Tips mengeratkan silaturrahim

The Kuala Lumpur Tower is an important broadca...Image via Wikipedia

Apa tips paling penting dalam mengeratkan satu-satu hubungan? Tidak kira perhubungan antara ibubapa dan anak, sesama adik beradik, suami dan isteri, mahupun perhubungan antara rakan, tips utama dalam mengekalkan sesuatu perhubungan ialah menerusi komunikasi yang berkesan.

Ini menjawab persoalan kenapa buku bantuan kendiri berkenaan komunikasi menjadi buku pilihan saya untuk menemani saya. Saya mendapati, komunikasi yang berkesan adalah antara faktor penting yang menjamin keutuhan persahabatan dan persaudaraan.

Cuma, buku-buku tersebut dipenuhi dengan teori dan cadangan. Untuk melaksanakannya, ia memerlukan kepandaian diri sendiri untuk mengolah dalam bentuk yang boleh diterima sekeliling. Sudah tentu kita tidak ingin dikata buang tabiat.

Bagaimana anda yang berada jauh dari rumah sentiasa berhubung dengan ibu dan bapa anda? Adakah dengan menelefon rumah? SMS? Atau melalui surat. Saya dapati, surat memberi kesan yang sangat istimewa kepada ibu bapa. Ini kerana, surat yang boleh dipegang dan dijamah tangan seolah-olah mewakili batang tubuh si anak. Bahasa yang kita gunakan ketika menulis surat juga berbeza berbanding ketika berbicara. Saya sering berdepan dengan masalah untuk menggambarkan perasaan ketika menelefon. Kadangkala saya terpaksa ketawa dengan kuat semata-mata untuk menunjukkan yang saya ini gembira dan tiada masalah. Kalau ketawa perlahan tak dengar pulak...

Satu kelebihan jika ibu dan bapa anda mahir komputer. Atau adik beradik anda berminat untuk membantu mereka berhubung dengan anda. Anda boleh menggunakan webcam untuk menatap wajah mereka disamping berbicara secara live. Mereka juga boleh mengubat rindu dengan menatap wajah anak kesayangan mereka. Oh, keluarga saya tidak begitu.

Bagaimana pula dengan anda dan adik beradik? Sekiranya mereka turut berminat dengan Internet, sudah tentu blog boleh menjadi medium yang terbaik untuk berkongsi pengalaman dan memberitahu keadaan diri. Jika tidak, SMS boleh membantu. Bilakah kali terakhir anda menghantar SMS kepada adik beradik anda?

Berada jauh dari tanah air menyukarkan diri untuk mengikuti perkembangan rakan-rakan di Malaysia. Tapi, percayalah, suatu hari nanti anda akan tercari-cari di manakah mereka sebenarnya? Hargai siapa sahaja yang masih dalam contact list anda. Sekali sekala, tanyalah khabar mereka dan ambil tahu tentang apa yang mereka lakukan.

Dalam mengenang keluarga dan sahabat-sahabat di Malaysia, jangan pula lupa akan rakan seperjuangan di sekeliling. Teman serumah, teman sekuliah dan teman senegeri jangan dilupa. Peruntukkan masa untuk bersama dengan mereka. Hulurkan bantuan bila mereka perlu dan peka dengan keperluan mereka. Anda akan dapat rasakan kelainan dalam hari-hari anda selepas itu.

Sengaja saya lontarkan idea ini secara rambang. Ia tidak tersusun. Kerana saya menulisnya dalam keadaan yang kurang tenang. Saya tak dapat hubungi orang yang ingin saya hubungi. Tentunya akan ada perasaan geram, tapi, sabarlah sikit...
Reblog this post [with Zemanta]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis fi'il dan hukum-hukumnya

Hari yang memenatkan

Memudahkan yang rumit