Majlis wida Salman dan Fahmi

Dua hari lepas ada majlis wida di Dewan Jawa Barat.

Majlis wida adalah majlis perpisahan.

Entah ini majlis wida yang ke berapa yang saya hadiri. Setiapnya mewakili perasaan yang berlainan.

Majlis kali ini buat saya termenung panjang. Sebelum majlis dan selepas majlis. Sebelum majlis saya termenung panjang sebab saya diminta untuk memberi ucapan. Saya masih belum terbiasa memberi ucapan. Apatah lagi di hadapan khalayak yang ramai. Gugup.

Selepas majlis buat saya termenung atas banyak perkara.

Tentang perubahan yang akan berlaku setelah ketiadaan dua sahabat yang sekian lama ada di sekeliling; Ustaz Salman Al-farisi Selamat dan Ustaz Fahmi Bazlan Muda. Dua-duanya benar-benar orang yang dirasai kewujudannya.

Pasti rasanya tak sama.

Juga tentang perubahan yang telah berlaku sepanjang berada di Mesir. Dalaman dan luaran.

Terlalu banyak yang telah berlaku.

Apa-apa pun, selamat meneruskan perjuangan.

Malaysia cabaran sebenar. Mesir hanyalah medan latihan.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit