Dari Asyir ke Darasah

Picture of smog in Cairo.Image via Wikipedia

Saya menulis artikel ini sedang saya bersediakan sarapan sebelum bersiap menuju ke Darasah, tempat di mana kampus lama Al-Azhar berada.

Satu perkara yang sering kami ceritakan kepada saudara mara dan sahabat handai kami ialah tentang pengalaman menaiki bas ke kuliah. Adakalanya cerita-cerita itu ditambah-tambah supaya lebih menyeronokkan. Berdiri di tangga dengan sebelah kaki, berdiri selama 45 minit dalam keadaan sesak bagaikan ikan dalam tin sardin, terpaksa terjun dari bas kerana pemandu enggan memberhentikan sepenuhnya bas untuk lelaki dan pelbagai lagi variasi cerita bas yang boleh dinukilkan di sini. Tapi, bukan itu perkara yang ingin saya sampaikan di sini.

Bilangan penuntut Al-Azhar yang tinggal di Hayyu Asyir sememangnya ramai. Ada yang datang dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Somalia, Turki, malah Azhari yang berasal dari Mesir juga ada yang tinggal di sini. Buktinya, pada hari kuliah, dari Asyir, bas akan dipenuhi dengan manusia semaksimum yang mungkin. Tiba di Darasah, semua turun. Melainkan yang naik semula untuk pulang ke Asyir.

Ini membuktikan betapa pentingnya bagi mereka-mereka yang tinggal di Asyir, untuk mahir dengan jalan untuk ke Darasah. Maka, dalam artikel kali ini, saya kumpulkan jalan-jalan dari Asyir ke Darasah. Kawan-kawan boleh menambah jalan-jalan kalian dalam ruangan komen. Komen saudara amat-amat dihargai.

Jalan 1: Tunggu bas di hentian Gamek atau Bawabah. Naik bas 80 Palang dengan bayaran LE0.50. Bas ini akan bawa anda terus ke Darasah.

Jalan 2: Tunggu bas di hentian Gamek atau Bawabah. Naik bas 65 Kuning dengan bayaran LE0.50. Turun apabila anda lihat CIB Bank Darasah. Untuk kelas pagi, bas akan tiba di Gamek sekitar jam 8.15 pagi. Anda akan tiba di Darasah sekitar jam 9.00 pagi. (Nota: Jangan tertukar dengan bas 65 Putih)

Jalan 3: Tunggu Eltramco di hentian Gamek atau Bawabah. Gunakan bahasa isyarat V atau Peace dengan jari untuk memberitahu bahawa anda menuju ke Hayyu Sabi'. Naik Eltramco ke Sabi' dengan bayaran LE0.75. Tiba di Sabi' tunggu di hentian Sabi' berhampiran gerai majalah dan akhbar. Beli majalah Al-Azhar atau mana-mana majalah jika perlu :D. Naik bas 24 Jim dengan bayaran LE0.50. Untuk duduk dengan selesa, anda perlu peka dengan kehadiran bas. Sebaik sahaja kelibat bas terlihat, cepat-cepat bergegas untuk menaikinya. Adalah lebih bijaksana untuk tidak kelihatan terlalu gopoh. Ini untuk mengelakkan orang lain turut sama berlari menuju ke arah bas secara beramai-ramai. Bas ini akan bawa anda terus ke Darasah.

Jalan 4: Tahan mana-mana teksi di Asyir. Katakan pada pemandu bahawa anda mahu ke Darasah. Bincang dengannya berapa yang perlu dibayar. Biasanya sekitar LE10-LE20. Cuba berkomunikasi dengan pemandu sepanjang perjalanan. LE20 terlalu mahal untuk disia-siakan. Lebih elok jika anda manfaatkannya sebagai kelas Bahasa Arab secara tidak formal.

Saya mengalu-alukan tambahan dari sahabat-sahabat sekalian. Terutama yang sudah tamat pengajian. Inilah masanya untuk menurunkan semua ilmu survival di Mesir kepada adik-adik. Gunakan ruangan komen untuk tujuan itu. Penyertaan ramai amat-amat kami hargai. :-D

* Eltramco = Van yang digunakan sebagai pengangkutan awam.
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Maklumat tambahan tentang bas 80 Palang:
    1. Bas terakhir dari Darasah ke Asyir ialah pada jam 10.00 malam.
    2. Ada bas dari Darasah ke Asyir kira-kira pada pukul 10.15 pagi dan 11.15 pagi.

    Untuk ke Sabi' anda juga boleh menaiki mikrobus (coaster) yang ada tertulis Hayyu Sabi' dengan bayaran LE1.10.

    BalasPadam
  2. naik 65 putih leh gak,,. tp turun kt kilang TAKI, depan BU'UTH,,, pastu amik tremco ke darasah..
    bajet la dlm Le 0.5+le 0.5

    BalasPadam
  3. Patut la ada je yang naik 65 Putih. Ingatkan tak sampai... :D
    Tak tanya tak tahu nih!

    BalasPadam
  4. khairy said: "mudah aja...sewa kereta saya dgn harga LE15 per hour..anada ke kuliah dgn penghawa dingin dan buleh mendengar lagu serta berbual bersama kgkawan semasa perjalanan.." haha... idea yang bernas...!

    BalasPadam
  5. Jalan 5: Anda boleh cuba berjalan kaki dari Asyir ke Darasah. 3 jam je... Kalau kelas pukul 9.00 pagi, anda perlu bertolak jam 6.00 pagi. Tidak perlu berlari. Cuma pastikan anda berjalan tanpa henti, atau anda akan terlambat sampai.

    BalasPadam
  6. ermm...
    1.mase tunggu kat gamek tu, cuba perhatikan metro bus(kaler ijau pendek) bernombor 45...anda akn dibawa trus ke tmpt dinamakan Duei`a.sediakan duit dlam LE 1.50 utk tambangnya..
    then, turun di situ dn anda ade byk pilihan utk menuju ke destinasi anda(Darrasah);
    1)teksi
    2)bas 24 jim
    3)bas 80 palang
    4)bas 65 kuning& putih
    5)jalan kaki pon bleh..hiihihhi

    itu tips tmbhn utk pergi..dn kalu utk balik plok gni..

    1)naik teksi dpn hospital hussein dgn harga LE 0.50,bgtau kat driver kate nk pegi Qubri Qahafah.Sampai kat sane, naik eltramco menuju Rab`ah.Then,anda carilah metro bus menuju ke Hayyu Sabie` ataupon eltramco yg pergi trus ke Hayyu Asyer...

    BalasPadam
  7. Duei'a? Macam mana nak sebut tu? Anyway, thanks. Makin bertambah la jalan alternatif ke Darasah. Ada sapa-sapa ada jalan lain lagi?

    BalasPadam
  8. 4 plan dari saya diamalkan sejak 4 tahun lalu :
    A-tggu bas direct ke darasah samaada 80 palang ATAU 65 kuning.kl bas sesak,tggu lg sehingga bas-bas seterusnya (no y sama)ada ruang u dinaiki.setiap 1/2 jam pasti ade.
    B-tggu di GAME'sblm 7.30 pg,naik bas ke MAHATTAH ZAHRA'.kmdn naik 65 kuning@80 palang ke Darasah.
    C-turun ke Game' @ bawwabah pd awal pg.cdngn sblm 7 pagi.blh i'tikaf dan ulngkaji di msjd alAzhar dl.
    D-ambk kdraan ke sabi'.kmdn naik bas 24 jim.

    Plan B n C insyaAllah blh tmpt duduk.
    Plan D 50-50 utk blh duduk.bgntung kepekaan n kekuatan larian n strategi bkesan utk berebut tmpt duduk.
    Plan A.50-50.

    BalasPadam
  9. Proven tips! Dah diamalkan selama empat tahun dan masih menjadi! :D

    BalasPadam
  10. salam.
    susah kalau nak tulis banyak2 tentang naik bas kat kaherah ni. kena try naik dan tahu sendiri baru best. apa2 orang plan pun kadang2 bukan ikut pun.

    try naik saja, kalau sesat baru best.. lepas tu mesti ingat punya. setakat ni tak penah org bagitau pun naik bas apa ke satu2 destinasi, banyaknya tengok sendiri nombor bas dan destinasi, atau tanya kumsari atau arab2 kat jalan tu.

    mmg sian la korang yg kat kaherah, time imtihan ni lagi seksa. penuh saja la bas. eloknya, nak relax naik teksi la.. pakat 2-3 orang. tak rugi bayar mahal dari berebut2 dan bersardin dalam bas tu.

    kLu nak plan jalan dari asyir darrasah ni byk jln. cuba naik byk bas, tau la jln2 pasni. ok.

    selamat studi..

    BalasPadam
  11. Pakat-pakat naik teksi? Betul jugak. Kalau LE20, pakat 4 orang, baru LE5 seorang.

    Kadang-kadang takde masa gak nak try jalan-jalan ni. Apatah lagi jenis yang terperap dalam rumah depan monitor ni... Hehe...

    BalasPadam
  12. Mane bleh asyik duk terperap je dlm umah.Ape org kata..mcm anak dara..haha..jgn marah,gurau je. Saya nasihatkan saudara byk2la jalan2 kat mesir ni,byk manfaatnye.Tempat yg xkan samanye dgn tempat lain.kalu kita byk jalan byk mende kite leh explore..lgpun mase menetap kat sinila(sb blaja) nk explore mesir puas2 pun,karang dh balik mesia ssh plak nk datang.Pas jalan2 tu postla catatan kempara utk org lua tau psl mesir ni..
    erm,pasal bas nk p dirasah tu,saudara leh try naik bas atabah 69 palang dua (jarang2 lalu),bas 32(kalu x silapla) pastu turun kat atabah jalan kaki ke masjid azhar..rasanye xla jauh sgt,kire senaman pg la..

    BalasPadam
  13. Jiring86
    Pergi Atabah? Ilmu baru nih! Terima kasih!

    BalasPadam
  14. salam . inshALLAH kalau dapat tempat duduk , kita sebagai seorang taalib al 3ilm yang masih di zaman shabab haruslah menanamkan sifat ithar dalam diri. bila nampak je ade tempat duduk kita ithar pada akhi kita dan bagi die tempat duduk . tak payah nak rebut rebut tempat duduk. Akrimah radiyaALLAHu anhu telah mati shahid disebabkan itharnya dan syg kepada akhinya.Just a piece of advise from ustaz Amr Khaled... Anyways jazakumullahker atas post yg sgt membantu..

    BalasPadam
  15. Waalaikumussalam. Terima kasih atas nasihat. Sememangnya orang yang mampu hadiahkan orang lain tempat duduk ketika dia sendiri memerlukannya adalah orang yang berjiwa besar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit