Kanser tiroid
Tiroid adalah kelenjar yang paling besar dalam tubuh. Ia terletak pada bahagian leher berhampian halkum. Tiroid mengawal kadar pembakaran tenaga oleh tubuh, membuat protin dan tahap sensitiviti badan terhadap hormon.
Dianggarkan 20,000 kes baru kanser tiroid setiap tahun. Perempuan adalah lebih terdedah kepada penyakit ini dengan nisbah 3:1. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dari semua peringkat umur, walaupun ia lebih dikesan selepas umur 30 dan lebih agresif terhadap pesakit yang lebih berusia.
Majoriti pesakit mengalami bengkak pada tiroid mereka tanpa sebarang simptom.
Harus diambil perhatian, 99% bengkak pada tiroid bukan disebabkan oleh kanser. Tapi, sekiranya kanser merebak pada tiroid, ia selalunya menimbulkan bengkak pada tiroid.
Fakta ringkas tentang bengkak pada tiroid:
1. Seorang dari 12 - 15 orang perempuan muda mempunyai bengkak pada tiroid.
2. Seorang dari 40 orang lelaki muda mempunyai bengkak pada tiroid.
3. Lebih 95% dari bengkak tersebut bukan disebabkan kanser.
4. Sebahagian bengkak dipenuhi dengan cecair dan bukan tisu tiroid.
5. Kebanyakkan manusia akan mendapat bengkak tiroid apabila menjangkau usia melebihi 50 tahun.
6. Kejadian bengkak pada tiroid meningkat seiring usia.
Untuk pengetahuan, saya pelajar Syariah, bukan perubatan. Saya tuliskan ini semata-mata untuk berikan gambaran umum tentang apa itu kanser tiroid kerana semalam saya diingatkan kawan saya bahawa ada seorang mahasiswi Syariah di Mansurah menghidap penyakit ini.
Setakat ini telah LE2000 dibelanjakan untuk pembedahan dan pemeriksaan kesihatan. Sumbangan anda boleh disalurkan ke unit kebajikan BKAN/DPN masing-masing.
Syafahallah...
* Untuk maklumat terkini tentang isu Islam yang kritikal di Malaysia, klik di sini.
wah.....kalah penerangan doktor....hehehe
BalasPadamlepas abes kuliah...blh daftar ambik medic....
baru mantap.....
hehe.....
Tua mengaji la ana... haha...
BalasPadamTak pun, untuk shortcut, amik zawjah medic... Amacam? Hehe...
perwatan terbaru???????????? mcm mane????//
BalasPadamUntuk kaedah rawatan yang tepat, boleh rujuk pakar kesihatan masing-masing. Tak berani la pulak saya nak cerita lebih-lebih...
BalasPadammcm mner knser ni merebak...untuk asmt sy
BalasPadamEr, ada siapa-siapa yang nak tolong jawab?
BalasPadamkanser boleh merebak melalui perebakan setempat spt. organ -organ berhampiran dengan kelenjar tiroid seperti larynx,perebakan salur limfa dan salur darah
BalasPadam