Mengurus masa

Writing samples: Parker 75Image by churl via Flickr

Sudah hampir dua minggu kita hidup di tahun baru. Sejauh mana anda dapat manfaatkan setiap hari anda sepanjang tempoh ini? Di sini saya ingin kongsikan tips pengurusan masa yang boleh dijadikan sebagai pemula bagi mereka yang ingin memperbaiki mutu hidup mereka di tahun baru ini.

Ambil sedikit masa untuk merancang

Ini langkah pertama. Jadikan merancang sebagai satu amalan. Pilih satu hari dalam seminggu untuk merancang. Dan laksanakannya dengan patuh. Pada permulaan, anda mungkin akan mengambil masa sejam untuk menyiapkannya, tetapi ia akan semakin mudah dari semasa ke semasa. Kita akan lebih fokus jika dapat mengenalpasti apa yang perlu kita capai untuk minggu itu.

Jadualkan paling kurang seminggu ke hadapan

Ada orang lebih suka membuat jadual untuk hari itu sahaja. Adalah lebih baik jika dijadualkan seminggu sekaligus. Juga semak kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku pada bulan hadapan apabila anda sedang meletakkan keutamaan dalam tugas. Ini untuk mengelakkan dari berlaku terlepas pandang perkara-perkara penting yang sepatutnya diambil perhatian.

Kenalpasti tugas utama pada minggu anda

Selalunya tugas yang penting dan berat kita ketepikan dan kita lebih suka untuk membuat kerja-kerja yang lebih senang dan remeh terlebih dahulu. Hinggalah kesuntukkan masa, barulah kita bertungkus-lumus untuk menyelesaikannya di saat-saat akhir. Kenalpasti terlebih dahulu tugas utama anda pada minggu tersebut dan tanganinya terlebih dahulu sebelum perkara lain. Ini adalah antara kelebihan merancang -- mengutamakan perkara yang lebih penting.

24/7

Sediakan jadual untuk setiap jam dan setiap hari. Walaupun waktu anda tidur dan waktu anda cuti. Anda mungkin tidak akan jangka ada hari yang anda tidak tidur dan berjaga malam, kemudian terpaksa menunda tidur anda pada siang keesokkan harinya. Ada orang lebih suka membuat jadual kerja sahaja, tanpa waktu rehat. Ia akan mewujudkan tekanan pada diri anda untuk mengikutinya dan mendorong diri anda untuk mengabaikannya.

Tinggalkan sedikit keanjalan dalam jadual anda

Selalu berlaku, bila kita sedang bersemangat untuk mula bekerja atau belajar, ada saja perkara lain yang tiba-tiba datang mengganggu. Panggilan telefon, tetamu, dll. Oleh itu, jangan padatkan jadual anda dengan segala macam aktiviti. Tinggalkan sedikit ruang agar jika perkara-perkara seperti ini terjadi, anda tidak tertekan dan putus asa dari meneruskan jadual anda.

Disiplin, disiplin, disiplin

Jika sebelum ini bertahun-tahun anda hidup tanpa jadual, dan anda ingin berubah menjadi seorang yang taat pada jadual dalam masa satu hari, ia agak susah, tetapi tidak mustahil. Berikan sedikit masa kepada diri anda untuk sesuaikan diri dengan hidup berjadual. Ia ibarat mengubah haluan gear yang sudah biasa bergerak lawan arah jam, kepada mengikut arah jam. Ia perlukan daya yang kuat pada permulaan, tetapi segalanya akan menjadi mudah dari hari ke hari. Kenalpasti anasir yang mengheret anda lari dari jadual dan singkirkan ia dari hidup anda. Anda pasti akan terkejut dengan prestasi hidup anda yang lebih produktif!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. sy pun tengah merancang cara terbaik utk uruskan masa seharian spy lebih baik...dah beli buku tiga5 utk list 'what to do today' tkt terlupa nak buat tugasan :)

    BalasPadam
  2. Oho... Bagus tu. Rasanya ada terbaca pasal cara-cara untuk mengurus masa dengan 'To do list'. Bagus, idea lagi!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit