Langkau ke kandungan utama

Picasa 3

Image representing Picasa as depicted in Crunc...Image via CrunchBase

Yay! Post yang ke-100!

Google buat hal lagi. Semalam, selepas saya mendapat tahu bahawa Google telah melancarkan Picasa 3.0, sebuah perisian untuk menguruskan gambar-gambar dalam komputer anda, saya download dan install perisian tersebut dan mencubanya. Ternyata, ia sememangnya sebuah perisian yang bagus!

Sugguhpun perisian ini boleh digunakan apabila kita offline, tetapi ia membuat saya berfikir untuk mengalihkan semua gambar saya dalam Flickr ke Picasa Web. Kenapa?

Sekiranya anda belum tahu, Flickr adalah milik Yahoo, saingan rapat Google. Picasa pula tentunya milik Google, dan Blogger juga. Sekarang, secara automatik, apabila saya menggunakan Blogger, saya turut menggunakan Picasa Web sebagai image hosting saya. Saya lebih suka idea mengurangkan akaun dalam Internet. Kan bagus kalau satu akaun boleh digunakan untuk semua urusan?

Sekarang, saya masih mengekalkan galeri Flickr saya. Kerana saya ada kawan di sana.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. ive downloaded picasa3 a week ago..yeay~! i win!!hee..best..dulu penah ada..suka main dgn collage je..xyah edit manually..hehe..

    account flickr sy xaktif2 n xupdate2..when will i find e time..ntah..

    looking for online jornal or diary pnye software yg best2 skit.. got one? ;D

    BalasPadam
  2. Awak nak online journal ke diary software? boleh saya tolong carikan...

    BalasPadam
  3. either one..xkesah..yg penting best pkai..n bleh store info bile kite offline gak..mcm writer software la, but in a more attractive package..
    (demand plak).. xiexie~!

    BalasPadam
  4. I've done a quick survey on diary or journal software. The problem with these softwares are they're too geeky and not beautiful enough to inspire us to write beautiful memories. If you'll have Internet connection at work, why don't you use your blog as a journal/diary?

    But, then I'll still keep looking for a suitable software to recommend :)

    BalasPadam
  5. Well, found a good one!

    http://www.download.com/iDailyDiary/3000-2124_4-10211308.html

    The best so far. Hope you'll like it!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rukun Islam dan rukun Iman

5 RUKUN ISLAM

1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

6 RUKUN IMAN

1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
2. Beriman dengan para malaikat.
3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
4. Beriman dengan para Rasul.
5. Beriman dengan Hari Akhirat.
6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Image by Cool Hossam !! via Flickr
3 jenis fi'il:
1. Madhi
2. Mudhari'
3. Amar

Fi'il madhi: Apa yang menunjukkan berlaku peristiwa pada masa lalu. Menerima ta' ta'nith sakinah (ta' fa'il).
Hukumnya: Mabni dengan baris atas.

حضرَ

Fi'il amar: Apa yang menunjukkan meminta sesuatu. Menerima ya' muanathah mukhotobah.
Hukumnya: Mabni dengan baris mati atau dengan buang huruf.

احضُر

Fi'il mudhari': Apa yang menunjukkan sesuatu yang sedang berlaku atau akan berlaku. Mesti didahului salah satu dari: alif, nun, ya' atau ta'.
Hukumnya:
1. Mabni:
i) Dengan baris atas: Jika bersambung dengan nun tawkid.
ii) Dengan baris mati: Jika bersambung dengan nun inath.

ليسجنَنَّ/ والوالدات يرضعْنَ

2. Mu'rab:
i) Rafa': Jika bebas dari sebab nasab dan jazam.

يحضرُ

ii) Nasab: Jika didahului dengan:
- Apa yang menasabkan dengan dirinya sendiri: an, lan, izan, kai.
- Apa yang menasabkan dengan 'an' yang tersembunyi: lam (kai), lam nafi, hatta, au, fa',…

5 rukun khutbah Jumaat

Solat Jumaat fardhu ain ke atas muslim yang lelaki, merdeka, bermukim tanpa keuzuran yang dibenarkan syara' seperti sakit atau hujan.

Antara syarat solat Jumaat ialah dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:

1. Puji-pujian kepada Allah subhanahu wa taala.
2. Selawat ke atas Nabi sallallahu alaihi wasallam.
3. Berpesan supaya bertaqwa.
4. Membaca ayat dari Al-Quran pada salah satu dari kedua-dua khutbah.
5. Doa kepada orang-orang mu'min pada khutbah kedua.

Wajib khatib berkhutbah dalam keadaan berdiri, suci dari hadas, menutup aurat dan wajib duduk antara dua khutbah dengan kadar lebih dari toma'ninah dalam solat dan tidak senggang masa terlalu lama antara dua khutbah.

Solat jemaah dan solat jenazah itu fardhu kifayah.

Solat hari raya, solat gerhana dan solat witir itu sunat muakkad. Begitu juga dengan solat sebelum dan selepas solat fardhu.

Solat dhuha dan tarawih itu sunat yang banyak kelebihan padanya dan ganjarannya sangat besar.