Nombor-nombor itu...
Saya memerhatikan nombor-nombor yang tercatit dengan keluhan kecil. Cerita lama berulang kembali.
24/7
Setiap orang diberi 24 jam sehari. Dalam tempoh itu, kita penuhkan dengan pelbagai aktiviti. Ada yang dirancang, ada yang tidak dirancang. Ada yang perlu dan ada yang tidak perlu. Usaha untuk mengubah rutin adalah satu usaha yang berterusan. Kerana itu nombor-nombor ini tercatit.
Rutin lama vs rutin baru
Untuk saya melazimi dengan rutin yang baru, saya telah mengorbankan rutin-rutin lama. Bukan dengan sengaja. Tetapi, inilah yang dapat saya pelajari dari nombor-nombor ini. Antara 6 item, hanya satu item yang bertambah baik. Satu lagi kekal, manakala selebihnya menjunam teruk.
Benar, ada banyak faktor yang menyebabkan nombor-nombor itu berkurangan. Ada hari-hari yang dibebani dengan pelbagai kerja dan aktiviti. Ada hari-hari yang lapang tanpa sebarang kerja. Maka, secara logiknya, hari yang lapang tentu akan lebih baik prestasinya berbanding hari yang sibuk.
Matlamat sebenar nombor-nombor ini adalah untuk mewujudkan momentum untuk terus kekal berusaha melaksanakan tuntutan-tuntutan ini.
Jangan tertipu dengan nombor
Pernah satu ketika, seorang kawan mengadu akan halnya kepada seorang ustaz tentang betapa banyaknya halangan untuk dia terus kekal dalam berusaha memperbaiki diri. Gangguan syaitan, nafsu dan elemen-elemen lain melemahkan dirinya untuk terus berusaha.
Ustaz itu tersenyum sahaja mendengar luahan itu. Dia mengusulkan supaya dilakukan muhasabah. Tapi, bukan harian atau mingguan. Katanya, muhasabah harian dan mingguan hanya akan melemahkan dan meletihkan. Yang dianjurkan adalah muhasabah setiap 6 bulan. Itu lebih adil.
Memang dalam seminggu akan ada hari kita lemah. Dalam sebulan akan ada minggu kita lemah. Dalam setahun akan ada bulan kita lemah. Semua ini fitrah.
Maka, jangan tertipu dengan nombor. Jangan hukum diri anda dengan hukuman yang tidak sepatutnya. Maafkan diri. Tapi jangan manjakan.
Allahumma a'inna 'ala to'atik!

Kehidupan bagaikan roda..beribu zaman terus berputar....;)
BalasPadamInsyaAllah semua nombor akan naik. Semoga terus diberi kekuatan n keikhlasan..
@Al-FatihAmiin ya Rabb!
BalasPadam