Bawa daku kepadamu

IMG_6157Image by Arvid via Flickr

Semalam saya mengalami perbualan yang sangat janggal. Adakalanya kita sangat-sangat ingin tahu satu perkara, tetapi apabila kita sudah tahu, kita berharap kita tidak pernah bertanya akan hal itu. Ia mendorong kepada mimpi yang pelik-pelik.

K minta tanya saya adakah saya sudi untuk bawa tetamu dari Malaysia ke Arisy. Hati yang melonjak-lonjak keseronokkan seakan memaksa mulut saya berkata, "Ya!" Ada dua sebab kenapa saya terlalu teruja dengan pelawaan ini:

1. Saya boleh memandu.

2. Saya boleh ke Arisy. Satu tempat berhampiran dengan Rafah yang bersempadan dengan Gaza, Palestin. Walaupun saya pernah ke sana, tetapi saat ini adalah saat yang tidak patut dilepaskan peluang untuk menziarah dan membantu warga Palestin sedaya yang mungkin.

Namun, apabila rasional mengambil tempat, saya nyatakan alasan kenapa saya tidak boleh memandu ke Arisy.

1. Visa saya telah tamat tempoh dan saya bercadang untuk memperbaharuinya dengan H.

2. Saya tak tahu jalan ke Arisy. Mungkin boleh rujuk peta. Tapi tidak bersama wakil NGO yang kemungkinan mengejar masa sebab sempadan hanya dibuka 7.00 pagi hingga 6.00 petang.

3. Saya tak pernah memandu jarak sederhana dan jarak jauh di Mesir. Ya, kereta mana-mana pun sama saja. Tapi, di sini stereng sebelah kiri.

Apa-apa pun, kami di sini sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan delegasi-delegasi NGO dari Malaysia yang ingin membantu rakyat Palestin. Mereka sangat memerlukan bantuan sekarang. Kemusnahan yang dilakukan selama sehari tidak dapat dipulihkan dalam masa sehari juga. Apatah lagi untuk peperangan besar-besaran dalam masa 20 hari lebih. Bagi rakyat Malaysia, saya menyeru agar kalian ringan-ringankan tangan untuk menghulurkan bantuan berbentuk kewangan kepada rakyat Palestin. Sokong cadangan ahli parlimen untuk menderma sehari gaji bagi seluruh kakitangan kerajaan dan swasta dan cadangan-cadangan lain yang boleh membantu mereka.

InsyaAllah, bantuan tersebut akan sampai dengan selamat di Gaza. Di sini, rakyat Mesir setiap hari bertungkus-lumus menghantar bantuan demi bantuan ke sana. Pusat pengumpulan derma tidak putus dari menerima orang-orang persendirian dan wakil-wakil syarikat yang datang untuk menderma. Hal ini saya saksikan sendiri semalam di pusat Nuqabah Atibba Misr.

Untuk makluman, sekarang ini hanya bantuan perubatan dan yang berkaitan sahaja yang diizinkan masuk ke Palestin oleh kerajaan Mesir. Makanan dan air bersih tidak diizinkan masuk. Dan gambar juga tidak dibenarkan diambil di kawasan Gaza.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. semoga allah merahmati bumi mereka. terlalu banyak nyawa yg terkorban. ajal maut sesungguhnya di tangan tuhan. dia maha mengetahui.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit