Zulhijjah 1429
1 Zulhijjah 1429. Bulan terakhir dalam bulan-bulan Islam.
Saya sebenarnya masih belum 100% boleh menulis sekarang ini. Semalaman tak tidur kerana menguji kemampuan komputer yang baru diubahsuai. Alhamdulillah, segalanya baik. Berbaloi juga keluarkan duit untuk beli barang semalam.
Namun, rasa lemah ini tak boleh terus dilayan. Perlu buat sesuatu yang memaksa diri untuk keluar dari keselesaan hari. Antaranya adalah dengan bantuan bahan bacaan yang boleh menyuburkan jiwa dengan insaf dan azam untuk terus berusaha memperbaiki diri -- satu usaha yang berterusan yang mesti dilakukan oleh setiap orang.
Ustaz Sapuang ada menulis tentang kelebihan awal Zulhijjah dalam blognya. Berbetulan dengan masa dan kebetulan juga khutbah Jumaat tempoh hari turut berbicara soal yang sama. Ilmu seperti ini seharusnya terus disebarkan agar kita dan masyarakat sekeliling kita tidak tercicir dalam kelebihan-kelebihan yang telah dijanjikan.
Ulasan
Catat Ulasan