Boleh ke masuk ke Gaza?

This image was copied from en.wikipedia.org. T...Image via Wikipedia

Mengikut maklumat yang diperolehi semalam, barang-barang yang dihantar ke Gaza akan dibawa dari Kaherah ke Arisy, satu tempat yang terletak lebih kurang 40km dari Rafah, sempadan Gaza. Di sana, Egyptian Medical Syndicate ada gudang yang besar untuk menempatkan bekalan sebelum dihantar untuk memasuki Gaza.

Dari gudang Arisy, barang-barang akan diangkut ke sempadan di Rafah. Di sempadan ini, tentera yang menjaganya adalah tentera Mesir. Saya difahamkan, selepas melintasi sekatan tentera Mesir, terdapat dua lagi sekatan lain iaitu sekatan tentera PBB dan sekatan tentera Israel.

Barangan-barang akan dipunggah di sempadan dan akan diterima oleh wakil di Gaza di sana. Akan ada trak dari Gaza yang menunggu bekalan untuk dibawa masuk.

Namun, pergerakkan hanya terbatas setakat itu. Untuk memasuki terus ke wilayah bergolak itu, nampaknya bukanlah mudah. Selain keselamatan tidak terjamin, kerajaan Mesir juga tidak ingin rakyat Palestin diseludup keluar dan masuk sesuka hati. Juga pada pasport Malaysia tertera bahawa satu-satunya negara yang rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk ialah Israel.

Tapi, di sini ada kelebihan bagi sesiapa yang bergelar doktor. Atas nama doktor, sesiapa sahaja boleh memasuki kawasan yang bergolak sebagai sukarelawan. Satu lagi kelebihan untuk mereka yang mengambil jurusan perubatan.

Apa-apa pun, rakyat Malaysia boleh terus menderma. Sungguhpun makanan dan air bersih disekat sekarang, peraturan boleh berubah bila-bila masa. Sukarelawan di sini juga cuba untuk memasukkan generator elektrik dan kenderaan seperti ambulans dan trak bomba. Semoga usaha ini akan dipermudahkan dan dipercepatkan!

Amin ya Rabb!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit