Sebuah laptop sebuah cerita: Compaq Presario V3000
Kawan saya kata laptop ini bermasalah. Selalu muncul skrin biru. Maka, saya tiada penyelesaian lain melainkan format dan install semula Windows kerana skrin biru atau nama popularnya BSoD (blue screen of death) memang ciri khusus yang ada pada Windows. Maka, munculnya skrin tersebut bererti ada konflik pada Windows.
Buntu
Akhirnya saya menemui kebuntuan dalam mencari driver. Sebagai permulaan, saya perlu cari driver bagi network adapter supaya mudah saya akses Internet terus melalui laptop yang dibaiki.
Malam pertama saya temui kebuntuan. Maka, usaha membaiki dihentikan seketika.
Driver Magician dan Radar Sync
Akhirnya saya diperkenalkan dengan perisian Driver Magician dan saya berminat untuk mencubanya. Sebelum ini saya pernah menggunakan perisian Radar Sync.
Dimotivasikan dengan kejayaan saya membaiki sebuah laptop lain semalam, saya mula membaiki. Di sini saya kongsikan pengalaman saya menggunakan dua perisian di atas:
1. Driver Magician: Memudahkan saya untuk kesan driver yang diperlukan laptop. Juga disediakan alamat untuk download driver yang disenaraikan. Namun begitu, tidak semua driver tersenarai.
2. Radar Sync: Perisian ini memerlukan Microsoft Framework 2.0 untuk berfungsi. Kali ini driver yang tersenarai agak merapu. Bererti perisian ini kurang tepat dalam mengesan driver yang diperlukan, namun mudah untuk download dan install driver yang berjaya dikesan dengan tepat.
Setelah mengetahui dengan yakin bahawa saya tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada perisian-perisian ini untuk mendapatkan driver, saya mula mencari sendiri di Internet.
Cari sendiri
Selain bertanya di Google, antara tempat yang tepat untuk mencari driver laptop adalah laman web syarikat pengeluar itu sendiri. Namun, agak menyulitkan jika anda mencari driver laptop baru untuk Windows XP. Kebanyakkannya menyenaraikan driver untuk Vista. Kawan saya sarankan saya cari driver untuk Windows dari laman web yang berpengkalan di China. InsyaAllah, lain kali.
Masalah terakhir
Dihujung perjuangan saya membaiki laptop ini, saya berdepan dengan masalah terakhir -- speaker tak berbunyi! Hampir-hampir saja saya berputus asa. Namun, setelah bertanya di Google, saya temui penyelesaian.
Saya format kembali dan install Windows. Saya selesaikan masalah driver audio terlebih dahulu sebelum yang lain. Ada dua yang perlu diinstall. Pertama, Microsoft UAA Bus Driver. Kedua, Conexant High Definition Audio Driver. Mesti didahulukan apa yang terdahulu. Tak boleh langkau.
Alhamdulillah, setelah speaker berbunyi, saya teruskan install driver lain sebelum install perisian lain.
Tips-tips lain untuk dikongsi:
1. Cari dahulu driver dalam hard disk sebelum susahkan diri mencarinya di Internet.
2. Selesaikan masalah driver terlebih dahulu sebelum install perisian lain.
3. Tak boleh bergantung kepada satu perisian sahaja. Setiap perisan ada kekuatan dan kelemahan tersendiri.

google is the best web..tak banyak iklan like yahoo tp 1 jer beza yahoo da news update sendiri.
BalasPadamkat KL harga brg komputer naik dgn cepat.
org kata, compaq n acer mmg cepat rosak. ade brother kat unit IT cakap, kalau nak beli laptop, beli toshiba atau asus...mcm laptop ana...=)
BalasPadamCompaq Presario V3000 series mmg ade design problem... bg aku, design tu patot jd design reject...
BalasPadamAcer dan Compaq Presario V3000 series mmg selalu cpt rosak sbb heat buildup dan prolonged exposure to heat... 2 body design nih x ventilate air dgn baik dan kipas stock die mmg troublesome... body material lak xmampu dissipate heat dgn bagos...
tp Compaq Presario CQ series da improve dari segi heat ventilation die... so far, tgk org pakai ok je... xde byk mslh... Acer still dgn bad design dan low quality product... kalo nk amik Compaq, amik CQ series...
Toshiba and Asus mmg tahan lama... ade pernah experience dgn diorang punye customer service x?
@Shitsurei Shimashita
BalasPadamI prefer Google rather than Yahoo.
:-)
@Rubiah
Oh, ye ke? Terima kasih atas perkongsian. Saya tak ada pengalaman sangat dengan laptop ni...
@Master Red Lion
Thanks for the info, Bro. Memang tak banyak maklumat sangat pasal laptop ni.
Pernah dengar juga pasal Toshiba ini tahan lebih lama, cuma tak begitu popular di kalangan pelajar kita di sini sebab dengar perkataan 'Toshiba' saja, yang terbayang ialah mesin basuh, bukan laptop.
Jenama yang popular di sini untuk laptop biasanya Acer, Compaq dan HP. Asus dan Toshiba memang harang-jarang orang guna...
Anyway, thanks Bro!
Saya pakai acer memang banyak masaalah.dan 1 lagi laptop saya brand ASUS,Alhamdullilah tahan lasak
BalasPadam@Ainal Hanisda
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Nampaknya, kena promote ASUS dan Toshiba lepas ni pada kawan-kawan.
Tapi, kawan saya cakap ada satu lagi yang lebih tahan lasak. Laptop jenama Hyundai.
Lepas dia cakap pasal laptop Hyundai dia, banyak pulak jenama lain yang keluar. IBM la, itu la, ini la... Oh...
maybe hyundai tu, ok gak...sepupu sepapat toshiba. IBM boikot..israel punya. he~.
BalasPadam@Rubiah
BalasPadamLupa pula IBM itu produk yang diboikot... :-)
yekee...
BalasPadamsaya da lama pkai laptop compaq v3000..
agak ok..
dan masih bertahan..
yang pasti tgok org jga klau nak pkai laptop..
klau org tu xreti gna n xpndai nak jga mmg cpat rosak..
hihihih..(*_^)
@Anonymous: Yup, memang ikut tuan la. Kalau lasak sangat, rosak la benda alah tu...
BalasPadamaku pakai asus..tp baru lagi..xda masalah setakat ni (alhamdulillah) wlaupu aku yg kaki game (tapi mls nk pakai desktop) kdg2 aku penat dulu sebelum laptop aku penat ( kalu hari minggu lgi la aku layan game sehari suntuk)..aku pakai siri k50in ...cume bateri x tahan sgt...x sampai 2 jam..cayala kat asus..
BalasPadamsy pkai laptop compaq v3000 hmpir 3thun..n plsss jgn beli brand ni lg..4 1st 1 year mmg xde prob..2nd ye ade prob ckt2 n mslh heat tu seriously worse..n now hmpir2 nk beli lptop baru..bt still btahan dgn addi support fans y pelbagai..itu pon still hang..sekian
BalasPadam