Kaji minat anda

Your choice of mine 36 Most Interesting on Fli...Image by Escape_to_Christel via Flickr
Anggap sahajalah saya baru sahaja mendapat inspirasi dari seorang kawan yang prihatin untuk membantu kawan yang lain membina diri. Dalam perbincangan kami, timbul isu bagaimana menggilap bakat individu. Lantas saya teringat satu kaedah yang pernah saya baca tentangnya.

Maka, saya kongsikannya di sini.

Mengkaji minat anda


Ramai yang sebenarnya tidak tahu apa yang mereka ingin lakukan dalam hidup mereka. Mereka hanya ikut apa yang orang kata tentang mereka dan mereka hanya buat apa yang sememangnya tersedia di hadapan mereka. Sehingga satu tahap, mereka lupa akan potensi sebenar diri mereka dan bakat-bakat semulajadi mereka dipendam, tidak diluahkan malah dilupakan.

OK, saya tak bercadang untuk menyenaraikan masalah dunia di sini. Cukup dengan kita tahu kepentingan untuk mengetahui minat kita dan tidak melepaskannya dengan sia-sia. Mari kita mulakan percarian!

Ambil sehelai kertas, dan tuliskan 50 perkara yang anda paling suka buat. Apa sahaja. Jangan berhenti sehingga anda berjaya menulis 50 perkara. Ini penting!

Kemudian, senaraikan apa yang kawan-kawan dan keluarga anda selalu sebutkan tentang kelebihan anda. Ingat kembali pujian-pujian yang anda terima sepanjang hidup anda.

Apakah perkara yang anda sangat mahir tentangnya, tanpa anda perlu bersusah payah untuk menyiapkannya?

Apakah perkara yang anda lakukan berjam-jam tanpa anda menyedari waktu yang telah berlalu?

Apakah topik yang anda selalu berbincang dengan kawan tanpa jemu, bahkan anda mampu bercakap tentangnya berjam-jam tanpa kekeringan maklumat?

Apakah topik yang anda sendiri cari dan kaji tanpa disuruh dan dipaksa oleh sesiapa?

Pada pendapat anda, apakah bakat semulajadi anda?

Tanyakan soalan ini dari semasa ke semasa dan anda akan dapati anda lebih mengenali diri anda berbanding sebelum ini. Saya sendiri sudah menggunakan kaedah ini dan hasilnya saya dapat kesan bahawa saya mempunyai minat dalam seni lukisan, komputer dan perniagaan. Ia adalah kombinasi yang menarik untuk dikembangkan!

Bagaimana pula dengan anda?
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. ~salam~rasanya tajukni la yg sy plg minat...sbnarnya dalam dri kiter ni ada banyak kelebihan...dan bnyak juga kekurangan...berusahala intai2 dalam dri kita apa + & - tuu...insyaALLAH,kita akan jadik hamba yg lebiy responsible...pada dri kita....nak2 mcam sy yg serba kkurangan..wallahualam..("<)

    BalasPadam
  2. Oho... Minat ke tulisan self-help macam ni? OK, kalau saya ada banyak, saya kongsikan dalam blog ni :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit