Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2009

Iqamah itu visa

Imej
Image via Wikipedia Gara-gara tidur lewat semalam, saya hampir terlepas peluang untuk memperbaharui visa yang telah tamat tempoh sebulan yang lalu. Semalam ada ceramah umum yang disampaikan oleh tetamu-tetamu dari Malaysia . Balik dari ceramah tak terus tidur. Layan Internet dulu. Saya akan tulis tentang ceramah tersebut bila saya dapat kembali kamera yang dipinjam M semalam. InsyaAllah, saya akan tulis. Saya terkejut dari tidur jam 10.30 pagi. Begitu penting urusan visa ini sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Bangun saja terus sandang beg dan menuju ke pejabat imigresen. Berikut beberapa butiran berkenaan urusan memperbaharui visa (iqamah): Memperbaharui visa Dokumen yang diperlukan: 1. Pasport yang sah. 2. Pengesahan (tasdiq) kuliah. Boleh didapati dari pegawai hal ehwal pelajar di universiti (syu'un tullab). 3. Dua salinan pasport pada muka surat yang tertera butiran peribadi pemegang. 4. Dua salinan pasport pada muka surat yang tertera cop visa terakhir dan cop

Anak-anak di masjid

Imej
Image by Elias Pirasteh via Flickr Ralit melihat anak-anak Rusia bermain-main ketika menunggu khatib menaiki mimbar. Comel. Mereka berbisik-bisik sesama sendiri. Wajah mereka yang bulat, berkulit putih dengan raut wajah yang kecinaan ditambah dengan baju sejuk yang tebal menambahkan lagi keasyikan saya memandang gelagat mereka. Namun, sebaik sahaja khatib menaiki mimbar, comel berubah menjadi gangguan. Terganggu untuk menghayati pesanan khatib sedang si anak bermain-main di depan mata. Lumrah kanak-kanak, bila ditegur akan diam sekejap. Sesetengah masjid melarang ibubapa membawa anak kecil untuk solat. Memang berlaku, ketika sedang solat, tiba-tiba terdengar tangisan anak kecil dari saf jemaah wanita yang sangat merunsingkan sesiapa yang mendengarnya. Apatah lagi si ibu yang sedang solat. Maka, solat berjemaah itu terganggu. Sebagaimana terganggunya dengan gangguan nada dering telefon bimbit. Dari sudut pendidikan pula, seeloknya anak diperkenalkan kepada masjid pada usia yan

Jumaat, hari untuk bertelefon lagi

Imej
Image by sean dreilinger via Flickr Ikutkan hati memang saya ingin benamkan cerita-cerita sedih yang berlaku beberapa hari ini. Bukan untuk menafikannya tetapi untuk tidak menzahirkannya. Bukan juga buat-buat sedih. Tak elok dilayan perasaan yang bergolak kerana ia akan membawa kecelaruan aturan hidup. Pagi ini saya rasa bagaikan sudah tiada harapan untuk kekalkan Rumah Sewa 700. Saya ingin masih tinggal di sini. Paling tidak untuk setahun sahaja lagi. Atau untuk enam bulan sebelum masing-masing menentukan haluan. Tapi setelah berbincang serba sedikit, nampaknya ada harapan yang tipis untuk kekal di sini. Banyak bergantung kepada harga baru yang ditawarkan tuan rumah. Jika bertiga memang tak larat untuk menanggung. Sebab utamanya, sumber kewangan kami berada di poket-poket orang lain. Sendiri belum berupaya untuk mencari. Ada usaha tapi belum berjaya. Jumaat, hari untuk bertelefon Sebagaimana biasa, Jumaat adalah hari untuk bertelefon. Masih lagi berkisar pemergian Tok yang

Cari kiblat dengan Qibla Locator

Imej
Jika sebelum ini saya pernah kongsikan dengan anda bagaimanakah caranya untuk mencari arah kiblat dengan Google Earth , kini saya ingin kongsikan dengan ada satu cara yang lebih cepat iaitu dengan Qibla Locator , sebuah laman web yang khusus untuk menentukan arah kiblat mengikut kedudukan geografi anda. Saya dapat tips ini dari Jari Ketot . Terima kasih kerana berkongsi tips yang menarik ini!

Berita yang mengejutkan

Imej
Image by bingregory via Flickr Saya baru saja pulang dari pameran buku. Penat. Rela bayar LE10 untuk tambang teksi semata-mata untuk cepat pulang tanpa berasak-asak. Malam itu, sekitar jam 8.20 malam, saya terima SMS dari K.nor. "Tok dah kembali ke rahmatullah, " begitu bunyi SMS tersebut. Saya masih memegang kitab Al-Qada' wa Al-Qadar tulisan Ibnu Qayyim Al-Jauzi yang baru saya beli. Kebetulan beberapa peristiwa kebelakangan ini sangat menguji kefahaman saya tentang Qada dan Qadar, maka saya mencari penyelesaiannya. Dalam enam rukun iman yang mesti dipegang setiap muslim, beriman dengan Qada' dan Qadar ini merupakan rukun yang berbeza berbanding rukun-rukun yang lain. Ia tempat untuk Allah Subhanahu wa Taala menguji tahap keimanan hambaNya. "Pertemuan itu bersyarat, perpisahan itu mutlak," begitu bunyi SMS yang saya terima dari seorang kawan. Saat itu timbul di hati saya keinginan untuk pulang, bersama-sama dengan ahli keluarga, untuk membantu m

Selamat jalan!

Imej
Balai berlepas 1 dan 2 , originally uploaded by rdhanz . Semalam adalah malam yang panjang. Selesai sahaja majlis tahlil, terdetik di hati untuk terus pulang dan tidur. Tapi, kebetulan malam itu Ustaz Azizi dan Ustaz Fitri akan pulang ke Malaysia. Mereka sudah tamat pengajian di sini, alhamdulillah. Ustaz Hambali pula akan pulang untuk mengiringi jenazah adiknya. Dalam masa yang sama, Ustaz Rico dan keluarga juga akan pulang setelah tamat pengajian. Saya menjangkakan tidak ramai yang akan ikut ke lapangan terbang kerana sekarang musim peperiksaan. Mungkin ramai yang ingin lakukan persediaan terakhir sebelum masuk dewan peperiksaan esok. Ternyata jangkaan saya meleset. Kami terpaksa berasak dalam coaster dan sebahagian dari kami terpaksa berdiri. Sebuah tramco (van) bertolak terlebih dahulu meninggalkan coaster yang dimuatkan dengan barangan yang akan dibawa pulang ke Malaysia. Setibanya di lapangan terbang, seperti biasa, ia dipenuhi dengan pelajar-pelajar Malaysia yang turut hadi

Bersemadi dengan aman

Imej
Bersedia untuk disolatkan , originally uploaded by rdhanz . Hatta sakit. Itu yang saya dengar dari kawan-kawan. Malam itu saya agak penat. Saya bercadang untuk menziarahnya esok, sebelum berangkat ke pameran buku. Demikian rencananya. Jam 10.30 malam, F memberitahu dia ingin ke Rumah Terengganu. Hatta sesak nafas katanya. Saya mengiyakan saja kerana ketika itu sudah berkelubung di balik selimut yang tebal. Jam 12.15 tengah malam, F telefon saya dengan nada cemas. Saya minta dia ulang-ulang apa yang dituturkan beberapa kali. Apa yang dapat saya tangkap ialah, "Sesak nafas, cari kereta." Dengan terpinga-pinga saya bergerak menuju Rumah Terengganu. Kawan-kawan sudah ramai di perkarangan. Katanya, mereka telah pergi ke hospital dengan teksi. Terngiang-ngiang permintaan F untuk mencari kereta. Malam itu, K baru saja pulang dari Rafah dan perlu ke lapangan terbang jam 11.00 malam. Pasti dia penat. Tapi, saya tiada pilihan lain. Alhamdulillah, dia sanggup untuk membantu meskipun

Sayangi ibumu

Berkata penyair: Suatu hari seorang lelaki menghasut seorang budak yang bodoh Dengan duit untuk menjaganya dari segala bahaya Maka lelaki itu memberitahu si budak untuk membawa jantung ibunya Dan dia akan diberikan perhiasan, duit dan permata Maka si budak pergi membenamkan pisau ke dada ibunya Dikeluarkan jantung dan dia pulang dari mengikut jalan dia datang Tetapi oleh kerana gopoh dia terjatuh Dan jantung itu terjatuh tergolek dan dia tersadung Jantung ibunya memanggilnya dalam keadaan diselaputi kotoran "Anakku! Sayangku! Adakah kamu sakit?" Sungguhpun suara itu penuh dengan belas kasihan, tiba-tiba Bagaikan kemurkaan syurga telah menimpa si budak Dan dia keluarkan pisau dan menikam dirinya Tikaman untuk menjadi pengajaran bagi yang ingin mengambil pengajaran Jantung si ibu memanggilnya dan berkata, "Hentikan tanganmu Dan jangan kau bunuh hatiku dua kali di tempat yang sama." "Hentikan tanganmu dan jangan kau bunuh hatiku dua kali di te

Kick out the ladder

Sami Yusuf: Anything for You

If there were a single sacred rose On a mountain top that grows Where nobody ever dares to go For you I'd climb that mountain high I would reach up to the sky If that rose was your desire Don't you know that I Would do anything Would do anything For you I would do anything Would do anything Anything for you For you, I would sail the seven seas Walk the deserts in between Just to bring you anything you need Nothing could ever be too much Anything to show my love ‘Cos it gives me strength enough Don't you Don't you Don't you know that I Would do anything Would do anything For you You know that I Would do anything Would do anything Anything for you For you I would take on any trial And I would walk on through the fire You give me strength enough to face it all You make me feel invincible ‘Cos I would do anything Anything for you You know that I Would do anything Would do anything Anything for you These things are nothing t

Tubercle bacillus

Imej
Image via Wikipedia TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bakteria TIBI (Tubercle Bacillus ) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain. Bagaimana TIBI merebak? Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bakteria TIBI yang terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bakteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bakteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya. Tanda-tanda TIBI 1. Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu 2. Kahak yang mungkin mengandungi darah 3. Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam 4. Susut berat badan dan hilang selera makan 5. Mengalami sakit

Rich Site Summary

Imej
Image via CrunchBase RSS (Rich Site Summary) adalah format untuk sampaikan kandungan web yang sentiasa berubah. Banyak laman web yang berkaitan dengan berita, blog dsb memasang RSS Feed untuk sampaikan kandungan terkini kepada siapa sahaja yang berminat. Kenapa RSS? RSS menyelesaikan masalah bagi mereka yang selalu menggunakan web. Ia memudahkan anda untuk sentiasa peka dengan kandungan terkini dari laman web yang anda minat. Anda jimatkan masa dengan tidak perlu melawati laman web tersebut satu persatu. Privasi anda juga terjamin kerana tidak perlu mendaftarkan alamat e-mel anda untuk RSS. Bilangan laman web yang menawarkan khidmat RSS meningkat dengan mendadak termasuk syarikat-syarikat yang besar seperti Yahoo News . Apa yang saya perlukan untuk membaca RSS Feed? Feed Reader atau News Aggregator membantu anda untuk mengambil RSS feed dari pelbagai laman web dan memaparkannya untuk dibaca dan diguna. Terdapat juga pelbagai jenis RSS Reader secara online seperti My Yaho

Gustav Robert Kirchhoff

Imej
Image via Wikipedia Gustav Robert Kirchhoff adalah seorang ahli fizik German yang telah memberi sumbangan yang besar dalam memahami litar eletrik, spectroscopy dan kesan black-body radiation oleh objek yang dipanaskan. Dia lahir pada 12 Mac 1824 di Konigsberg, Timur Prussia. Pada tahun 1847 dia menamatkan pelajaran di Albertus University of Konigsberg , berkahwin dengan Clara Richelot dan berpindah ke Berlin . Dia menetap di sana sehingga menerima darjah Profesor. Pada tahun 1845, dia mengemukakan formula litar elektrik yang kini digunakan secara meluas dalam kejuruteraan elektrik, ketika dia masih lagi seorang pelajar. Dia menyempurnakan kajian terhadap formula ini menerusi seminar-seminar dan akhirnya formula ini dikemukakan sebagai bahan untuk dia mendapatkan darjah kedoktoran. Dia kemukakan hukum thermal radiation pada tahun 1859 dan diluluskan pada 1861. Pada tahun 1854 dia dipanggil oleh University of Heidelberg dan bekerjasama dengan Robert Bunsen dalam mengkaji spec

Berlayar di Sungai Nil

Imej
Image by Oberazzi via Flickr Tak sangka di tengah-tengah kesibukan kota Kaherah, saya mampu mencari ketenangan sedamai ini. Kami berempat menaiki perahu layar yang dikemudi orang Mesir untuk menikmati kedamaian Sungai Nil untuk tempoh sejam. Tanpa kebingitan bunyi enjin, perahu layar ini bergerak perlahan-lahan tetapi konsisten membawa kami ke tengah-tengah Sungai Nil yang tenang.

Boleh ke masuk ke Gaza?

Imej
Image via Wikipedia Mengikut maklumat yang diperolehi semalam, barang-barang yang dihantar ke Gaza akan dibawa dari Kaherah ke Arisy, satu tempat yang terletak lebih kurang 40km dari Rafah , sempadan Gaza. Di sana, Egyptian Medical Syndicate ada gudang yang besar untuk menempatkan bekalan sebelum dihantar untuk memasuki Gaza. Dari gudang Arisy, barang-barang akan diangkut ke sempadan di Rafah. Di sempadan ini, tentera yang menjaganya adalah tentera Mesir. Saya difahamkan, selepas melintasi sekatan tentera Mesir, terdapat dua lagi sekatan lain iaitu sekatan tentera PBB dan sekatan tentera Israel . Barangan-barang akan dipunggah di sempadan dan akan diterima oleh wakil di Gaza di sana. Akan ada trak dari Gaza yang menunggu bekalan untuk dibawa masuk. Namun, pergerakkan hanya terbatas setakat itu. Untuk memasuki terus ke wilayah bergolak itu, nampaknya bukanlah mudah. Selain keselamatan tidak terjamin, kerajaan Mesir juga tidak ingin rakyat Palestin diseludup keluar dan masuk ses

Bawa daku kepadamu

Imej
Image by Arvid via Flickr Semalam saya mengalami perbualan yang sangat janggal. Adakalanya kita sangat-sangat ingin tahu satu perkara, tetapi apabila kita sudah tahu, kita berharap kita tidak pernah bertanya akan hal itu. Ia mendorong kepada mimpi yang pelik-pelik. K minta tanya saya adakah saya sudi untuk bawa tetamu dari Malaysia ke Arisy. Hati yang melonjak-lonjak keseronokkan seakan memaksa mulut saya berkata, "Ya!" Ada dua sebab kenapa saya terlalu teruja dengan pelawaan ini: 1. Saya boleh memandu. 2. Saya boleh ke Arisy. Satu tempat berhampiran dengan Rafah yang bersempadan dengan Gaza , Palestin. Walaupun saya pernah ke sana, tetapi saat ini adalah saat yang tidak patut dilepaskan peluang untuk menziarah dan membantu warga Palestin sedaya yang mungkin. Namun, apabila rasional mengambil tempat, saya nyatakan alasan kenapa saya tidak boleh memandu ke Arisy. 1. Visa saya telah tamat tempoh dan saya bercadang untuk memperbaharuinya dengan H. 2. Saya tak ta

Failure: The Secret to Success

Saya pandai membaca

Imej
Image by Pixel Fantasy via Flickr Suatu hari anda terjumpa satu kotak besi yang mampu memuatkan seorang lelaki dan di dalamnya penuh dengan butang. Anda dengan curiga telah menekan butang hijau dan tiba-tiba... ... anda kini berada di satu tempat yang anda tidak kenali. Anda keluar dari kotak tersebut dan meninjau kawasan sekeliling dan anda yakin bahawa anda kini bukan lagi berada pada zaman moden. Anda sudah tersilap masuk ke mesin masa dan kini anda berada di satu zaman primitif dan tiada peradaban. How to create a time machine Bukan ini yang saya maksudkan. Persoalannya sekarang, jika situasi di atas benar-benar terjadi, adakah anda mampu membentuk peradaban masyarakat zaman itu? Berdasarkan pengetahuan yang anda ada sekarang, adakah anda mampu untuk membawa kereta, telefon bimbit, Internet dan satelit ke zaman itu? Atau anda hanya akan menjadi pengembara yang sesat yang cuba memahamkan orang sekeliling bahawa di orang zaman moden menunggang besi untuk bergerak, kelihat

Cerita tentang dia

Imej
Dia sudah lama dalam dakwah. Terutama sejak pulang dari Mesir, hala tujunya semakin jelas. Kini, saat usia telah melangkau 60-an, banyak pahit manis perjuangan yang telah dia kecapi. Malam ini dia dan isteri hadiri Majlis Munajat Perdana. Kebeningan pagi dan syahdu doa yang dititipkan imam kepada Yang Maha Berkuasa membuat hati-hati yang hadir lirih dan mengalirkan air mata yang banyak. Dan pagi itu, dalam perjalanan pulang ke rumah, dia melihat himpunan anak-anak muda, melangkan takbir. "Takbir!" "Allahu akbar!" "Takbir!" "Allahu akbar!" "Takbir!" "Allahu akbar!" Tanpa dipaksa air matanya mengalir. Si isteri kehairanan. Terpesona melihat susuk yang dikagumi selama hayat ini mengalirkan air mata yang jernih. Si ibu berkongsi cerita dengan anaknya, dan si anak tertanya-tanya, apakah yang difikirkan ayahnya?

Ubah tetapan masa dan tarikh pada artikel di blog

Imej
Ciri istimewa blog berbanding laman web lain adalah susunan artikel mengikut masa dan tarikh. Bagaimanakah caranya untuk mengubah tetapan masa dan tarikh pada artikel tersebut? Daftar masuk Blogger dan pilih Layout > Page Elements. Di sana anda akan dapati susun letak blog anda dalam bentuk petak-petak. Pilih petak 'Blog Post' dan klik pada 'Edit'. Di sana anda akan dapati tetapan-tetapan yang anda boleh pilih. Saya akan terangkan semuanya secara ringkas. 1. Number of posts on main page: Tetapan ini akan menentukan bilangan artikel yang terpapar pada muka depan blog anda. Anda diberi dua pilihan. Pertama, paparan mengikut bilangan artikel. Kedua, paparan mengikut bilangan hari. Saya nasihatkan anda tetapkan 10 artikel ke bawah bagi mengelakkan masalah kepada pengunjung untuk menunggu semua artikel dipaparkan. 2. Select Items: Di sini anda diberi beberapa pilihan untuk dipaparkan pada blog anda (ia berbeza mengikut template yang anda guna). a. [Tarikh].

100+ peralatan untuk Blogger

Imej
Image via CrunchBase Sejak Blogger diambil alih Google , platform untuk blog ini semakin lama semakin menarik. Banyak gadget disediakan dan banyak templates yang menarik dihasilkan oleh designer-designer secara percuma. Oleh kerana syarikat yang mendukungnya adalah Google, maka jangka hayat blog di Blogger boleh menjangkau puluhan tahun -- selagimana Google tidak mengalami masalah kewangan. Hari ini Mashable mengumpul seratus lebih peralatan dan templates untuk Blogger. Selamat mencuba!

Jangan tidur hari ini...

Imej
Image via Wikipedia Sudah empat malam tak dapat tdiur. Macam dah terbalik jadual tidur jadinya. Tonight I will sleep! Mesti tidur malam ni! Untuk itu, hari ini kena tahan mata dari tidur. Buat aktiviti yang memenatkan supaya badan akan terasa letih malam ni. Kebetulan ada kawan ajak ke Sarag Mall hari ini. Anyway, buat Muhammad Nasiruddin bin Zahari, selamat hari lahir yang ke 23!

Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Imej
Image by Swami Stream via Flickr Antara perkara yang menarik dalam laporan TIMSS ( Trends in International Mathematics and Science Study ) adalah negara yang tidak mengamalkan PPSMI menunjukkan prestasi cemerlang. Lihat prestasi 35 negara berikut: 1. Singapura 567 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa komunikasi keluarga) 2. Taiwan 561 3. Jepun 554 4. Korea Selatan 553 5. England 542 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda) 6. Hungary 539 7. Republik Czech 539 8. Slovenia 538 9. Hong Kong 530 10. Persekutuan Rusia 530 11. Amerika Syarikat 520 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda) 12. Lithuania 519 13. Australia 515 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda) 14. Sweden 511 15. Scotland 496 (PPSMI, Inggeris adalah bahasa ibunda) 16. Italy 495 17. Armenia 488 18. Norway 487 19. Ukrain 485 20. Jordan 482 21. Malaysia 471 (PPSMI + BM, Inggeris bukan bahasa ibunda) 22. Thailand 471 23. Serbia 470 24. Bulgaria 470 25. Regim Israel 468 26. Bahrain 467 27. Bosnia &

Michael Heart: We Will Not Go Down

A blinding flash of white light Lit up the sky over Gaza tonight People running for cover Not knowing whether they're dead or alive They came with their tanks and their planes With ravaging fiery flames And nothing remains Just a voice rising up in the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight Women and children alike Murdered and massacred night after night While the so-called leaders of countries afar Debated on who's wrong or right But their powerless words were in vain And the bombs fell down like acid rain But through the tears and the blood and the pain You can still hear that voice through the smoky haze We will not go down In the night, without a fight You can burn up our mosques and our homes and our schools But our spirit will never die We will not go down In Gaza tonight We will not go down

Empat teknik memberi keutamaan

Imej
Image by koalazymonkey via Flickr Analisis ABC Teknik yang telah lama digunakan dalam pengurusan perniagaan iaitu dengan mengkategorikan data-data yang banyak kepada kumpulan-kumpulan. Kumpulan ini biasanya dilabel dengan A, B dan C. Aktivit yang dilabel berdasarkan kriteria ini: 1. A: Tugas yang dianggap mendesak dan penting. 2. B: Tugas yang penting tetapi tidak mendesak. 3. C: Tugas yang tidak penting dan tidak mendesak. Setiap kumpulan disusun mengikut keutamaan. Untuk memudahkan proses, biasanya semua tugasan dikelaskan sebagai B melainkan tugasan yang jelas layak untuk dilabel sebagai A dan C. Analisi ABC boleh digunakan lebih daripada tiga kumpulan. Biasanya ia digunakan bersama dengan Analisis Pareto. Analisis Pareto Ideanya adalah 80% tugas boleh diselesaikan dalam 20% masa yang disia-siakan. 20% tugas lagi akan mengambil 80% masa yang lain. Prinsip ini digunakan untuk menyusun tugasan kepada du bahagian. Tugasan kelas pertama akan diberikan keutamaan yang leb

Penghalang dan pendorong pengurusan masa

Imej
Image by simpologist via Flickr Penghalang 1. Takut untuk berubah. Perubahan kadang kala menakutkan seseorang yang sudah yakin akan keberkesanan kaedah lama. 2. Ketidakpastian. Sungguhpun mengetahui perubahan itu penting, biasanya orang yang terbabit tidak pasti bagaimana mereka harus bermula untuk berubah. 3. Tekanan masa. Untuk menjimatkan masa, seseorang harus melaburkan masa mereka terlebih dahulu seperti meluangkan masa untuk memulakan perancangan. Kebimbangan bahawa untuk melakukan perubahan memerlukan kerja yang lebih pada permulaan adalah antara faktor penghalang yang biasa didapati. 4. Kurang keinginan. Mengapa perlu berubah jika tidak mahu? Ini faktor penghalang yang paling hebat. Pendorong 1. Keberkesanan yang meningkat. Seseorang akan berasa penting untuk dirinya menggunakan masa dengan lebih berkesan untuk selesaikan tugas dan tanggungjawab. 2. Prestasi yang meningkat. Pengurusan masa adalah isu yang sering dikemukakan dalam mesyuarat atau perbincangan yan

Apa sudah terjadi?!

Imej
Image via Wikipedia Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu semakin hampir. Setiap parti yang bertanding dan sekutu-sekutunya mengerahkan sepenuh tenaga untuk membantu calon masing-masing untuk memenangi pilihanraya kali ini. Kami yang berada jauh dari negara terasa perlu untuk mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di tanah air, apatah lagi di negeri sendiri. Namun, satu perkara yang mengejutkan berlaku apabila saya cuba untuk membuka beberapa blog politik yang sering saya buka untuk dapatkan maklumat. Tranungkite tidak dapat diakses, AnwarIbrahimBlog bagaikan telah digodam dan CheDet berpindah dari dotcom ke dotcc dan dihiasi dengan banner iklan. Kepada webmaster yang terbabit, tolong ambil langkah untuk perbaiki sebarang kerosakan yang berlaku. Kami perlukan maklumat terkini dari kalian!

Doa untuk Gaza

اللهم إنَّا نَجْعَلُكَ في نُحُورِ أعدَائِنا ونعُوذُبِكَ من شُرُورِهم اللهم بَدِّدْ شَمْلَهم وفَرِّقْ جَمْعَهم وشَتِّتْ كلِمَتَهم وزَلْزِلْ أقْدَامَهم وسَلِّطْ عليهم كَلْبًا من كِلاَبِك !يا قَهَّار... يا جَبَّار... يا مُنْتَقِم يا الله يا الله يا الله اللهم يا مُنْزِلَ الكِتاب ويا مُجْرِيَ السَحَاب ويا هَازِمَ الأَحْزَاب اهْزِمْهم وانْصُرْنا عليهم Rujukan: Pena Hafiy

تامر حسني - كلنا واحد

ترابك يا فلسطين تاج على راسى امشى اتباهى بيه بين اهلى وناسى ترابك يا فلسطين تاج على راسى امشى اتباهى بيه بين اهلى وناسى يارب مش عارف انا اعمل ايه يارب قدرهم على اللى هما فيه مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه محتاجين وقفه عربية لحل القضية باعلى صوت ارجوكوا اتحركوا عارفين مش قصدكوا بس بردو محدش يقدر يسكت واخواته بتموت يارب مش عارف انا اعمل ايه يارب قدرهم على اللى هما فيه مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه يارب نولهالنا فرحة صبر السنين ونفرح على ارضك يا عراق وترجعى لينا يا فلسطين يارب نولهالنا فرحة صبر السنين ونفرح على ارضك يا عراق وترجعى لينا يا فلسطين يارب مش عارف انا اعمل ايه يارب قدرهم على اللى هما فيه مش عارف اعمل حاجه نفسى اعمل حاجه شايف اخويا بيتعذب وانا بتفرج عليه ******************************* والله لو بقينا ايد واحده لترجع بلادنا مره واحده احنا الاقوى بشهادة الزمان لو مهما كان سلاحهم حيفضل سلاحنا الايمان Credit to Raqaiq.

Bagaimana kita menggunakan masa?

Imej
Image by ckaiserca via Flickr Pengurusan masa merujuk kepada pengurusan aktiviti-aktiviti, supaya semuanya diselesaikan mengikut masa yang ada atau yang telah ditetapkan, yang juga merujuk kepada satu proses yang tiada hentinya. Bagaimana kita menggunakan masa? Masa digunakan sepertimana kita menggunakan duit. Kita guna masa, jimat masa dan laburkan masa. Kita guna masa apabila tiada peningkatan dalam keberkesanan dan produktiviti. Masa yang digunakan hilang tanpa hasil. Kita jimatkan masa apabila kita melaksanakan tugas dalam masa yang kurang dari yang sepatutnya dengan menggunakan jalan pintas dan proses-proses yang meringkaskan aktiviti-aktiviti. Kita laburkan masa apabila kita mengambil masa sekarang untuk jimatkan masa akan datang. Pewakilan adalah satu cara yang sangat berharga untuk melaburkan masa. Mewakilkan bererti, kita ajar orang lain untuk melaksanakan tugas yang biasanya kita laksanakan senidir. Walaupun mengajar seseorang itu mengambil masa, tetapi ia akan menji

Pengantar pengurusan masa

Imej
Image via Wikipedia Pengurusan masa merujuk kepada sebilangan kemahiran, alatan dan teknik yang digunakan untuk mencapai tugas yang tertentu, projek dan matlamat. Ia termasuk aktiviti merancang, menetapkan matlamat, pewakilan, menganalisis masa yang digunakan, memantau, menyusun, membuat jadual dan memberi keutamaan. Sistem pengurusan masa adalah kombinasi proses, alatan dan teknik. Pengurusan masa membabitkan kedua-dua merancang dan melaksana. Penulis-penulis buku menawarkan pelbagai pendekatan kepada pengurusan masa yang mereka tinjau: 1. Peringatan (reminders). Digunakan untuk mengingatkan tentang waktu sesuatu tugas itu perlu diselesaikan. 2. Perancangan dan persiapan. Menggunakan kalendar dan buku janji temu. Juga temasuk menetapkan matlamat. 3. Merancang, memberi keutamaan dan mengawal aktiviti-aktiviti setiap hari. Pendekatan ini menekankan keutamaan mengambil masa untuk mengenalpasti nilai dan keutamaan. 4. Jadi efisyen dan proaktif. Iaitu dengan meletakkan matl

Outlandish: Look Into My Eyes

Imej
Look into my eyes Tell me what ya see U don't see a damn thing Cuz u can't relate to me U blinded by our differences My life makes no sense to u I'm the persecuted one U the red, white and blue Each day u wake in tranquility No fears to cross your eyes Each day I wake in gratitude Thankin' God He let me rise Ya worry 'bout your education And the bills u have to pay I worry 'bout my vulnerable life And if I'll survive another day Ya biggest fear is getting a ticket As ya cruise your Cadillac My fear is that the tank that's just left Will turn around and come back Yet do u know the truth of where ya money goes Do u let the media deceive your mind Is this a truth that nobody knows Some one tell me Oh let's not cry tonight I promise you one day it's through Ohohoh my brothers Ohohoh my sisters Oh shine a light for every soul That ain't with us no more Ohohoh my brothers Ohohoh my sisters See I've know

Tambah gadget pada blog anda

Imej
Image via CrunchBase Bergantung kepada template pilihan anda, anda boleh menambah pelbagai jenis gadget pada blog anda. Apa itu gadget? Secara umum, gadget ialah perkataan Inggeris yang bermaksud alatan mekanikal kecil untuk tujuan tertentu. Dalam dunia blog pula, gadget (atau widget) pula merujuk kepada skrip tambahan yang dimasukkan ke blog untuk menambah fungsi yang sedia ada. Gadget di Blogger ( Blogspot ) Suatu masa dahulu, bilangan gadget dalam senarai Blogger amat terhad. Tetapi kini, beribu-ribu gadget telah tersedia di sana. Namun, di sini saya hanya akan perkenalkan gadget yang asas sebagaimana yang dikategorikan sebagai 'Basics' dalam senarai gadget Blogger. Tambah gadget pada blog Pertama, klik pada 'Add a Gadget'. Kemudian, pilih satu daripada 19 gadget yang tersedia. Berikut adalah penerangan bagi setiap satu: 1. Blog List. Antara gadget yang paling menarik yang tersedia. Ia bukan sahaja untuk menyenaraikan blog yang kita pilih, bahkan kit