Sejenak bersama keluarga

Map of the states of MalaysiaImage via Wikipedia

Dah hampir dua minggu saya tidak telefon Malaysia. Saya memang tetapkan untuk telefon seminggu sekali, tapi minggu lepas tiada yang menjawab panggilan saya. Maka, saya tangguhkan niat saya ke minggu ini.

Alhamdulillah, pemilihan masa yang tepat. Asar di sini, Isya' di sana. Waktu semua orang sedang bersantai menunggu untuk menghabiskan hari.

Saya mulakan dengan menelefon A.yed, abang tunggal saya. Sengaja saya mulakan dengannya semata-mata untuk dapat gambaran umum apa yang sudah berlaku. Kami berbual rancak tentang komputer dan perniagaan. Tentang kad grafik, steering wheel, buat majalah dan eksport-import. Ya, sekadar sembang. Saya dapat baca kerunsingan pada nada pertuturannya bila berbincang hal-hal ini. Bimbang saya tidak menumpukan perhatian pada pelajaran. Tapi, saya tak dapat bayangkan kami berbincang soal pelajaran bersama. Haha. Dia bidang kejuruteraan. Saya bidang syariah. Kalau satu bercakap, tentunya yang satu lagi diam. Tak mampu untuk saling menyampuk. Haha.

Kemudian, saya menelefon Mama. Terkejut dia bila mendengar suara saya. Dia sangkakan A.yed yang telefon kerana suara kami hampir sama. Kebetulan Mama berada di rumah C.su di Johor kerana menghantar rombongan K.su (adik A.tohir) ke rumah pengantin lelaki. Maka gamatlah rumah di Senai itu.

Mama bercerita panjang tentang Gbah, adik bongsu saya yang diserang keracunan makanan sedang dia masih dalam musim peperiksaan -- SPM. Tentunya mencemaskan. Isnin ini adalah kertas terakhir yang perlu dia duduki. Alhamdulillah, kesihatannya sudah pulih. Cuma pengajarannya, penting untuk mengambil sarapan walaupun sedikit. Kedua, fahami tabiat perut anda. Jika anda seorang yang alah kepada makanan yang pedas, elakkan mengambilnya dalam keadaan perut kosong. Apatah lagi jika makanan itu tidak diselia dengan baik. Sangat merbahaya!

Dalam kami berbual, C.su menyampuk, mengutarakan cadangan supaya saya menulis tentang kisah-kisah cinta dalam blog ini supaya ada sebab untuk dia membacanya. Haha. Dia memang suka bergurau.

Telefon kembali kepada Mama dan sebagaimana biasa, mama berpesan tentang pelajaran. Lebih-leih lagi tentang hafal Al-Quran. Perlu mula dari sekarang, pesannya. Di samping itu, kesihatan dan keselamatan perlu dijaga. Urusan-urusan rasmi tidak boleh dilengahkan seperti urusan visa dan pendaftaran kuliah. Makan perlu dijaga, terutamanya sarapan. Perlu makan ubat, sama ada ubat yang perlu atau ubat tambahan. Yang pasti, keceriaan saya menceriakannya.

Baru-baru ini Tokwe menjalani pembedahan dan saya bertanya kepada Mama akan kondisinya sekarang. Alhamdulillah, keadaannya sangat baik jika dibandingkan dengan keadaannya sebelum pembedahan. Namun, apa yang mengejutkan saya, kos pembedahan dan rawatan susulan di hospital pakar tersebut hampir-hampir RM20,000! Ini membuka mata saya akan perbezaan yang ketara antara hospital kerajaan dan hospital swasta.

Hampir-hampir saya saya sebak bila Mama bercerita tentang Asyraf; anak saudara saya yang banyak habiskan masa dengan saya ketika saya berada di rumah pada musim cuti baru-baru ini. Oh, air mata perlu di simpan untuk waktu-waktu yang lebih mustahak. Haha.

Telefon berpindah kepada A.tohir. Tentunya dia penat kerana memandu dan menguruskan rombongan adiknya, K.su. Telefon bertukar tangan lagi, kali ini di tangan K.nor. Sebetulnya saya sudah kehabisan modal untuk berbicara. K.nor bertanya tentang aktiviti saya di sini. Belum sempat lama kami berbual, tiba-tiba talian terputus. Kredit sudah habis.

Jika kalian ada membaca tulisan ini, saya ingin maklumkan, saya akan ceritakan aktiviti harian saya melalui blog ini. Terutamanya, menerusi ruangan "Apa yang saya buat sekarang?" di atas sana. Makanya, kerisauan pasti akan lenyap jika tahu apa yang saya buat dari semasa ke semasa.

Saya harap A.yed boleh uruskan broadband di rumah dengan cepat. Boleh saya buat sidang video dengan keluarga di rumah sana. Boleh tengok Baba, Mama, K.nor, A.tohir, K.gee, A.zul, K.wa, A.pili, A.yed, K.bae, Knah, Gbah, Ifah, Asyraf, Sarah, Fatir dan Atif.

Semoga kalian semua sentiasa mendoakan kejayaan saya di sini. Amin!

* Lupa nak tanya pasal kambing... Oh...
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. cerita yg plg best dan menyayat hati stakat ni..hehe

    oh..patutla kambing slalu lari..kurang kasih syg rupenye..~kesian.. c,")

    BalasPadam
  2. Homesick! Haha, tak adalah. Saje je tulis, nak capture the moment...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit