Terlanggar pantang!

coca cola pepsiImage by culture.culte via Flickr
Saya sedang menikmati keindahan Google Reader. Ia sebuah web application yang memudahkan pengguna Internet membaca blog-blog pilihannya. Pada saya, aplikasi seperti ini penting untuk saya menyertai setiap perbincangan yang bermanfaat dalam dunia blog, terutamanya blog kawan-kawan saya.


Tiga hari lepas, saya telah langgar pantang larang yang sekian lama saya patuhi. Saya minum Coca-Cola; bukan satu tetapi dua tin dalam satu masa. Antara sebab kenapa sebelum ini saya memilih untuk tidak meminumnya ialah, pertama, kerana umum mengetahui keburukkan minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula dan asid. Kedua, atas asas menyertai apa yang diistilahkan oleh My Responds sebagai BIG (Boycott Israeli Goods).

Sebab pertama boleh dilumpuhkan dengan alasan sekali-sekala. Tapi, sebab kedua?

Tanpa disedari, tahap kesedaran dan keinginan untuk berbuat sesuatu semakin terhakis dek gurauan-gurauan untuk menyedapkan hati ketika berbuat. Semakin hari rasa bersalah bertukar menjadi bahan gelak sama ada kepada orang lain atau kepada diri sendiri.

Kenapa perlu boikot Coca-Cola?

Kajian mendapati sejak tahun 1966, Coca-Cola telah menyokong Israel. 1997, Coca-Cola menerima penghargaan dalam Israel Trade Award Dinner atas sokongan yang berterusannya kepada Israel sejak 30 tahun dan juga kerana enggan mengikuti kempen boikot Israel yang dianjurkan oleh Liga Arab (Pepsi menyertai kempen boikot Israel tersebut sehingga Mei 1991. Pada tahun 1992, Pepsi turut berdagang di Israel).

Pada tahun 2001 Ibu Pejabat Coca-Cola Sedunia telah menjadi tuan rumah dan penaja utama American-Israel Chamber of Commerce Awards Gala. Terdapat pendedahan yang menyatakan bahawa Coca-Cola Israel menaja program latihan untuk pekerjanya yang berkisar tentang isu-isu termasuk tentang konflik Israel-Arab. Kandungan kursus itu disediakan oleh syarikat yang mendapat dana daripada Jewish Agency dan kerajaan Israel.

Pada Februari 2002, Coca-Cola menyertai "Friends of Israel" dan National Hillel untuk menjadi penaja bersama sebuah ceramah yang disampaikan oleh Linda Gradstein -- seorang koresponden zionis yang tidak terkenal, di University of Minnesota.

Pada Julai 2002 pula, diumumkan bahawa Coca-Cola akan membina sebuah janakuasa di tanah rakyat Palestin di Kiryat Gat sebagai balasan kepada jutaan insentif yang diberikan oleh kerajaan Israel.

Pada Oktober 2005, Coca-Cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan membeli 51% saham dalam syarikat Tavor Winery, sebuah syarikat arak milik Israel yang berpengkalan di atas tanah rakyat Palestin di kaki Gunung Tavor.

Malah Coca-Cola juga ada rekod buruk yang lain iaitu Coca-Cola yang dihasilkan di India mengandungi toksik yang boleh menyebabkan kecacatan janin dan kanser; tidak sama dengan apa yang dihasilkan di US dan UK. Coca-Cola juga mengugut dan membunuh pekerjanya di Columbia.

Semua ini dan banyak lagi boleh didapati dalam laman web InMinds: Boycott Israel.

Apa-apa pun, semuanya bermula dengan kesedaran. Bermula dengan memberikan kefahaman untuk mencetuskan kesedaran kenapa isu Palestin adalah isu aqidah umat Islam. Kemudian beransur kepada bagaimana kita boleh menyumbang untuk membantu membebaskan rakyat Palestin dari cengkaman kezaliman Israel. Seterusnya, usaha memboikot memastikan tahap kesedaran dan ingatan kita terhadap rakyat Palestin berkekalan sehingga kita sanggup bersusah demi mereka.

Saya terkejut gembira dengan laporan oleh Raqaiq bahawa kutipan derma pada Malam Bersamamu Palestin berjumlah LE11,682.20! Semoga Allah menerima amalan kalian.

* Bulan ini ada dua tawaran istimewa. Pertama versi Taqeyyabella dan kedua versi Dr. Abduh.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Boycott means not using, nor dealing nor buying..

    kalau free pun..kene boikot jugak.. lebih baik membazir dari menyumbang sokongan

    BalasPadam
  2. So damn true!

    Teringat kata-kata salah seorang yang bertanya di Malam Bersamamu Palestin, "Uzran ya falestiny, uzran ya falestiny, uzran ya falestiny..."

    BalasPadam
  3. tt's y i dont drink coke..huhu berhijrahlah pd soya..sedap lg berkhasiat dan menggemukkan jgak..:P

    BalasPadam
  4. minum coca cola dan minuman berkarbonat lain boleh rosakkan gigi...jgn amalkan:)

    BalasPadam
  5. OK-OK... Janji tak minum dah lepas ni... Janji! :)

    BalasPadam
  6. Update: Maklumat dari ISMAMesir.com melaporkan sejumlah LE23,432.50 yang berjaya dikutip sepanjang roadshow AMAN Palestin di sini.

    BalasPadam
  7. memang ramai yg derma utk Palestin..walaupun hanya bg rubu' genih(huhu..terase)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit