Masa dan usia
Cakap saya diajuk anak Turki semalam. Comel!
Alhamdulillah, jadual tidur saya kembali normal. Menjelang tengah malam, mata mulai mengantuk dan dengan mudah saya tertidur. Tidak seperti dua hari sebelum ini.
Namun, dalam kenyamanan dan nenyaknya tidur, ada beberapa isu yang sedang saya fikirkan. Tentang usia dan masa. Bayangkan, dalam 20 tahun kita hidup, hanya 1/4 daripada usia tersebut kita dibebankan dengan tanggungjawab dosa pahala. 3/4 selebihnya, atau 15 tahun pertama adalah kehidupan yang percuma!
Memikirkan hal ini, dan apa yang telah berlaku lima tahun yang lepas, tentunya akan menerbitkan rasa insaf dengan sendirinya. Apatah lagi apabila kawan saya menyamakan 'buku nota' dengan buku catitan amalan. Tentulah saya terkesan, kerana sayalah pemilik 'Buku Nota' -- judul blog ini.
Masa dan usia adalah persoalan yang perlu sentiasa ditanyakan secara terus-menerus. Perlu banyak pendekatan untuk mewarnai hari-hari dengan warna-warna kehidupan yang indah dan suci.
"Haasibu anfusakum qabla an tuhasabu." -- Saidina Umar al-Khattab.

I use this: http://www.numion.com/Stopwatch/ and it says my blog only takes 6 seconds to load.
BalasPadam