Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah

* en: Region close to Sayun in the Hadhramaut ...Image via Wikipedia
Saya berkenalan dengan tulisan ini ketika bermusafir di Yaman pada akhir tahun 2006. Ketika itu saya mencari rujukan yang ringkas buat saya memperbaiki kefahaman saya dalam fiqh. Ternyata tulisan ini memenuhi kehendak saya.

Penulisnya ialah Habib Ahmad bin Zain bin Alawi Al-Habsyi. Ia telah dicetak dengan cetakan yang pelbagai; Mesir, Saudi, Yaman, Indonesia dll. Ia adalah silibus di kebanyakkan sekolah dan pondok di Hadramaut. Juga di tempat-tempat lain seperti Zabid, Tihamah Yaman, Hijaz, Mekah, Madinah, Indonesia, Malaysia, Mesir, Afrika Selatan, Kenya, Uganda dan Algeria.

Kitab yang mensyarahkan tulisan ini:
1. Anwar Lami'ah wa Tatimmat Wasi'ah syarh Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah
2. Bahjah Al-Wasail bisyarh Masail Ar-Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah
3. Syarah Alamah Muhammad bin Salim Ba Basil Al-Hajrini Al-Hadhrami Al-Makki
4. Durur Lami'ah syarh Risalah Jami'ah
5. Syarh Ar-Risalah Jami'ah
6. Ghilafah Sati'ah li Aali Al-Lami'ah min Risalah Jami'ah

Oleh kerana manfaat yang banyak saya perolehi dari tulisan ini, saya kongsikan dengan anda terjemahan ringkas Risalah Jami'ah wa Tazkirah Nafi'ah sekadar yang saya mampu.

Aqidah:
Asas keimanan seorang muslim

Fiqh:
1. 6 rukun wudhu'
2. 4 pembatal wudhu'
3. 5 syarat sah solat
4. 10 rukun solat
5. 8 pembatal solat
6. 5 rukun khutbah Jumaat
7. 4 perkara tentang puasa
8. 9 perkara tentang zakat
9. 16 perkara tentang haji dan umrah

Tasauf:
1. 11 maksiat hati
2. 19 ketaatan hati
3. 8 maksiat dengan badan

Saya mengalu-alukan sebarang perbincangan dan pembetulan dari para pembaca. Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengikhlaskan niat kita dan mengganjarkan kepada kita sebaik-baik ganjaran.

Amiin ya Rabb!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit