8 larangan dan 3 suruhan dalam bersaudara

Flickr buddiesImage by Torley via Flickr
Larangan:

1. Saling berdengki: Mengharapkan Allah Subhanahu wa Taala hilangkan ni'mat saudaranya.

2. Sengaja menaikkan harga barang tanpa hasrat untuk membeli.

3. Saling membenci.

4. Saling tidak bertegur sapa.

5. Membeli belian saudaranya dengan harga yang lebih tinggi.

6. Menzalimi.

7. Menipu.

8. Menghina.

Suruhan:

1. Menghayati hakikat bahawa setiap muslim itu saudara kepada muslim yang lain.

2. Menjadikan taqwa sebagai neraca kemuliaan seseorang.

3. Menjaga hak saudaranya dari sudut:

i) Darahnya -- Tidak boleh mencederakannya dan menyakitinya.
ii) Hartanya -- Tidak boleh merampas dan berlaku khianat terhadap hartanya.
iii) Kehormatan -- Tidak boleh menjatuhkan maruah dan kehormatannya dengan apa cara sekalipun.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. apa komen rdhanz tentang umat bukan Islam membaca ayat al-Quran di khalayak ramai?
    tp dia bkn sentuh hal akidah la.

    BalasPadam
  2. @Shitsurei Shimashita

    Orang bukan Islam membaca Al-Quran.

    Ini isu semasa. Saya murnikan pemikiran saya dengan merujuk tulisan yang lebih berautoriti sebelum buat kenyataan.

    Rujukan 1 | Rujukan 2

    Secara umumnya perlu dinilai secara keseluruhan ucapan. Jika niatnya untuk memahamkan, maka apa salahnya? Namun, jika niat untuk mengelirukan dan menghina, sudah tentu tidak boleh dibiarkan...

    BalasPadam
  3. itulah yg terjadi di negara kita yg tercinta ini. utk maklumat saudara, satu lagi rancangan realiti yg menengahkan gadis2 melayu Islam berpakaian dalam sdg hangat di negara kita.

    BalasPadam
  4. @Shitsurei Shimashita

    Hm, kenapa nampak semakin tak terkawal isu ini?

    Dulu diharamkan melayu dari menyertai pertandingan ratu cantik.

    Bukankah rancangan TV seperti itu konsepnya sama?

    Alahai...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit