Langkau ke kandungan utama

Ubah tetapan masa dan tarikh pada artikel di blog


Ciri istimewa blog berbanding laman web lain adalah susunan artikel mengikut masa dan tarikh. Bagaimanakah caranya untuk mengubah tetapan masa dan tarikh pada artikel tersebut?

Daftar masuk Blogger dan pilih Layout > Page Elements. Di sana anda akan dapati susun letak blog anda dalam bentuk petak-petak. Pilih petak 'Blog Post' dan klik pada 'Edit'.

Di sana anda akan dapati tetapan-tetapan yang anda boleh pilih. Saya akan terangkan semuanya secara ringkas.

1. Number of posts on main page: Tetapan ini akan menentukan bilangan artikel yang terpapar pada muka depan blog anda. Anda diberi dua pilihan. Pertama, paparan mengikut bilangan artikel. Kedua, paparan mengikut bilangan hari. Saya nasihatkan anda tetapkan 10 artikel ke bawah bagi mengelakkan masalah kepada pengunjung untuk menunggu semua artikel dipaparkan.

2. Select Items: Di sini anda diberi beberapa pilihan untuk dipaparkan pada blog anda (ia berbeza mengikut template yang anda guna).

a. [Tarikh]. Anda boleh memilih format masa dan tarikh untuk dipaparkan.

b. 'Posted by' [nama penulis]. Anda boleh ubah frasa 'Posted by' kepada sesuatu yang lebih menarik dan bermakna seperti 'Catatan', 'Ditulis oleh', 'Nukilan', dsb.

c. 'at' [tarikh]. Berbeza dengan tarikh pada (a), tarikh ini akan terpapar pada bahagian bawah artikel. Anda boleh mengubah format dan perkataan 'at' mengikut kreativiti anda.

d. 5 'comments'. Ubah perkataan 'comments' untuk lebih menarik perhatian pengunjung untuk meninggalkan komen.

e. 'Links to this post'. Sekiranya anda tetapkan pada bahagian komen bahawa anda izinkan trackback dipaparkan, maka anda boleh pilih sama ada untuk memaparkan link ini atau tidak. Ia berfungsi untuk menyenaraikan artikel-artikel lain dalam web yang memasang link ke artikel anda.

d. 'Labels:'. Sesetengah sistem blog memanggilnya Categories atau Tags.

e. Show Quick Editing. Tanda jika anda ingin logo pensel dipaparkan pada setiap artikel anda untuk memudahkan anda mengedit tulisan tersebut. Hanya pemilik blog yang akan mendapat manfaat daripadanya.

f. 'Reactions:'. Untuk memaksimakan komunikasi antara pemilik blog dan pembaca, anda boleh gunakan alatan ini untuk mengumpul pandangan pembaca berkenaan artikel anda. Klik 'Edit' untuk mengubah pilihan yang ada.

g. Show Email Post Links. Tanda jika anda ingin logo sampul surat ini terpapar pada setiap artikel anda untuk mudahkan pembaca berkongsi artikel anda dengan rakan-rakan melalui e-mel.

h. Show Ads Between Posts. Sekiranya anda mempunyai akaun AdSense, anda boleh tetapkan untuk papar iklan-iklan pada setiap artikel anda. Harus diingat, AdSense mengehadkan tiga iklan pada satu muka, dua link list dan satu search form.

3. Arrange Items. Di sini anda boleh ubah kedudukan tetapan-tetapan yang telah anda pilih sebagaimana yang berlaku pada Page Elements.

Demikianlah sedikit sebanyak yang boleh saya ulas. Kesediaan template juga memainkan peranan sama ada tetapan yang anda lakukan itu dipaparkan dengan kemas atau tidak. Jangan takut untuk mencuba!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. salam..ade sesetengah template xleh nk set die punya tarikh ni..bende ni bergantung pada template gak ke??

    BalasPadam
  2. Ya, bergantung pada template.

    BalasPadam
  3. Menghayati raya dengan erti takbir iaitu membesarkan Allah Subhanahu wa Taala.

    Nice!

    BalasPadam
  4. Tima kasih ats tunjuk ajar tersebut..=)

    http://duniadalamjaket.blogspot.com/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.