Penulis Bebas


Penulis Bebas, originally uploaded by rdhanz.

Semalam, sebelum tidur saya sempat habiskan buku ini. Buku ini antara tiga buah buku yang saya beli sebelum bertolak ke Mesir. Kerana isinya agak berat, maka ia sesuai untuk mendodoikan saya sebelum tidur. Pernah sekali, air mata meleleh ketika membaca buku ini. Bukan kerana sedih, tetapi kerana mata sudah letih. Kalau ada orang tengok tentu mereka kata saya tidur sambil terkenangkan keluarga di Malaysia. Haha.

Anda boleh abaikan frasa 'cari duit cara mudah' pada judul buku ini. Buku ini mengajar saya bagaimana memulakan langkah sebagai seorang penulis bebas. Antara isi yang sangat membantu ialah tentang tips-tips penulisan. Banyak yang saya pelajari tentang bagaimana untuk menulis sebuah artikel yang baik, bagaimana mengurus maklumat dan bagaimanakah caranya untuk berdepan dengan editor majalah. Semuanya diterangkan dengan terperinci dalam buku ini.

Alhamdulillah, dalam tempoh seminggu lebih di Mesir ni, saya ebrjaya habiskan dua buah buku. Ada sebuah lagi yang menanti. Habis baca buku-buku melayu ni, baru ada semangat nak baca buku-buku arab.

Ulasan

  1. speaking of freelance writer,cube bc buku awang goneng:growing up intrengganu~very impressive one..those yg appreciate our country value msti suka..adakah anda tergolong dlm golongan itu?

    BalasPadam
  2. http://kecek-kecek.blogspot.com/
    Uh, memang menarik tulisan Awang Goneng ni... Kena ambil masa untuk baca post-post dia ni... :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit