Selepas 12 hari...
Saya terkedu.
Terasa menyesal. Pertama, kerana cuba untuk download walaupun sudah tahu bahawa komputer saya mempunyai kapasiti yang sangat terhad. Kedua, untuk menyelesaikan masalah, saya telah ambil keputusan untuk restart.
Setelah berkhidmat selama 12 hari, termasuk dua hari penuh berkhidmat dengan cemerlang, akhirnya USB Ubuntu saya telah menyerah kalah. Sebenarnya, saya yang mengalah. Beberapa kali saya cuba hidupkan kembali USB ini, namun hampa. Mungkin ia perlukan rehat. Mungkin saya perlukan rehat.
Keputusan awal eksperimen menunjukkan USB pen drive boleh bertahan selama 12 hari jika dijadikan boot driver. Keputusan yang agak memberangsangkan memandangkan ada yang berkata ia hanya tahan selama seminggu. Namun agak mengecewakan kerana saya berharap ia dapat bertahan lebih lama. Paling tidak sebulan.
Timbul persoalan di benak saya, jika saya menggunakan pen drive jenama lain, adakah keputusannya akan berbeza? Jika saya menggunakan pen drive berkapasiti lebih besar, adakah keputusannya juga akan berbeza?
Tangguhkan dahulu soalan-soalan ini. Peperiksaan sudah semakin hampir dan ini mungkin satu lagi loceng amaran supaya saya abaikan dahulu hal-hal yang tidak berkaitan. Sekiranya saya tidak mampu untuk menulis di blog lagi selepas ini atas sebab masalah teknikal, saya tetap akan terus memberi maklumat terkini kepada para pembaca blog ini dan kawan-kawan di Facebook melalui Twitter, kerana Twitter kini sudah kembali boleh dikemaskini melalui SMS. Yay!

Update: Selepas berehat seketika, USB Ubuntu kembali berkhidmat dengan cemerlang. Ada beberapa etika penggunaan yang perlu saya patuhi. Ini bererti, had masa 12 hari itu akan bertambah. Mungkinkah akan mencecah 30 hari? Tunggu dan lihat~
BalasPadamsudah2 la tu...pergi study plk nun!!!
BalasPadam@Fitrie Muhammad: Er, baiklah ustaz...
BalasPadam