin.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Majlis aqad nikah 11 Mac 2011, Sudirman dan Munirah

Imej
Petikan Khutbah

"Sekiranya tak mampu tahan diri dari melakukan maksiat, maka wajib atasnya berkahwin. Jika mampu tahan, sunat baginya berkahwin. Jika tak mampu tahan, tapi tak ada belanja untuk berkahwin, maka dinasihatkan supaya berkahwin, bersandarkan pada hadith (maksud): Berkahwinlah, kerana perkahwinan itu mendatangkan rezeki."

"Kalau nak berkahwin, carilah orang yang suka pada kamu, dan kamu suka padanya. Firman Allah SWT (maksud): Supaya kamu tenang padanya."

"Dan saya ingatkan apabila berkahwin jangan sesekali hampiri perceraian, kerana perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah SWT."

"Hadith (maksud): Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya, dan aku orang yang paling baik dengan keluargaku."

"Akhir sekali, kita kembali kepada firman Allah (maksud): Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka."

Jurunikah: Ustaz Haji Awang
Tempat: Masjid Wakaf Tembesu

Disediak…

Sedang menunggu khabar gembira dari Encik Posmen. Moga dapat kembalikan mood yang hilang dua tiga hari ini. Bawa motor elok-elok ya, Encik Posmen. Saya tak nak anda jatuh. Haha. Anda sakit, saya pun sakit.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Uban atas kepala macam bihun kering. Makin banyak. Sayang nak cabut. Sedar sikit, diri semakin tua.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Semalam sangat mengecewakan. Pergi hospital, cadangnya nak buat medical check up, tapi tak jumpa tempat. Lepas dipindahkan dari kaunter ke kaunter, saya pun balik. Ada yang tahu macam mana prosedurnya? Takkan kena tunggu ada pameran kesihatan baru ada...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Betapa, setiap langkah berbekas tempat berpijak. Setiap keputusan disusuli dengan kesan. Ke mana harus dipalingkan andai setiap jari menuding ke arah yang sama; pada diri sendiri. Pahit dan perit untuk telan. Tak juga mampu untuk muntahkan. Hanya bertahan

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bersiap ke Besut untuk hadiri kenduri di rumah sepupu. Moga cukup stamina pergi dan pulang. Doakan keselamatan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dalam bas ke Gombak. Jiwa rasa berat, tubuh rasa penat. Moga segalanya terubat dengan menatap wajah kawan-kawan.

Sila sediakan senyuman yang semanis mungkin.

Doakan keselamatan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tak mampu membahagiakan semua hati. Tak mampu tunaikan segala hajat. Cuba tunaikan segala janji. Cuba sampaikan semua nasihat.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

"Siapa yang ingin rezekinya dilapangkan Allah dan ingin usianya dipanjangkan, maka hendaklah dia selalu menghubungkan silaturrahim." -- HR Muslim

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kerajaan Terengganu sedang berurusan dengan MAS untuk menyediakan pesawat dari Terengganu terus ke Kaherah

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Alhamdulillah, selamat sampai di Kg. Padang Air. Terima kasih atas doa. Lega.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mengakhiri perjalanan; kisah 'the unsung hero', 'heroes in my life', 'reality check' dan 'air dicincang tak akan putus, maka cincanglah selalu'.

Imej
Saya sedang menamatkan satu lagi kembara penting dalam percaturan hidup saya. Banyak pengajaran yang saya kutip dari setiap kilometer yang saya lalui, yang akhirnya merumuskan bahawa, jika anda ingin kecapi apa yang saya kecapi malam ini, anda perlu rancang kembara anda sendiri. Perbendaharaan kata saya tak cukup untuk menyifatkan segala apa yang saya alami.The Unsung Hero, Heroes in My LifeTidak semua orang tahu semua cerita. Kerana kita cuma mampu berada di satu tempat pada satu masa.Dalam kembara ini saya berjaya mengutip cerita-cerita baru tentang Allahyarham Tokwe. Datuk saya yang pulang ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu.Tak perlu saya kongsikan sekarang perincian cerita tersebut, tapi saya ingin tegaskan bahawa penting untuk kita mengenali asal-usul kita; bukan untuk dibanggakan hingga menghina orang lain, tapi supaya kita meneruskan prinsip dan amalan baik yang mereka dulu pegang dan buang jauh-jauh apa yang tidak perlu kita ikut, kerana kita tahu ke mana akhirnya kita.To…

Minta tolong rakan-rakan yang ada di Mesir sekarang tolong tengok-tengokkan rumah saya di Bawabah 2. Lupa nak pesan awal-awal. Harap semuanya selamat. Ucapan terima kasih didahulukan kepada yang sudi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ramai yang berselera untuk memetik dan menuai, tak ramai yang sudi membajak dan menyemai.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Walimah Khai dan Amalina

Imej
Silap planning. Sepatutnya bertolak dari Tanjung Malim lebih awal.

Pada awalnya Firdaus pelawa untuk jemput di Gopeng. Tapi saya agak lewat. Maka urusan itu diamanahkan pada Syed Salahuddin.

Tiba di Gopeng saat azan Asar berkumandang. Bila tiba di rumah Khai, kerusi dan meja sudah disimpan. Tinggal lagi khemah belum dileraikan.

Khai muncul dengan wajah yang berseri-seri tanpa baju pengantin. Selain saya dan Syed Salahuddin, ada Husin bersama kami.

Adat orang datang lewat, tak boleh duduk lama-lama. Tuan rumah dah nak kemaskan barang-barang setelah seharian kepenatan melayan tetamu yang datang ramai serentak.

Mujur Khai ni kawan sebilik di Mesir. Tak lah segan sangat bila dipelawa makan dalam rumah.

Memang lepas ni, cubalah jangan datang kenduri lewat-lewat. Kesian tuan rumah.

Sekarang saya sedang dalam bas menuju ke Butterworth. Penat mulai memamah otot-otot.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Permata hati

Imej
Perjalanan semalam sangat meletihkan.

Bas dari Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur tiba lewat, dan bergerak agak perlahan dari yang dijangkakan.

Tiba di Bukit Jalil, saya naik LRT ke Bandar Tasik Selatan dan naik komuter ke Rawang. Tiba di Rawang, komuter ke Tanjung Malim lambat bergerak. Entah apa yang ditunggu.

Tiba di Tanjung Malim, perut tiba-tiba meragam. Masuk angin, agak saya. Mujur Kak Wa dan Abang Fidli tak ambil masa yang lama untuk tiba di stesen.

Penat memang penat. Tapi bila bertentang mata dengan anak-anak Kak Wa; Sarah, Fathir dan Syifa, ada perasaan yang tak terungkap sedang mencurah-curah masuk dan memenuhi ruang hati saya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Lautan tak selalunya tenang. Pohon pada Allah subhanahu wa taala, agar tidak lemas saat bergelombang dan tidak leka saat tenang.

Amiin ya Rabb!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Rasanya baru sebentar saya berkongsi rasa kagum saya dengan Raof tentang kekuasaan Allah menciptakan manusia dengan sempurna; mampu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka.

Beberapa tahun di Mesir membuatkan kami berasa selamat dan mampu bergerak bebas dari satu negeri ke satu negeri, padahal Mesir jauh dari Malaysia. Tambahan menggunakan bahasa yang asing dari bahasa ibunda.

Hari ini saya dengan kekok menuju ke Kuala Lumpur. Naiki bas dari Johor Bahru.

Mungkin saya sudah terlalu lama di Mesir hingga kekok di negara sendiri.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Walimah Fakhruddin dan Afifah

Imej
Barakallahu lakuma, wa baraka alakuma wa jamaa baynakuma fi kher.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Manusia mengiktiraf Rasulullah sallallahu alaihi wasallam pemimpin yang hebat, dan Islam adalah sistem hidup yang lengkap. Tetapi masih selera mencuba sistem lain dan manusia lain sebagai panduan hidup.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

"Perbezaan sudut pandang terhadap sirah Nabi sallallahu alaihi wasallam membuahkan perbezaan praktikal." -- Ustaz Qamarul Mohd Faizal

Di Masjid Istiqamah, Taman Perling, Johor Bahru
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tarbiyah layang-layang

Imej
Saya lupa kali terakhir saya main layang-layang. Mungkin tak pernah.

Yang saya ingat ada beberapa cubaan untuk terbangkan layang-layang buatan sendiri. Tapi rasanya setakat itu saja.

Hari ini dapat saya kecapi nikmat main layang-layang. Melihat lenggoknya di udara buat saya tersenyum.

Secara cepat, fikiran saya membuat kias.

Layang-layang sebagai anak buah, tali sebagai kepercayaan, angin sebagai peluang dan pemain sebagai naqib, penjaga atau ibu bapa.

Dengan memberi kepercayaan yang cukup, ketika angin sedang bertiup, layang-layang akan terbang dengan mudah. Kepercayaan perlu sentiasa dihulur dan ditarik mengikut kesesuaian, hingga ia mampu stabil di udara. Saat itu kepercayaan penuh diberi kepadanya.

Peluang juga memainkan peranan yang penting. Tanpa peluang, walau sebanyak manapun kepercayaan yang diberikan, layang-layang tak akan mampu terbang. Mungkin pemain perlu cipta peluang demi peluang dengan berlari dengan laju, tapi tanpa peluang yang sebenar, layang-layang akan tetap jatu…

Solat Jumaat di Masjid Kg. Sawah. Seronok lihat beberapa orang jemaah pakai baju melayu sepasang siap bersampin.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selamat sampai di Johor Bahru jam 5.00 pagi tadi. Saif pelawa untuk jemput di stesen bas, tapi Che Su dan Ayah Su sudah menunggu di sana.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mimpi bagaikan sebuah lukisan abstrak. Tak perlu dihiraukan perinciannya. Yang penting perasaan selepas menikmatinya. Sekiranya berjaya menyimpulkan satu maksud, ia hanya untuk diri sendiri, orang lain mungkin akan lihat dari sudut yang lain.

Tidur nyenyak. Mimpi pun pelik.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kali pertama solat di surau Stesen Bas MPKT walaupun saya anak jati Terengganu. Rasa seronok, seolah-olah bergabung dengan kumpulan anak muda dan orang dewasa yang sama-sama menjaga solat.

Semoga ini permulaan satu perjalanan yang baik.

Amiin, ya Rabb!

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

1600KM: Malam ini saya dijadualkan ke Johor Bahru, menaiki bas Transnasional, menandakan permulaan perjalanan 1600+km yang saya rancang.

Perjalanan ini dirancang atas tujuan yang pelbagai. Moga saya diberi kesempatan untuk berkongsi apa yang saya dapat melalui perjalanan ini dengan anda.

InsyaAllah, perjalanannya dijadualkan seperti ini:

24/2: Kuala Terengganu
25/2: Johor Bahru
26/2: Johor Bahru -- Walimah Fakhruddin
27/2: Tanjung Malim dan Ipoh -- Walimah Khai
28/2: Pulau Pinang
1/3: Kuala Terengganu

Saya tak rancang perjalanan saya dengan ketat. Itu gaya saya. Jika ada sesiapa yang sudi membantu, sangat-sangatlah dihargai.

Semoga saya dapat maksimumkan pengajaran dari perjalanan ini. Doakan keselamatan.

P.s.: Saya perlu jimatkan bateri telefon. Untuk sebarang urusan selepas ini, lebih baik SMS saja.

InsyaAllah, kher.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Dengan mengehadkan kemahuan peribadi akan beri peluang untuk lebih memenuhi keperluan umum.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tips dari bengkel: Power window Perodua MyVI cepat rosak. Biasanya boleh turun, tapi tak boleh naik.

Kalau hujan, habis basah semua.

:-)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cara fikir

Rupa-rupanya cara fikir adalah isu yang sangat besar.

Berada dalam satu sekolah, satu kelompok, bahkan satu keluarga tidak menjanjikan satu cara fikir yang sama.

Perbezaan cara fikir membuahkan perbezaan cara menilai dan cara bertindak.

Adalah tidak bijak jika kita mengandaikan semua orang berfikir dengan cara kita berfikir. Setiap orang ada cara fikir masing-masing. Tak semua salah dan perlu diperbetulkan. Dan sikap menyalahkan cara fikir orang lain, hanya cara fikirnya yang betul pula tidak akan membawa satu komuniti itu ke mana-mana.

Saya ingin cara fikir saya difahami dan dibetulkan jika ada yang terpesong atau melencong. Saya andaikan anda juga inginkan hal yang sama.

Terkadang cara fikir kita tidak teruji melainkan dalam beberapa situasi. Reaksi spontan menzahirkan cara fikir tulen kita.

Cara fikir boleh diuji dan dikaji melalui komunikasi. Bercakap sebagai contoh, mendedahkan bagaimana cara fikir kita dan bagaimana cara fikir orang yang kita sedang bercakap dengannya.

Skill kom…

Hari ke-8 gangguan talian di Kg. Padang Air. Berkunjung ke cyber cafe sudah menjadi rutin. Semalam ada yang kata kabel dipotong di tiga tempat.

Masih berharap pencuri bertaubat dan TM dapat bertindak cepat.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tips dari kedai cat: Sebelum cat dinding baru, pastikan simen benar-benar kering; lebih kurang 28-30 hari. Bersihkan permukaan dan pilih sealer (cat lapis) yang betul; air atau minyak.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Berita baik: TPM minta kerajaan negeri tanggung kos perbelanjaan penghantaran semula pelajar ke Mesir. Sekarang tunggu kenyataan dari MB Terengganu pula.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Elemen masa juga punya peranan yang sangat nyata dalam membawa emosi kita ke arah mana.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Pengalaman mengajar saya, jika saya inginkan sesuatu, saya mesti mengejarnya dengan sekuat tenaga. Benda baik tak pernah mendekat dengan hanya menunggu.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hari ke-7 gangguan talian

Hari ini genap tujuh hari kejiranan ini terganggu talian telefon disebabkan kecurian kabel.

Bererti tiada juga talian Internet.

Saya tak dapat ikuti berita terkini dari Mesir.

Tak dapat uruskan aktiviti dengan kawan-kawan yang sama-sama pulang.

Terpaksa tunggu siang untuk buat sebarang urusan, kerana menunggu cyber cafe buka.

Saya berdepan dengan terlepas peluang atau maklumat jika kerajaan menyediakan borang online untuk saya isi berkenaan proses membawa kami pulang ke Mesir.

Saya menulis supaya masalah kecurian kabel di Kg. Padang Air dapat perhatian Telekom Malaysia.

Juga supaya pencuri dan kerabatnya sedar betapa mereka sudah susahkan kehidupan kami yang hidup dalam kejiranan ini.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sepetang bersama Wan Hilmi -- kami makan ikan celup tepung di Pantai Telaga Batin, solat Asar di Masjid UNISZA dan berhenti rehat di Pulau Warisan.

Harap puas hati dengan tour yang tak seberapa.

:-)

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Seesmic -- Twitter client yang serba cukup

Pengguna Twitter ada banyak pilihan software atau application yang boleh digunakan untuk membaca dan menghantar mesej ke Twitter, sama ada dengan menggunakan komputer ataupun telefon bimbit.

Twitter client yang berjaya mencuri tumpuan saya adalah Seesmic. Secara ringkas, ia tidak sehebat UberSocial, tetapi fungsi yang dimuatkan dalam Seesmic adalah serba cukup. Malahan pada saya, ia juga mesra mata.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai shortcut yang sangat membantu:

T (top) - Brings you to the top of the messages
B (bottom) - Brings you to the bottom of the messages
ALT + Space - To scroll page down
SHIFT + Space -To scroll for page up
S (search) - To search on Twitter

Use these keyboard shortcuts actions when selecting an update:

C (compose) - To compose a new message/tweet
R (reply) - reply to an update
L (reply to all) - reply to all the usernames in the message
F - To Retweet a tweet with the new Retweet feature (Like forwarding a message in mail)
Q (quote) - To Retweet a tweet usin…

Jurang: Antara idealis yang malas dan realis yang rajin

Bila si idealis membuka mulut, berkobar-kobar bercerita, tentang apa yang sepatutnya berlaku, yang sepatutnya di buat, saat itu si realis menjuihkan bibir.

Masakan mungkin diambil berat kata-kata si idealis. Cakap saja berkobar-kobar, solatnya entah di mana, tidurnya hingga matahari tegak, pekerti tidak terjaga, kerja sering tertangguh.

"Awak keluarkan idea, yang penat saya juga," getus hati si realis.

Sebab itu si realis lebih selesa dengan caranya, meskipun dipandang kolot dan lambat, kadang-kadang dianggap bodoh, tapi baginya yang lebih penting kerja selesai dan dalam capaian.

Si idealis rasakan yang pendapatnya perlu didengar. Sebab baginya ada cara yang paling mudah untuk setiap kerja. Tapi tak semua tahu formulanya. Masa terlalu berharga. Tak perlu disia-siakan waktu yang sebenarnya boleh dijimatkan.

Manusia berbeza, ada yang meraikan inovasi, ada yang meraikan prestasi.

Maha Bijaksana Allah yang menerangkan tujuan perbezaan manusia adalah untuk saling mengenali.

Berke…

Anak muda cenderung untuk menyalahkan orang tua atas kegagalan mereka. Orang tua mungkin gagal dalam beberapa perkara, tapi nyata hebat dalam perkara-perkara lain.

Anak muda mungkin hebat dalam beberapa perkara, tapi dalam perkara-perkara lain perlukan pandangan dan bantuan orang tua juga.

Pokoknya, berpada-padalah dalam mengkritik.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Setiap dugaan meningkatkan daya tahan. Jika dulu air mata mengiringi kisah-kisah kecil, kini biarlah ia mengiringi kisah-kisah besar yang selayaknya dengan harga air mata.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Shortcut untuk UberSocial

Twitter client yang terkenal UberTwitter kembali dengan nama baru, UberSocial setelah disekat Twitter atas alasan-alasan tertentu.

Di sini saya kongsikan beberapa shortcut yang mungkin bermanfaat untuk anda:

R - reply
T - go to top
U - update
J - reply to all
L - retweet
Z - send to e-mail
V - add to favourite
B - go to bottom
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Obama akan dijadikan biri-biri hitam atas kegagalan Amerika Syarikat, bermula dengan masalah kegawatan ekonomi sedunia, kini huru-hara di negara-negara Arab.

Budaya politik; ketika dapat jawatan akan disambut besar-besaran, bila gagal tunai tanggungjawab akan dicaci habis-habisan.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tindakbalas Amerika Syarikat yang hanya mengeluarkan kenyataan dan mengadakan perbincangan berhubung apa yang sedang berlaku di Timur Tengah buat saya rasa sangsi. Mereka hanya berserah atau segalanya berlaku sebagaimana yang dirancang?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Ditegur guru tadika Asyraf sebab selalu lewat hantar selepas jam 8.00am. Susah betul nak jaga masa bila di rumah.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Kasih sayang Allah mengatasi kasih sayang seorang ibu. Jika anda menyedarinya, bagaimana anda menghargainya?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Bekalan elektrik pulih sekitar jam 2.00am ketika kebanyakkan orang sedang nyenyak tidur. Terima kasih kepada staff-staff TNB yang berusaha dengan pantas untuk pulihkan situasi.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tinjauan sebentar tadi mendapati bahawa Kg. Padang Air dan Kg. Tok Jiring antara kawasan yang terkesan dengan gangguan bekalan elektrik yang disebabkan kerosakkan suis di Gong Badak.

Keluar sekejap tadi, beli lilin dan ubat nyamuk.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gangguan elektrik disebabkan kerosakkan suis di Gong Badak. Baik pulih dalam tempoh 2-4 jam. Sumber: 15454.

Mujur bukan kecurian kabel.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Gangguan bekalan elektrik di kawasan Kg. Padang Air. Ada kecurian kabel lagi kah? Banyak sungguh gangguan. Ada sesiapa yang mengalami masalah yang sama?

Masa rusuhan di Mesir tempoh hari setakat tak ada Internet saja. Elektrik ada.

Rindu Mesir.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Hari ke-12 di rumah. Masa terasa terlalu cepat berlalu. Setiap hari ada saja benda yang perlu diselesaikan. Diri sendiri perlu kuat -- tahu apa yang diinginkan -- atau akan hanyut dengan arus kehidupan tanpa kemudi yang berpengalaman. Minda jadi tumpul.

Terasa bagaikan hanya singgah di Malaysia dan akan pulang semula ke Mesir. Sedangkan hakikatnya Mesir adalah persinggahan dan akhirnya akan pulang semula ke Malaysia.

Tunggang terbalik.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

@HafiizhAlias Sebab itu saya katakan ada kemungkinan berlaku perang. Soalnya kemungkinan itu bukan hanya antara kerajaan dan rakyat, ada juga kemungkinan perang Mesir-Israel. Bahkan itu yang paling ditakuti rakyat Mesir yang pro-Mubarak.