Saya pandai membaca

Time Machine: Time lineImage by Pixel Fantasy via Flickr

Suatu hari anda terjumpa satu kotak besi yang mampu memuatkan seorang lelaki dan di dalamnya penuh dengan butang. Anda dengan curiga telah menekan butang hijau dan tiba-tiba...

... anda kini berada di satu tempat yang anda tidak kenali. Anda keluar dari kotak tersebut dan meninjau kawasan sekeliling dan anda yakin bahawa anda kini bukan lagi berada pada zaman moden. Anda sudah tersilap masuk ke mesin masa dan kini anda berada di satu zaman primitif dan tiada peradaban.

How to create a time machine

Bukan ini yang saya maksudkan. Persoalannya sekarang, jika situasi di atas benar-benar terjadi, adakah anda mampu membentuk peradaban masyarakat zaman itu? Berdasarkan pengetahuan yang anda ada sekarang, adakah anda mampu untuk membawa kereta, telefon bimbit, Internet dan satelit ke zaman itu?

Atau anda hanya akan menjadi pengembara yang sesat yang cuba memahamkan orang sekeliling bahawa di orang zaman moden menunggang besi untuk bergerak, kelihatan bercakap sendirian di tengah jalan, buang air dalam rumah dan boleh terbang dengan menggunakan besi -- sambil menikmati juadah-juadah! Sudah tentu anda akan dilabel sebagai orang gila oleh masyarakat pada zaman itu.

Realiti

Benar, situasi di atas tidak akan berlaku. Tapi, masalah yang cuba dicungkil melalui cerita ini sedang kita hadapi hari ke hari. Dan situasi yang hampir sama mungkin boleh berlaku kepada kita. Bagaimana?

Kebanyakkan dari kita hanya mengambil peranan dalam masyarakat moden sebagai pengguna teknologi. Hanya segelintir yang punya keinginan untuk memahami bagaimana teknologi berfungsi. Sebab itu mereka boleh buat duit dengannya (cth: tukang baiki). Dari jumlah ini, hanya segelintir yang punya keazaman untuk menghasilkan sesuatu yang baru yang menyelesaikan masalah kehidupan seharian orang lain. Selebihnya, menggunakan barangan yang tercipta dan perkhidmatan tukang baiki.

Mood perang masih menyelubungi kita. Paling sadis di Gaza. Tanpa dilupakan Iraq, Afghanistan dan Kashmir. Juga di Indonesia dan Selatan Thai. Peperangan juga berlaku di negara-negara bukan Islam. Sejarah telah merakamkan kesedihan dan penderitaan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Aktivis-aktivis seluruh dunia cuba untuk mencegah dari berlakunya Perang Dunia Ketiga. Ia menggerunkan. Tapi tidak segerun mereka-mereka yang kini sedang menghadapinya secara realiti.

Selepas perang atau bencana alam, kemusnahan yang berlaku akan meranapkan segala infrastruktur dan kemudahan teknologi yang ada. Apa yang diutamakan adalah keperluan hidup yang asasi; air bersih, makanan, ubatan, pakaian dan tempat tinggal. Jika berada dalam situasi seperti ini, adakah kita mampu untuk membina kembali apa yang pernah kita ada sebelumnya?

Demikianlah kepentingan ilmu dan maklumat. Berada dalam sistem persekolahan hanya melayakkan kita untuk memiliki kemahiran asas untuk belajar. Selebihnya terserah kepada kita. Saya menasihatkan diri saya yang tidak memandang membaca sebagai satu kelebihan.

"Saya pandai membaca."

Pernyataan ini agak keanak-anakkan. Tapi hakikatnya, seorang dari lima orang penduduk dunia yang berusia 15 tahun ke atas tidak boleh membaca [Wikipedia].

Dakwah

Tentunya sangat sukar untuk menerangkan kepada masyarakat primitif tentang agama jika anda benar-benar tersilap masuk ke dalam mesin masa. Tentunya kerana semua buku rujukan yang ada anda tidak bawa bersama. Bahkan belum tentu Al-Quran berada bersama dengan anda ketika itu.

Bagaimana pula dengan situasi selepas perang?

Dan bagaimana pula jika anda perlu hidup dalam masyarakat yang punah?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit