Cara meninggalkan komen di blog
Dunia Internet sekarang semakin interaktif. Jika dahulu, pemilik laman web bertungkus lumus hanya untuk menambah tulisan dalam web masing-masing, kini tidak lagi. Kewujudan sistem pengurusan kandungan (CMS) seperti blog dan forum memudahkan pemilik web mengemaskini laman web mereka juga membenarkan pengunjung turut menyumbang untuk saling berkomunikasi antara satu sama lain.
Blog ini tidak terkecuali dari merasai nikmat tersebut.
Komen
Sistem komen Blogger semakin bertambah baik. Kini dengan pilihan 'Embedded below post', ruang komen tidak kelihatan terpisah dengan template blog seperti sebelum ini. Anda hanya perlu klik pada tajuk artikel yang anda ingin komen, isikan ruang 'Post a comment', pilih 'Comment as' dan klik butang 'Post Comment'.
Mungkin pada bahagian 'Comment as' perlukan sedikit penerangan. Ruang ini mengizinkan anda untuk memilih sejauh mana anda ingin dedahkan diri anda kepada pembaca blog yang lain melalui komen anda. Berikut adalah pilihan yang tersenarai:
1. Google Account. Anda dikehendaki mengisi alamat GMail anda beserta kata laluan. Sekiranya anda mempunyai blog di Blogger (blogspot), komen anda akan disertakan bersama link ke laman Blogger Profile anda.
2. LiveJournal, Wordpress, TypePad, AIM, OpenID. Ini semua adalah perkhidmatan-perkhidmatan yang wujud di Internet yang memerlukan pendaftaran. Untuk mengelakkan terlalu banyak akaun yang terpaksa pengguna wujudkan hanya untuk meninggalkan komen pada blog, Blogger bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan yang berkenaan untuk memudahkan pengguna meninggalkan komen dengan menggunakan akaun yang telah mereka ada, biarpun dari penyedia perkhidmatan yang lain.
3. Name/URL. Tulis nama dan alamat blog atau laman web anda pada ruangan yang disediakan. Komen anda akan disertakan dengan nama yang dimasukkan link ke laman web yang tuliskan. Tiada blog? Tuliskan nama anda sahaja. Ia sudah memadai.
4. Anonymous. Gunakan pilihan ini jika anda memilih untuk tidak dikenali. Sesetengah blog tidak mengizinkan pilihan ini kerana ia membuka ruang kepada pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memenuhkan ruang komen dengan tulisan-tulisan yang tidak sepatutnya.
Terima kasih kepada BloggerBuster yang menyediakan widget 'Komen Terkini' yang membolehkan saya memantau sebarang komen terbaru yang ditinggalkan pengunjung blog ini.
Sembang-Sembang
Saya memilih Cbox sebagai penyedia ruang sembang pada blog ini kerana ia ringkas dan mudah. Sekiranya anda ada sesuatu yang ingin dikatakan, isikan saja nama, alamat e-mel atau laman web, tulis mesej anda dan klik 'Go'. Mesej itu akan segera terpapar pada ruang berkenaan. Anda boleh meninggalkan kosong ruangan 'email/url'. Tak ada masalah.
Tambahan
Cuba anda skrol ke bawah. Anda akan dapati ada satu nombor empat digit yang akan sentiasa bertambah dari hari ke hari. Ia dinamakan 'hit counter'. Setiap kali blog ini dilawati, nombornya akan bertambah. Saya memilih StatCounter sebagai penyedia perkhidmatan ini kerana saya boleh memantau dari mana pengunjung masuk ke blog ini, berapa muka surat yang mereka buka dan dari mana mereka melayari Internet.
Semua ini menambahkan lagi keseronokkan menulis. Sebagaimana mendengar ceramah satu hala, menulis satu hala agak menjemukan. Oleh itu, rajin-rajinlah tinggalkan komen :-)
ooo..begini rupenyer..taaruf sute2 sapa..xpe2 tambah pengetahuan..
BalasPadambagus ar siap taaruf sute2..silap x bace hok ni lu tadi..pengetahuan baru..syukran..
BalasPadamCadang nak tambah tulisan penerangan macam ni. Tapi, belum jumpa tajuk yang sesuai.
BalasPadamupdate lagi je blog ni
BalasPadamassalamualaikum...boleh tolong bantu saya sbb pada blog saya tiada link untuk tinggalkan komen...harap saudara dapat membantu saya...terima kasih...
BalasPadamceritasekupang.blogspot.com
BalasPadamCuba tengok setting di Settings > Comments. Saya ada masalah untuk login ke Blogger.com. Maaf.
BalasPadamcuba godek pada: settings > comments. kalau tak dapat, anda boleh cuba tukar templates dan lihat apa kesannya.
BalasPadambest ar buat box comen mcm nie.. nmpk lebih kemas..
BalasPadam