Ops 1116

Jail CellImage by abardwell via Flickr

Satu perkara yang tidak pernah saya dengar berlaku sejak menjejakkan kaki pertama kali di Mesir, berlaku pada hari ini. Satu operasi besar-besaran dilaksanakan oleh polis Mesir untuk memeriksa visa rakyat asing yang tinggal di negara ini.

Yang berjalan, ditahan dan disoal siasat. Yang sedang berada di kafe siber juga dipanggil keluar untuk disoal siasat. Sekiranya terbukti tiada visa yang sah dalam pasport, maka tiada pilihan lain selain diangkut ke lokap. Sukar saya bayangkan bagaimana suasana dalam lokap Mesir. Fahri (Ayat-Ayat Cinta) masuk lokap pada musim panas. Ini musim sejuk.

Dua kawan saya antara yang tidak bernasib baik. Mereka kini sedang ditahan di dalam lokap. Salah seorang daripada mereka tidak memakai baju sejuk. Rakan-rakan sedang cuba untuk mengeluarkan mereka dari tahanan. Moga-moga Allah mempermudahkan urusan mereka semua. Teman serumah saya pula, sejak petang tadi hingga sekarang masih belum pulang. Moga-moga dia selamat dan tidak terbabit dalam operasi ini.

Bagi yang lain, periksa visa anda. Sekiranya sudah tamat, cari jalan untuk mendapatkan visa yang baru. Begitu juga urusan-urusan rasmi lain, seperti pendaftaran kuliah dan sebagainya. Ia remeh, tapi penting.

Ya Allah, ampunkan kami jika kami silap, kemudian, bantulah kami!
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

  1. Ada yang bercerita tentang kes warga Mesir dibunuh dan kejadian tersebut berlaku di Bawabah. Warga asing disyakki sebagai pembunuh. Kerana itu polis-polis berkeliaran di sekitar sekarang ini.

    Kebetulan buat operasi mencari pembunuh, dibuat sekali operasi pemeriksaan visa.

    Ada yang menambah bahawa kes yang berlaku ialah kes bunuh dan rogol.

    Moga Allah mempermudahkan urusan membebaskan F dan U, serta memberi keselamatan dan kesihatan kepada kami semua. Amin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit