Malam Bersamamu Palestin
Bagaikan kebetulan yang dirancang. Kehangatan soal Palestin masih terasa selepas membaca kutaib-kutaib Ustaz Amru Khalid. Malam ini saya disajikan pula dengan isu-isu Palestin yang diulas dengan begitu baik oleh penceramah iaitu Dr. Zainur Rasyid.
Selama hampir tiga jam kami diisi dengan hujah-hujah tentang kepentingan bumi Palestin dalam hidup seorang muslim hinggalah kepada isu semasa yang kini sedang dideritai oleh rakyat-rakyatnya.
Memang terlalu banyak maklumat yang dikongsi, namun satu isi penting yang mencuri perhatian saya ialah, peringkat-peringkat dalam berkempen iaitu:
1) Memberikan kefahaman.
2) Memberikan sumbangan.
3) Boikot.
Saya bergegas pulang di saat rakan-rakan masih lagi berlegar-legar di sekitar ARMA. Setibanya di rumah, rakan-rakan serumah semua sudah nyenyak tidur. Bila saya hidupkan komputer, baru teringat bahawa saya belum menulis apa-apa pun pada hari ini. Oh, masih ada 15 minit lagi sebelum hari ini berakhir! :D
* Buat Akh Huzaifah, semoga mendapat haji mabrur! Dia akan bertolak esok.
Ulasan
Catat Ulasan