6 pengajaran dari komputer rosak

Screenshot of the Live CD of ubuntu, with Fire...Image via Wikipedia
Komputer rosak. Maka mood saya kurang elok. Jangan buat lawak teknologi di depan saya, atau anda akan dikecewakan dengan muka yang masam.

Hard disk yang rosak. Awalnya Windows yang meragam. Kemudian melarat ke seluruh partition C. Kemudian merebak ke seluruh partition D. Tamatlah riwayat hard disk saya.

Sekarang saya online menggunakan komputer saya -- tanpa hard disk. Ya, tanpa hard disk. Saya guna Live CD Ubuntu 9.04 beta. Alternatif kepada Windows. Cuma, saya tak boleh simpan sebarang maklumat sekarang sebab ketiadaan hard disk. Boleh tengok dan usik sahaja. Tak boleh simpan...

Sungguh, banyak yang saya pelajari tiga hari ini:

1. Setiap hardware ada tempoh akhirnya, dan tempoh akhirnya akan berkurangan akibat penggunaan yang lasak.

2. Ada banyak cara alternatif yang belum diketahui. Antara yang akan saya cuba selepas ini ialah boot menggunakan USD pen drive. Maknanya, saya akan install Ubuntu dalam pen drive dan saya akan hidupkan komputer saya hanya dengannya tanpa hard disk.

3. Jangan degil dengar nasihat kawan. Saya sudah dinasihati berkali-kali supaya meletakkan hard disk pada tempat yang lebih sesuai selain dari bawah tapak kaki.

4. Sabar menempuh ujian. Setiap kejadian mematangkan kita, jika kita sedar akannya.

5. Sengaja tak nak beli hard disk baru sebab sedang cuba untuk berjimat. Tak sanggup minta stimulus package dari keluarga semata-mata untuk beli hard disk.

6. Saya lebih kreatif membaiki komputer sendiri berbanding membaiki komputer orang lain. Oh...

Saya sekarang sedang tunggu kedai alat tulis bawah rumah buka, sebab saya nak beli pen drive. Biasanya sejam sebelum Zohor baru buka. Kalau eksperimen ini berjaya, saya akan kongsikan di sini. Doakan segalanya berjalan dengan lancar.

Amiin ya Rabb!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. kalau laptop saya rosak...perkara pertama yg saya akan buat, ialh terus pergi IT Unit, sbb sy tau guna jer...

    BalasPadam
  2. @Rubiah

    Alahai... Andai ada unit IT di sini...

    BalasPadam
  3. sabar! sabar! mesti boleh di baiki tu.
    Insyallah, anda berjaya :)
    update2kan nanti yer xperiment tu

    BalasPadam
  4. @Shitsurei Shimashita

    InsyaAllah...

    Sekarang sedang berusaha gigih...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hari yang memenatkan

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Rukun Islam dan rukun Iman