Gustav Robert Kirchhoff

Gustav Robert Kirchhoff (March 12, 1824 – Octo...Image via Wikipedia

Gustav Robert Kirchhoff adalah seorang ahli fizik German yang telah memberi sumbangan yang besar dalam memahami litar eletrik, spectroscopy dan kesan black-body radiation oleh objek yang dipanaskan.

Dia lahir pada 12 Mac 1824 di Konigsberg, Timur Prussia. Pada tahun 1847 dia menamatkan pelajaran di Albertus University of Konigsberg, berkahwin dengan Clara Richelot dan berpindah ke Berlin. Dia menetap di sana sehingga menerima darjah Profesor.

Pada tahun 1845, dia mengemukakan formula litar elektrik yang kini digunakan secara meluas dalam kejuruteraan elektrik, ketika dia masih lagi seorang pelajar. Dia menyempurnakan kajian terhadap formula ini menerusi seminar-seminar dan akhirnya formula ini dikemukakan sebagai bahan untuk dia mendapatkan darjah kedoktoran.

Dia kemukakan hukum thermal radiation pada tahun 1859 dan diluluskan pada 1861. Pada tahun 1854 dia dipanggil oleh University of Heidelberg dan bekerjasama dengan Robert Bunsen dalam mengkaji spectroscopy. Mereka menemui caesium dan rubidium pada tahun 1861.

Pada tahun 1862 dia dianugerahkan dengan Rumford Medal.

Kirchhoff meninggal dunia pada tahun 1887 dan dikebumikan di Berlin.

Sumbangan Gustav Kirchhoff:
  • Kirchhoff circuit laws/rules
  • Kirchhoff current law/point rule/junction rule/nodal rule/first rule
  • Kirchhoff voltage law/second law/loop rule/mesh rule/second rule
  • Kirchhoff law of thermal radiation
  • Kirchhoff equations
  • Kirchhoff three empirical law of spectroscopy
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit