TR + RB = K -- formula baru

My Messy RoomImage by allyaubry via Flickr
Makin tua makin malas:
A. Belajar
B. Kemas rumah
C. Bersenam
D. Semua di atas


Memang menjadi lumrah minggu pertama setiap bulan akan dikunjungi tuan rumah untuk mengutip sewa. Kami bersyukur kerana berjumpa tuan rumah yang baik sepertinya kerana kami tidak perlu bersusah payah setiap bulan ke rumahnya untuk bayar sewa. Juga tidak banyak peraturan yang kami perlu ikut. Sesuatu yang pada mulanya satu kelegaan, tapi penghujungnya satu penyeksaan.

Biasanya dia hanya datang dan terus pulang sebaik sahaja menerima LE700 yang kami telah kumpul sebelum itu. Tapi, kali ini agak luarbiasa. Mungkin kerana cuaca sejuk, maka dia pohon untuk menggunakan tandas. Oh, Ok... Tapi, alamak!

Secara tidak langsung, dia akan melalui ruang tamu yang dengan jelas tanpa segan silu, buku-buku berselerakkan... Well, student, kan? Haha. Kemudian, di sebelah kirinya ada dapur yang mujur pinggan-pinggan semuanya disusun di dalam sinki, tidak di atas seperti yang selalunya terjadi... Oh...

Kemudian, sejurus sebelum dia melangkah masuk ke bilik air, akan terpampang pintu bilik yang tidak boleh ditutup sepenuhnya sebab sangkut kable LAN yang mana mendedahkan pakaian dan macam-macam lagi barangan yang tidak diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

Dan dia masuk ke bilik air yang mengalami beberapa kerosakkan kecil pada paip, cermin dan sinki. Kami menunggu di luar dengan hati yang berdebar-debar. Oh...

Dia minta diri untuk pulang. Saya lega. Tapi sebelum dia keluar dia minta kontrak sewa yang telah kami tandatangani. "Oh, dua bulan lagi," ujarnya dalam nada yang lega. "Ya," jawab saya sambil tersenyum kelat.

Oh, saya dah lupa bagaimana rupa rumah ini dalam keadaan bersih dan tersusun. Isk!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. tula. sape suh xkemas. ish2.. xbleh amik alsn stdnt. aihhh

    BalasPadam
  2. Huhu. Ini musim exam. Plus, musim sejuk. Alasannya banyak... Haha. Memang kena buat operasi pun lepas ni. Musti buat!

    BalasPadam
  3. lps ni rerajin kemas a..spy xkantoi ngn tetamu xdiundang(padahal rmh ana pon sme je)..rmh toba da bese ngn tetamu2 ni..hehe

    BalasPadam
  4. Rumah anta memang ramai ramai tetamu Aliy... Bukan macam rumah ana. Itu yang agak huru hara tuh (alasan lagi). Hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit