Berlayar di Sungai Nil

Sailing around the NileImage by Oberazzi via Flickr

Tak sangka di tengah-tengah kesibukan kota Kaherah, saya mampu mencari ketenangan sedamai ini. Kami berempat menaiki perahu layar yang dikemudi orang Mesir untuk menikmati kedamaian Sungai Nil untuk tempoh sejam. Tanpa kebingitan bunyi enjin, perahu layar ini bergerak perlahan-lahan tetapi konsisten membawa kami ke tengah-tengah Sungai Nil yang tenang.



Bagaikan ingin lelap tatkala di tengah-tengah sana. Tapi oleh kerana perut yang lapar, mata tak ingin bekerjasama.

Mungkin kami boleh rancangkan sesuatu yang lebih efisyen untuk dilakukan di atas perahu. Tidak hanya mengelamun. Dengan hanya LE100 kami dapat menyewa sebuah perahu layar yang boleh memuatkan 20 orang. Di tengah-tengah perahu ada sebuah meja besar. Jika bawa kawan ramai-ramai dan bawa sekali makanan, tentu meriah!

Sebelum itu, kami ke Muzim Kaherah. Oleh kerana terlupa bawa kad pelajar, saya dan I dikenakan bayaran penuh, LE60. Manakala dua yang lain dapat separuh harga. Di dalam sana banyak patung-patung zaman Firaun, keranda-keranda dan mumia-mumia. Untuk mumia diraja, anda perlukan tiket yang lain. Oh... "Kalau masa hidup pun payah nak berjumpa sebab berkuasa, dah mati pun masih payah nak berjumpa... kena bayar lebih..." getus hati saya.

Sebelum pulang, kami singgah di Abbas Aqqad untuk nikmati juadah Hadramaut di sini. Setakat yang saya tahu, ada beberapa restoran Hadramaut di sini yang tiada kaitan antara satu sama lain melainkan punya menu yang sama:
1. Muhandisin (berhampiran dengan Pejabat Kedutaan Malaysia di Kaherah)
2. Abbas Aqqad
3. Hayyu Asyir
4. Hayyu Sabi'
(mengikut susunan populariti)

Kenangan berlayar di Sungai Nil adalah antara yang paling menarik berlaku pada tahun ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. sungai ni area mane??4genih sorg ke??

    BalasPadam
  2. Sungai Nil anta boleh naik dari Tahrir. Sewa perahu layar LE100. Bayaran ikut perahu, bukan ikut kepala.

    BalasPadam
  3. sedap yer...naik perahu..dengki kita, huhuhu

    BalasPadam
  4. Ini promosi secara tidak langsung. Siapa-siapa yang berkenan, boleh saya usahakan :-D

    BalasPadam
  5. Ada sebuah lagi Restoran Hadramaut di Hayyu Thamin. Ada sesiapa yang pernah ke sana?

    BalasPadam
  6. Yer..memang brtul ada di hayyu 8, seberang jalan dgn tauhid wa nur kalau tak silap. Di mantiqoh Shoubra ada 2 Hadramaut, satu di St. Theresa satu lagi di Khalafawi. Tapi dalam banyak2 Hadramaut yg pernah ana 'round', Abbas Aqqad la paling best!

    BalasPadam
  7. madang...nnt ak g dinung jgn lupa bwk ak k?

    hee~

    BalasPadam
  8. Memang sudah masuk senarai wajib saya untuk bawa tetamu dari Malaysia naik perahu layar merentasi Sungai Nil. Tapi, itupun jika mereka sudi.

    Restoren Hadramaut pula sememangnya pilihan yang tepat untuk tetamu dari Malaysia kerana sesuai dengan selera kita. Yang ke Mekah pun cari nasi Hadramaut!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit