Langkau ke kandungan utama

T-Shirt Muslim dan Muslimah!

Saya sangat teruja untuk memaklumkan perkara ini.

Kami (baca: Rumah Sewa 700) membuka tempahan T-Shirt Muslim dan Muslimah mengikut design yang ada pada katalog di bawah. Ini adalah usahasama bersama Dr. Abduh. Saya cuma mewakilinya untuk menghimpunkan tempahan terutamanya tempahan dari kawan-kawan di Rumah Terengganu.

Saya teruja kerana saya sendiri tertarik dengan t-shirt ini. Malahan sayalah yang meminta Dr. Abduh untuk membenarkan saya untuk mempromosikan produk ini di Rumah Terengganu. Untuk pengetahuan, promosi ini hanya untuk pasaran Mesir sahaja. Untuk pasaran Malaysia, saya akan berikan maklumat kepada anda untuk berhubung dengan pembekal di sana.

Harga t-shirt ini sekitar LE42-LE45 untuk T-Shirt Muslim dan LE55-LE60 untuk T-Shirt Muslimah. Tambahan LE5 dikenakan bagi T-Shirt Muslim berlengan panjang.

Untuk tempahan, sila hubungi nombor telefon yang tertera pada iklan atau menerusi apa-apa ruang dalam blog ini; ruang komen, ruang sembang dan Yahoo Messenger. Tempahan hanya dibuka sehingga 20 DISEMBER 2008. Bertindak sekarang atau anda akan terlepas... :-)

* Klik pada gambar untuk besarkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Menentang kemungkaran itu kewajipan setiap muslim

Image via Wikipedia
1. Menentang kemungkaran dan melawan golongan yang sesat itu wajib secara ijma'.

2. Peringkat mencegah kemungkaran:

i) Tangan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
ii) Lisan - Fardhu kifayah jika ramai yang tahu, fardhu ain jika tiada orang lain yang tahu.
iii) Hati - Fardhu ain, kerana membenci perkara maksiat itu wajib bagi setiap muslim. Manakala redha dengan maksiat itu dosa besar.

3. Harus tinggalkan menentang kemungkaran dengan tangan dan lisan bila yakin akan ditimpa kesusahan jika melakukannya dan dia tidak mampu untuk menanggung kesusahan itu.

4. Akibat meninggalkan perbuatan mencegah kemungkaran:

i) Tersebarnya kejahatan di dunia.
ii) Berleluasa maksiat dan perbuatan keji.
iii) Bertambah ramai orang jahat.
iv) Orang jahat akan menguasai orang baik.
v) Orang baik tidak mampu melawan orang jahat.
vi) Luput sifat-sifat kemuliaan.
vii) Berleluasa sifat-sifat keji.
viii) Ketika itu, semua manusia berhak untuk dimurk…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.