Dipenuhi dan terpenuhi
Alhamdulillah.
Selesai sesi menghabiskan kad telefon yang bernilai LE20 bersamaan 60 minit berbual dari PC ke telefon bimbit.
Saya kejutkan A.yed yang sedang tidur. Mulanya dia kedengaran tidak bersemangat untuk meneruskan perbualan. Mujur, saya ada umpan untuk memancing minatnya. Kebetulan Nissan baru saja mengeluarkan bodykit Impul untuk Grand Livina dan saya khabarkan berita ini kepadanya. Ternyata trick ini menjadi. Serta-merta dia bersemangat untuk meneruskan perbualan.
Saya teruskan sesi dengan menelefon K.wa yang juga sedang tidur. Tapi, sebagai ibu yang baru saja melahirkan anak, tentunya tidurnya bukan senyenyak orang bujang. Baby Syifa baru saja berusia 11 hari. Saya dapat dengar rengekan halusnya melalui telefon. Kami berbual panjang. Bahkan kali ini kredit panggilan saya lebihkan untuk K.wa. Banyak yang kami bualkan. Saya juga ketawa dengan kuat bila kami tiba-tiba melayan jenaka yang sangat lucu. Rasanya ketawa saya terlalu kuat hinggakan mengejutkan teman serumah yang sedang tidur. Maafkan saya, kawan!
Kambing-kambing saya kini berjumlah 19 ekor! Empat ekor kambing dilahirkan sehari sebelum hari lahir Syifa. Memang kelahiran sesuatu yang menakjubkan!
Akhirnya, saya akhiri sesi malam ini dengan menelefon K.nor yang sedang memandu ke sekolah. Ini kali pertama saya buat seperti ini. K.nor menyuarakan kebimbangannya untukmenemani A.tohir ke UK. Namun, satu hal yang membuatkan saya cemburu, AirAsia ada menyediakan perkhidmatannya dari Malaysia ke UK pada kadar RM500+ satu hala! Bila nak buat di Mesir?! AirAsia, please read this post! And do something for us! (Kalau buat pakej pelajar comfirm laris!)
Semuanya baik, semuanya sihat. Sekarang saya faham kenapa seminggu ini saya terasa kosong. Rupa-rupanya kerana rindu untuk mendengar suara kalian gara-gara masalah kabel dasar laut terputus tempoh hari dan tauke E-Voiz pergi bercuti.
Rasa terpenuhi ini akan menemani saya sepanjang minggu ini. Ya Allah, sungguh, aku menyayangi mereka sebagaimana mereka menyayangiku. Maka, pimpinlah kami menuju redhaMu. Ya Mujibas saailin. Perkenankan doa kami. Mudahkan urusan kami. Tetapkan kami pada jalanMu. Amin.
a ha...tok dah lame tunggu airasia mai mesir...
BalasPadamtapi tok tak tahan la dgn skirt pramugari airasia ni...simcard sangat...'cam sial' he3.. mai mesir nanti labuh-labuhkanlah uniform tu ye..!
Kita cadangkan diorang pakai jubah berpurdah warna merah, nak? Mesti gempak, kan? :-)
BalasPadam