Langkau ke kandungan utama

Habib Ahmad bin Zain bin Alawi Al-Habsyi

Major tribes Arabia at the dawn of Islam.Image via Wikipedia
Nama penuh: Ahmad bin Zain bin Alawi bin Ahmad bin Muhammad bin Alawi bin Abi Bakr Al-Habsyi.
Gelaran: Sayyid Alamah, Faqih Hibr, Imam Qudwah, Abid Soleh, Shihabuddin
Kelahiran: Di Ghurfah pada awal tahun 1069H.

Belajar:
1. Beliau belajar dengan ulama-ulama dari Syibam, Taris, Seyoun dan Tarim.
2. Antara guru beliau yang paling terkenal ialah Imam Abdullah Ba Alawi Al-Haddad dan beliau berguru dengan Imam Al-Haddad ini selama 40 tahun dan telah belajar darinya 70 kitab dari pelbagai bidang.
3. Antara guru beliau yang terkenal juga Imam Abdullah bin Ahmad Ba Faqih.
4. Beliau juga berguru dengan Syeikh Ahmad bin Abdullah Syarahil di Syibam.
5. Dan Syeikh Abdul Rahim bin Qadhi Ba Kathir di Taris.

Dakwah:
1. Setelah Imam Al-Haddad meninggal pada tahun 1133H, majoriti anak murid Imam Al-Haddad menjadikan Habib Ahmad Al-Habsyi sebagai rujukan.
2. Sejak itu kebolehannya dalam berdakwah kepada Allah Subhanahu wa Taala terserlah.
3. Beliau pernah menetap di Khala' Rasyid yang kemudian dinamakan sebagai Hutah Ahmad bin Zain.
4. Manusia mengunjungi majlis-majlis beliau dari segenap pelosok dan dia masyhur sebagaimana gurunya.

Antara tulisannya:
1. Safinah Kubra
2. Maqasid Solihah fi syarh Min Ulumi Al-Fatihah
3. Qaul Ra'iq syarh Hikmah Imam Jaafar As-Sodiq
4. Tiryaq Al-Qulub wa Al-Asrar fi syarh Syai' Min Ulum Sayyid Istighfar
5. Maslak Sawi
6. Fath Al-Hayy Al-Qayyum fi syarh Syai' Min Syarab Al-Qaum
7. Isyarah Sufiyyah ila Atwar Insaniyyah wa Toharah an Subu'iyyah
8. Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah
9. Nabzah fi syarh Toriq Aali Abi Alawi
10. Solawat Nabawiyyah wa Awrad wa Ad'iyyah

Murid-muridnya:
1. Ramai yang menuntut ilmu dengannya hingga sukar untuk menjumlahkan semuanya.
2. Antara yang terkenal: Sayid-Sayid Aali Sumait yang tinggal di Syibam.
3. Sayid Imam Muhammad bin Zain bin Sumait.
4. Imam Arif Umar bin Zain
5. Anak-anaknya Imam Jaafar, Muhammad, Alawi, Abu Bakar dan Hasan.
6. Syeikh Alim Fadhil Muhammad bin Umar bin Qadhi Ba Kathir

Wafatnya: Beliau meninggal dunia di Khala' Rashid pada waktu Asar hari Jumaat 19 Syaaban 1145H.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam...sy nak tnya, para ulama spt ini, memang kita panggil mereka dgn 'habib' ke?terima kasih.

    BalasPadam
  2. @Azan Subuh

    Waalaikumussalam.

    'Habib' merupakan panggilan hormat masyarakat Yaman kepada ulama-ulama yang berketurunan Nabi Sallallahu alaihi wasallam.

    'Sayid' pula gelaran kepada sesiapa sahaja yang berketurunan Nabi Salallahu alaihi wasallam.

    'Syeikh' pula gelaran kepada ulama yang bukan dari keturunan Nabi Sallallahu alaihi wasallam.

    Wallahua'lam.

    (P.s.: Kalau ada silap, tolong tegur, ya!)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Image by Cool Hossam !! via Flickr
3 jenis fi'il:
1. Madhi
2. Mudhari'
3. Amar

Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il).
Hukumnya: Mabni dengan baris atas.

حضرَ

Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah.
Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf.

احضُر

Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'.
Hukumnya:
1. Mabni:
i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid.
ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath.

ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ

2. Mu'rab:
i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam.

يحضرُ

ii) Nasab: Jika didahului dengan:
- Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai.
- Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersembunyi: lam (kai), lam nafi, hatta, au, fa',…

Cerita tentang duit Mesir

Duit Mesir, originally uploaded by rdhanz. Apabila berada di negara orang, satu perkara yang tidak terlepas dari pengetahuan kita ialah tentang matawang negara tersebut. Sudah tentu, kerana ia digunakan setiap hari. Sejak berada di sini, mata saya lebih terbuka untuk meneliti dan memerhati nilai tukaran yang asing. Sesuatu yang tak pernah saya lakukan di Malaysia.

Hari ini, nilai RM1 bersamaan LE1.54. Pernah suatu masa dahulu ia stabil pada kedudukan RM1 = LE1.67. Tapi, saya lebih mudah menggunakan sifir RM1 = LE1.50. Mudah untuk mengira.

Matawang Mesir menggunakan nama Pound dan Piaster. Pound untuk Ringgit dan Piaster untuk Sen. Itu nama Inggerisnya. Manakala nama Arabnya ialah Junaih dan Qirsy, atau Genih dan Irsy (mengikut loghat tempatan).

Antara not-not wang kertas yang pernah saya lihat: LE200, LE100, LE50, LE20, LE10, LE5, LE1, LE0.50 dan LE0.25. Penggunaan wang kertas lebih meluas berbanding syiling. Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap urusan pembelian akan digenapkan nilai sen…