Sebuah laptop sebuah cerita: Acer TravelMate 2410

*en: A Chaintech AV-710 sound card, based on t...Image via Wikipedia
Saya mengambil beberapa ketika untuk mula membaiki laptop ini. Pada permulaannya, sistem Windowsnya bermasalah. Mujur, segala driver sudah lengkap tersedia. Bererti, laptop ini memang sedia untuk dibaiki.

Kesimpulan Pertama

Namun, muncul satu masalah lain. Speaker tidak berbunyi. driver berfungsi dengan baik. Maka, saya membuat kesimpulan bahawa sound card laptop ini sudah rosak.

Andaian ini separuh benar.

Kesimpulan Kedua

Saya tak mampu untuk membaikinya. Maka, saya keliling Technology Mall untuk mencari penyelesaian. Dalam fikiran saya, cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini adalah dengan menukar sound card. Pencarian menghampakan setelah berlegar-legar dari atas ke bawah, yang saya temui adalah sebuah kedai yang mendakwa ada sound card tersebut tetapi dengan harga LE250. Itu sound card second-hand! Akhirnya, saya membuat kesimpulan kedua, agak mustahil untuk menukar sound card laptop.

Rupa-Rupanya...

Dengan bantuan seorang kawan, akhirnya masalah ini selesai. Rupa-rupanya, hanya speaker dalaman sahaja yang rosak. Sound card masih elok. Cuma perlu kepada speaker luar atau headset untuk dapatkan bunyi.

Pengajarannya:
1. Jangan berputus asa untuk mencari driver yang sesuai.
2. Minta bantuan orang lain jika tidak mampu.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. satu lg pngjarn... bila dah bukak motherboard..jgn lupa pastikan "bumikan" dulu motherboard tu..dengan meyentuhkan ia pada plastik. ini mengelakkan elektrostatik.. elak litar pintas

    BalasPadam
  2. @Thaaqib

    Err... Motherboard hari tu tak bumikan dulu, ek? Lupa nak pasang tapak plastik tuh... Isk!

    Ke?

    BalasPadam
  3. mana bagus yer compaq atau acer? da cakap acer not good, compaq plak susah mo downgrade vista to xp

    BalasPadam
  4. @Shitsurei Shimashita

    ACER = Awas CEpat Rosak! --> Hehe...

    Selalunya itulah yang orang kata, dan kedua-duanya betul.

    Acer ada kelebihan dari sudut designya yang trendy dan pelbagai. Kalau pandai jaga, tak ada masalah.

    Compaq memang ada masalah untuk downgrade ke Windows XP. Tapi, bukan tak boleh. Anda boleh tanya kawan saya caranya -- Google.

    :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit