Pengantar pengurusan masa
Pengurusan masa merujuk kepada sebilangan kemahiran, alatan dan teknik yang digunakan untuk mencapai tugas yang tertentu, projek dan matlamat. Ia termasuk aktiviti merancang, menetapkan matlamat, pewakilan, menganalisis masa yang digunakan, memantau, menyusun, membuat jadual dan memberi keutamaan. Sistem pengurusan masa adalah kombinasi proses, alatan dan teknik.
Pengurusan masa membabitkan kedua-dua merancang dan melaksana. Penulis-penulis buku menawarkan pelbagai pendekatan kepada pengurusan masa yang mereka tinjau:
1. Peringatan (reminders). Digunakan untuk mengingatkan tentang waktu sesuatu tugas itu perlu diselesaikan.
2. Perancangan dan persiapan. Menggunakan kalendar dan buku janji temu. Juga temasuk menetapkan matlamat.
3. Merancang, memberi keutamaan dan mengawal aktiviti-aktiviti setiap hari. Pendekatan ini menekankan keutamaan mengambil masa untuk mengenalpasti nilai dan keutamaan.
4. Jadi efisyen dan proaktif. Iaitu dengan meletakkan matlamat dan peranan sebagai faktor pengawal dan lebih mementingkan tugas penting berbanding tugas yang mendesak.
memang susah nak urus masa denagn istiqamahkan??moga2 thabat..
BalasPadam"Jika sebelum ini bertahun-tahun anda hidup tanpa jadual, dan anda ingin berubah menjadi seorang yang taat pada jadual dalam masa satu hari, ia agak susah, tetapi tidak mustahil."
BalasPadamKan?
perubahan memerlukan pengorbanan..dan pengorbanan memrlukan itiqamah jugak..moga2 istiqamah hadir dlm diri..insy..
BalasPadamAmin ya Rabb! InsyaAllah, sama-sama saling menasihati.
BalasPadam