Pindah kitab
Pindah kitab
Originally uploaded by rdhanz
Terdengar di hujung-hujung telinga ada aktiviti pindah kitab petang ini lepas Asar. Bagaikan ada satu suara yang memanggil-manggil saya untuk turut serta menyumbangkan tenaga. Selesai urusan mencuci gambar di Sabi', saya terus menuju ke rumah yang dimaksudkan.
Saya tiba sebelum Asar. Rakan-rakan yang lain tiba selepasnya. Aktiviti mengangkat kotak yang di dalamnya tak terhad kepada kitab-kitab sahaja, bermula sebaik sahaja selesai menghubungi pemandu pick-up. Rumah tersebut berada di tingkat 4. Mujur ramai yang hadir. Beban menurunkan barang terasa kurang. Apatah lagi bila dihiasi dengan riuh rendah gelak tawa masing-masing. Bak kata orang, idkhalus surur.
Empat kali pick-up tersebut terpaksa berulang alik. Kebanyakkannya kitab-kitab kepunyaan persatuan yang terpaksa dipindahkan semasa proses mengubahsuai bangunan penginapan pelajar Terengganu. Selebihnya, barangan peribadi tuan rumah. Penat kami tidak berakhir di situ. Ada satu tugas lagi, iaitu mengusung kotak-kotak tersebut naik ke tempat yang dicadangkan. Ternyata, mendaki lebih sukar dari menuruni.
Selesai proses memindah, tibalah masa untuk merehatkan badan dengan teh panas dan kuih yang tersedia. Saya tak dapat nyatakan di sini kuih apa, sebab waktu saya tiba di tempat menjamu, kuih sudah pun habis... Alahai...
Ulasan
Catat Ulasan