Poskad, Postcrossing dan Egypt Post
Poskad
Originally uploaded by rdhanz
Kebiasaannya, untuk menghantar barang ke Malaysia, pelajar-pelajar di sini mengirim terus ke keluarga masing-masing melalui rakan-rakan atau kenalan-kenalan yang pulang ke Malaysia. Cara ini paling selamat dan terjamin. Tapi, disebabkan yang ingin pulang sendiri punya banyak barang untuk dibawa pulang, tambahan ada had maksimum barang yang boleh dimasukkan ke dalam karga pesawat, maka kaedah ini tidak sesuai digunakan melainkan untuk tujuan-tujuan mustahak.
Awal tahun ini (2008), ketika itu saya mengalami masalah kebosanan yang agak serius. saya tercari-cari jalan penyelesaiannya dan tiba-tiba terjumpa dengan Postcrossing. Satu laman web komuniti bagi pengumpul poskad dari seluruh dunia. Saya mendapati ia adalah sesuatu yang menarik untuk dicuba bahkan untuk diuji. Kerana sejak mula-mula tiba di Mesir, saya tidak pernah menggunakan khidmat pos di sini. Pernah juga terdengar cerita-cerita tentang masalah-masalah yang berlaku ketika berurusan dengan pos di sini. Mungkin itu yang mematikan terus niat saya untuk menggunakannya.
Sejak mendaftar di Postcrossing, saya kerap berulang alik ke pejabat pos, dan kerap poskad tiba di pejabat Rumah Terengganu. Satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Setiap kali ada poskad tiba, hati saya terasa penuh. Seronok!
Sehingga kini, saya sudah menghantar 14 poskad ke negara-negara seperti Finland, Slovakia, Jerman dan Jepun, juga telah menerima 17 poskad dari pelbagai negara seperti Mexico, UK, Iceland, Republik Czech dan Africa Selatan.
Ini bermakna, untuk tujuan kirim poskad, Egypt Post boleh dipercayai dan dijamin sampai dalam tempoh dua minggu.
Selepas ini, saya teringin untuk cuba menghantar barang pula. Ada sesiapa yang pernah mencubanya?
Nota:
* Untuk menghantar poskad ke luar Mesir, anda perlu menggunakan setem bernilai LE1.50.
** Sekeping poskad hanya berharga LE0.25 - LE0.50. Murah saja.
I like postcrossing too!
BalasPadamMama from http://www.sirpriz.com from france
Free swap gift community
Thanks for the visit!
BalasPadam