Penyeluk saku

Pickpocket WalletImage by Archie McPhee Seattle via Flickr

Kuliah sudah bermula. Ini merupakan sesi pertama bagi mahasiswa-mahasiswa baru di Al-Azhar. Semalam saya terdengar nasihat-nasihat senior kepada junior-junior di sini tentang keselamatan. Selain kesihatan tubuh badan, keselamatan harta benda juga perlu diutamakan.

Antara kes yang sering berlaku ialah kes seluk saku. Kes ini banyak berlaku pada awal sesi pengajian yang pertama (Oktober - Januari) iaitu pada musim sejuk. Bila sejuk, sudah tentu kita akan memilih untuk memakai pakaian yang tebal. Kalau ada orang seluk saku pun kita takkan perasan kerana tebalnya seluar yang dipakai. Juga kerana pada musim ini ramai pelajar baru yang datang.

Kejadian ini biasa berlaku di dalam bas atau Eltramco yang sesak. Jika anda suka memerhati, dapatkan tempat duduk belakang bas. Perhatikan muka-muka yang menaiki bas dan lihat gelagat mereka. Anda akan dapat cam jenis-jenis muka penyeluk saku dan aksi mereka dalam bas.

Mangsa yang dipilih selalunya berdiri di bahagian belakang bas atau di hadapan. Selalunya tidak jauh dari pintu bas. Penyeluk saku ini akan naik dari pintu belakang dengan muka yang keras. Jika anda senyum padanya, maka senyum anda tidak akan dibalas. Bahkan mereka akan buat-buat pandang ke tempat lain. Dia akan menghampiri mangsa dan ketika mangsa leka, dua jarinya akan menyelinap masuk ke dalam saku seluar mangsa. Selalunya mangsa tidak akan sedar kerana pada musim sejuk adalah lebih selesa memakai seluar yang tebal. Ada juga yang memilih untuk memakai dua lapis. Mana nak sedar?

Berjaya atau tidak menyeluk saku, penyeluk saku akan turun secepat yang mungkin. Tak bayar pun tambang. Dia takkan buat dua kali dalam satu bas. Bahaya. Untuk waktu-waktu yang sesak, kejadian boleh berlaku di tangga bas. Ini lebih berbahaya kerana penyeluk saku boleh melarikan diri dengan cepat.

Oleh kerana itu saya tidak menggunakan dompet di sini. Dalam poket seluar saya selalunya hanya akan ada duit tambang. Telefon bimbit saya letakkan di dalam saku baju atau di dalam beg galas. Selalu juga saya pisah-pisahkan duit saya, sedikit di saku kanan, sedikit di saku kiri dan sedikit di saku baju.

Poket belakang seluar bukanlah tempat yang selamat untuk diletakkan barangan berharga. Dompet, duit atau telefon bimbit. Ia sangat tidak selamat. Cuba peka dengan keadaan sekeliling dan ambil langkah berjaga-jaga seperti berdiri sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar. Ia lebih selamat dan bergaya. Hehe.

* Terima kasih atas idea ini.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit