Laporan Disember 2008

SAN FRANCISCO - FEBRUARY 03:  Cabran Chamberla...Image by Getty Images via Daylife
Masa berlalu dengan pantas. Rasanya baru saja saya terkial-kial memecahkan rekod 5,000 pageviews sebulan yang lalu. Hari ini, 7,000 pageviews telah tercatat di bawah blog ini. Alhamdulillah.


Seperti yang dijanjikan, saya tukar template blog ini dengan template Masinop, yang menjadi pilihan pembaca blog ini. Alhamdulillah, sememangnya anda pandai memilih. Tak rugi saya minta tolong kalian. Cuma, oleh kerana template ini baru, maka saya belum terbiasa dengannya. Oleh itu, maafkan saya jika anda sakit mata dengan kesilapan teknikal yang ada, insyaAllah, ia akan tenggelam tidak lama lagi.

Berikut adalah 10 tulisan yang paling kerap dilawati sepanjang Disember 2008.
1. Sekolah-sekolahku...
2. T-Shirt Muslim dan Muslimah!
3. Selamat pengantin baru
4. Koleksi cipan-cipan
5. Selamat pengantin baru!
6. Tips Twitter di blog
7. Pernikahan itu...
8. Ditag oleh Nadhirah 1989
9. Bertemu untuk berpisah
10. Serangga dan pencegahannya

Tips untuk mendapatkan jumlah kunjungan yang tinggi untuk satu-satu artikel ialah dengan meletakkannya pada status Yahoo Messenger dan disertakan dengan tajuk yang menarik. Tips kedua, tulis pasal kahwin. Haha.

Berikut adalah 10 blog yang menyumbang kunjungan yang paling banyak sepanjang Disember 2008.
1. Mairanai Story
2. Pena Hafiy
3. Azan Subuh Khamis
4. Al-Aman
5. Syeikhul Islami
6. Raqaiq
7. Khairul Idham
8. DeHearty Imtiyazzz
9. Nadhirah 1989
10. Syifa fi Qalbi

Nombor satu dan nombor dua tu bezanya sikit sangat. Tapi, jauh meninggalkan lapan yang lain. Terima kasih semua!

Target saya adalah untuk mengemaskini blog ini dengan satu artikel setiap hari. November 2008 menyaksikan saya berjaya menulis 70 tulisan manakala Disember 2008 48 tulisan. Terdapat penurunan yang agak ketara tetapi masih melebihi target iaitu 30 tulisan sebulan. Semoga Allah memudahkan saya untuk mengemaskini blog ini dengan tulisan yang lebih bermakna dan bermanfaat.

"Faaqidusy syai' la yu'tii."

Orang yang tiada apa-apa tidak mampu untuk memberi. Maknanya, saya perlu lebih banyak mencari untuk memberi.

Doakan kecemerlangan kita semua untuk tahun ini. Amiin.


Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit