Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2009

Ramadhan dan Jumaat di Leeds

21 Ogos 2009

Saya berterawih, bersahur dan Solat Subuh, kemudian tidur.

9.00am: Bangun dari tidur saya layari Internet dan bersiap untuk Solat Jumaat. Pada mulanya saya dan A.tohir bercadang untuk berjalan. Menurut K.nor agak jauh. Tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Kami batalkan hasrat untuk berjalan. Dengan kereta, A.tohir letakkan kereta berhampiran tempat dia belajar dan kami berjalan meredah hujan renyai-renyai ke masjid. Seketika kami berhenti kerana hujan agak lebat.

Masuk ke masjid, khutbah sudah dimulakan. Sangka saya khutbah dalam Bahasa Inggeris. Rupa-rupanya dalam Bahasa Arab. Bahasa yang khatib gunakan sangat lancar dan mudah difahami. Mengikut gaya khutbah, saya menjangkakan khatib dari Mesir, tapi bahasa yang digunakan sangat baku membuatkan saya sangsi dengan tanggapan pertama saya.

Khatib menjelaskan perihal Ramadhan. Kebetulan hari pertama Ramadhan di Leeds ini hari Jumaat. Jemaah diingatkan tentang kelebihan Ramadhan dan ibadah yang disarankan diamalkan dalam bulan…

Membeli-belah di Leeds

19 Ogos 2009

4.40am: Bangun dari tidur, Solat Subuh, kemudian melayari Internet. Tak lama selepas itu, menonton TV. K.nor sediakan sarapan. Nasi lemak sambal bilis. Lama benar tak merasa nasi lemak sesedap ini.

11.00am: Kami semua ke Morley dengan menaiki kereta. Pemanduan dibantu dengan satellite navigation yang lebih dikenali di sini dengan panggilan Tom Tom. Peta dipaparkan dan dibantu dengan arahan audio. Tiba di Morley, kami dikelilingi premis yang menjual pelbagai barang terpakai. Hasil jualan akan disalurkan ke organisasi kebajikan yang menaungi premis tersebut. Ada organisasi untuk jantung, orang tua, kanak-kanak autism dll. Barang-barang dijual dengan harga yang murah kerana semuanya didermakan orang ramai.

2.30pm: Kami pulang dengan barang-barang yang dibeli. Untuk diri sendiri dan juga sebagai hadiah buat sanak saudara di Malaysia. Tiba di rumah, kami berehat dan K.nor sediakan nasi ayam. Saya makan dengan berselera. Maklumlah, nasi ayam beras basmati. Tak jumpa di Malaysia ka…

Berehat di Leeds

17 Ogos 2009

Saya merayau-rayau di stesen bas. A.tohir kata dia dalam perjalanan. Saya duduk. Tak ramai orang di stesen. Sunyi. Saya mencari-cari wajah yang saya kenali. Tiba-tiba, bila saya berpaling ke kanan, saya ternampak A.tohir sedang menghampiri.

Alhamdulillah!

Kami menuju ke kereta. Kelihatan K.nor tersenyum dari dalam kereta. Masuk saja dalam kereta, ada Ifah dan Ateef. Tapi Ateef sedang tidur.

Kami terus menuju ke rumah K.nor.

8.30pm: Jarak antara stesen bas dan rumah tak begitu jauh. Saya tiba di rumah K.nor dan rehatkan diri. Saya dijamu dengan sup ketam dan ayam goreng. Selesai makan, saya lepaskan geram dan rindu kepada anak-anak K.nor. Ternyata mereka sangat gembira sehingga penat saya melayan mereka. Penat tapi puas.

Malam semakin tua. Budak-budak sudah tertidur. Mata saya pun mula mengantuk. Cadangnya nak sembang dengan K.nor bila budak-budak sudah tidur, tapi masing-masing sudah mengantuk. Esok perlu bangun awal untuk Subuh. Subuh di sini awal. Pukul 3.30 pagi.

18 Ogos…

Disoal siasat

17 Ogos 2009

5.00am: Telefon saya berbunyi. Sengaja saya tetapkan penggera supaya saya tidak terlewat. Saya bergegas ke surau untuk solat. Saya tak boleh lengah-lengah.

Kemudian saya beratur untuk check-in.

Pegawai datang dan tanyakan tentang visa. Saya nyatakan bahawa rakyat Malaysia tidak perlukan visa untuk masuk UK kerana ada perjanjian antara dua negara. Dia seperti kurang yakin. Katanya, ada sebuah negara di Asia yang sebelum ini tidak perlukan visa ke UK tetapi selepas Ogos ini, rakyat negara ini perlukan visa.

Saya tersenyum kelat. Malaysiakah itu?

"As far as I know, I don't need visa to enter UK," saya beri penegasan.

"I'll check."

Dia menuju ke arah rakannya dengan pasport saya. Mungkin kepada pegawai yang lebih tinggi pangkatnya. Sememangnya saya sudah diberi peringatan bahawa urusan untuk masuk ke UK agak sukar.

Saya mendekati mereka. Pegawai yang lain datang. Bahasa Inggerisnya bagus. Bahkan paling bagus di kalangan orang Turki yang pernah saya …

Selat Bosporus

16 Ogos 2009

5.40am: Saya bangun agak lewat pagi ini. Mungkin kepenatan setelah seharian berjalan semalam. Selesai solat saya layari Internet untuk elakkan diri dari tidur semula. Banyak juga yang perlu saya catatkan dalam blog.

Kawan saya cadangkan saya meredah Selat Bosporus. Cadangan yang baik. Ia akan memakan masa selama enam jam. Saya pasti pemandangan yang indah sedang menanti.

8.40am: Saya bertolak dari rumah agak awal. Tapi terpaksa menunggu agak lama di hentian bas. Saya menunggu bas 43r yang membawa saya dari Rumeli Hisarustu ke Kabatasy. Bas agak lengang. Dari Kabatasy saya naik tram ke Eminonu yang telah saya ziarahi semalam. Tempat adanya Spice Bazar.

Sampai sahaja di Eminonu, saya melintas jalan melalui laluan bawah tanah dan menuju ke jeti dan beli tiket feri pergi-balik. TL20 (RM40). Berpinar sekejap mata melihat harga yang terpapar. Sebabnya, dalam buku panduan yang tertulis ialah TL7.50 (RM15). Dua kali ganda lebih. Oleh kerana saya tiada rancangan lain, saya teruskan …

Pasar seni di Eminonu

14 Ogos 2009

9.40pm: Akhirnya saya bertemu dengan kawan saya. Kami terus menuju ke Rumeli Hisarustu, kawasan di mana dia tinggal. Tiba di Rumeli Hisarustu, kami singgah di pasar raya dan beli susu, pisang dan air mineral. Sebelum ke rumah, kami singgah di kedai makan dan menikmati sup yang sangat sedap.

11.00pm: Kami tiba di apartment. Dia akan tinggalkan saya sendirian di biliknya. Dia sendiri akan tidur di rumah kawannya, tiga minit dari situ. Dia tunjukkan bilik air dan dapur agar saya selesa untuk bergerak dalam rumah tersebut. Sebetulnya dia tinggal dengan beberapa orang yang lain, namun kebetulan semua keluar. Dia nasihatkan saya agar berehat kerana perjalanan saya sangat jauh. Dia keluar dan saya basuh pakaian saya sebelum tidur. Sempat juga melayari Internet.

15 Ogos 2009

4.30am: Saya bangun untuk Solat Subuh. Tak lama kemudian saya terdengar laungan azan. Saya solat sekali lagi kerana menyangka solat saya yang sebelum ini tidak sah kerana belum masuk waktu. Rupa-rupanya saya terk…

Solat Jumaat di Masjid Biru

14 Ogos 2009

4.00am: Akhirnya kami tiba di Istanbul. Alhamdulillah. Tempat pertama yang saya tuju ialah masjid untuk saya tunggu Subuh.

4.30am: Tiba-tiba baru saya terperasan yang saya tertinggal Al-Quran di dalam bas! Saya bergegas ke stesen dengan menggalas beg. Tak berani saya tinggalkan beg di masjid. Semua barang adalah tanggungjawab peribadi. Di stesen, bas yang saya naiki sudah tiada. Saya beritahu kepada pemandu bas yang ada bahawa saya tertinggal Al-Quran di dalam bas dan tempat duduk saya bernombor lima. Mujur dia boleh berbahasa Inggeris.

"Five minutes," ujarnya.

Saya belum benar-benar lega sebelum dapat lihat sendiri Al-Quran tersebut. Saya menyalahkan diri sendiri kenapa terlalu cuai.

Tak lama kemudian, seorang pemandu lain muncul dengan Al-Quran saya di tangannya. Alhamdulillah! Allahu akbar! Saya berterima kasih kepada kedua pemandu tersebut dan menuju ke masjid. Sebelum tiba di masjid saya buat keputusan untuk bersarapan. Saya pilih kacang panggang dalam sos to…

Perjalanan yang memenatkan

13 Ogos 2009

Banyak yang saya bualkan dengan Husin, seorang guru agama berbangsa Turki. Bahasa Arab menjadi perantaraan kami. Kami dihidangkan dengan teh beberapa kali dan TV di hadapan menayangkan filem Forbidden Kingdom lakonan Jackie Chan dan Jet Li. Pilihan yang menarik, tapi saya tak berminat untuk menontonnya. Apatah lagi bila suaranya sudah dialih bahasa ke Bahasa Turki. Jackie Chan cakap Turki. Lucu. Tapi belum cukup lucu jika dibandingkan Amitha Bachan cakap Indonesia sebagaimana yang saya tonton di rumah mak saudara saya di Johor.

2.15pm: Bas berhenti lagi untuk kali yang seterusnya. Saya mencari surau untuk solat. Saya bertanya kepada orang di sekeliling dan terlihat papan tanda mescit (masjid). Selesai solat, saya beli susu. Kami teruskan perjalanan.

Kali ini kami dihidangkan dengan sebuah filem komedi Turki. Husin pada awalnya memberitahu saya bahawa filem ini adalah filem komedi yang menggunakan bahasa yang kesat. Tapi akhirnya dia kelihatan menikmatinya dan menceritakan …

Dari Damsyiq ke Antakya

12 Ogos 2009

4.25pm: Azan Asar berkumandang. Saya sudah Solat Asar, terus ke cyber cafe. Saya perlu maklumkan kawan saya di Istanbul akan keberangkatan saya malam ini.

5.20pm: Saya pulang ke rumah Ubai. Pada mulanya saya ingin tidur saja petang itu. Tapi, rasa rugi pula tidak luangkan masa dengan kawan-kawan serumah Ubai. Saya ingin manfaatkan pertemuan kami yang singkat ini. Sebelum itu saya ada minta Ubai untuk hubungi Nu'man, jiran saya yang belajar di sini. Malangnya dia demam teruk dan dia tak boleh datang.

Kebetulan sekarang musim demam di sini. Tiba-tiba saya terasa suhu badan saya naik. Bimbang juga tak boleh masuk Turki sebab demam. Bahkan kerajaan Syria tidak benarkan masuk ke Lubnan kerana influenza A H1N1. Saya terus ambil dua biji kapsul habbatussauda yang saya bawa dari Mesir. Sememangnya jika saya terasa suhu badan berubah, saya akan ambil kapsul ini dan alhamdulillah, beberapa jam seterusnya semuanya kembali normal.

Saya balutkan tubuh saya dengan jaket agar berpeluh…

Hari yang panjang di Damsyiq

12 Ogos 2009

Nak beli tiket ke Istanbul perlu tunjukkan pasport dan saya tertinggal pasport di rumah Ubai. Maka, kami berpatah balik dan terus ke stesen bas.

12.15pm: Alhamdulillah, tiket bas telah dibeli dengan harga SP2000 (RM140).

1.00pm: Kami menuju ke masjid untuk solat. Dalam masjid tersebut terdapat tiga maqam. Salah satunya maqam sahabat Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam iaitu Abu Darda'. Di sisinya maqam Ibni Qudamah, pengarang kitab Mughni (kitab fiqh Hambali yang masyhur) dan maqam Amir Haji zaman Uthmaniah.

Keluar saja dari masjid, saya terlihat kebun bunga yang cantik. Dari kejauhan saya dapat mencium harum bau bunga yang mekar. Kami teruskan perjalanan ke Suq Hamidi. Pasar yang sangat besar dan pelbagai. Suasana di sana sibuk dan sesak. Macam-macam barang dijual di Suq Hamidi. Bahkan setiap barang utama ada lorongnya. Lorong barangan kulit, lorong stokin, lorong kain dll. Ubai tunjukkan saya satu tempat bernama Dar Hadith, tempat di mana Imam Nawawi pernah belajar …

Bersama Syeikh Rusydi Khalab

11 Ogos 2009

Saya masih di luar, mengetuk pintu. Beberapa orang yang lalu lalang kelihatan curiga. Kebetulan ada seorang pemuda berdiri tak jauh dari saya. Entah apa yang dia buat. Akhirnya dia dekati saya dan...

... dia tekan loceng.

La, ada loceng rupanya. Butangnya tak kelihatan sebab dikaburi dengan warnanya yang hampir sama dengan dinding (alasan).

Sekejap saja selepas itu, pintu dibuka. Pemuda itu tersenyum sinis. Saya juga tersenyum sinis. Ah, malunya!

"Ramadhan?"

Oh, inilah sepupu Musab yang sepatutnya kami bertemu di Bab Musolla. Namanya Ubai. Kami bersalaman dan jelaskan situasi siang tadi. Telefon saya tak boleh hantar sms dan akhirnya ada yang sudi tunjukkan jalan. Dia nyatakan dia terkeliru sebab tiada mesej yang sampai. Apa-apa pun, akhirnya kami bertemu.

Banyak yang kami bualkan. Bagaikan tak nak berhenti. Padahal masing-masing sudah tahu yang esok Subuh awal. Saya ingin kongsikan banyak perkara sebab ikut perancangan saya, esok saya sudah ingin tinggalkan Syr…

Tidur di luar?

11 Ogos 2009

Selesai solat saya tunggu Tarmizi di biliknya. Barang-barang semua saya dah kemaskan. Tak lama kemudian Tarmizi muncul dan ajak makan nasi.

Ada dua jenis nasi yang Tarmizi beli. Satu nasi yang dimasak dengan susu masam. Saya sangat berhati-hati dengan benda masam. Lebih-lebih lagi dalam perjalanan seperti ini. Yang satu lagi nasi maqlubah. Yang ini pernah saya rasa di Restoren Hadramaut, Mesir. Saya pilih nasi maqlubah. Tapi saya tak boleh makan banyak, Faiz kata kereta sudah menunggu di bawah.

2.30pm: Seperti semalam, kereta prebet sapu. Selain Faiz ada dua juniornya ikut serta; Hadi dan Hafiz. Kereta meluncur laju dan berhenti isi minyak. Kemudian berhenti sekali lagi untuk urusan pasport. Kami ambil peluang itu untuk tukarkan wang kami ke matawang Syria. Perjalanan diteruskan.


2.50pm: Tiba di sempadan Jordan-Syria. Di sini saya perlu bayar cukai keluar sebanyak JD5 (RM25). Orang agak ramai, maka urusannya agak lambat.

3.15pm: Saya hubungi kawan saya di Syria. Akhirnya kam…

Sepagi di Mafraq

11 Ogos 2009

4.40am: Bangun dari tidur, saya lihat Tarmizi masih tekun membaca. Agaknya dia tak tidur dari malam tadi. Selesai Solat Subuh, saya layari Internet. Kemaskini catatan perjalanan saya dan hubungi beberapa orang kawan yang online.

Tarmizi mengambil tempat saya tidur semalam. Dia perlu rehat sebelum masuk ke dewan peperiksaan tengah hari nanti. Saya nyatakan hasrat saya untuk ke Syria pagi ini. Dia cadangkan saya bertolak jam 2.00 petang kerana ada kawannya yang akan ke sana. Dia boleh tunjukkan jalan. Awalnya saya ragu-ragu. Tapi akhirnya saya mengalah.

Maka pagi itu saya buat keputusan untuk bersiar-siar sekitar Mafraq.


8.40am: Saya turun ke pasar yang berhampiran. Kedai-kedai sudah dibuka. Namun yang kelihatan hanya sayur-sayuran dan ayam. Saya teruskan berjalan. Semakin lama semakin banyak kedai yang dibuka. Jalan semakin sesak. Saya memilih untuk sarapan ayam golek -- satu hal yang tak pernah saya buat sebelum ini.

Tiada apa yang saya beli. Hanya cuci mata, melihat gelaga…

Perjalanan ke Mafraq

10 Ogos 2009

5.50pm: Setelah hampir sejam menunggu, bas akhirnya penuh. Saya menghela nafas lega. Bas mula bergerak dan perlahan-lahan meninggalkan Mu'tah menuju ke Amman -- ibu negeri Jordan. Tak banyak yang boleh saya catatkan kerana hari semakin gelap dan saya pun sudah letih.

7.45pm: Bas berhenti di Mujamma' Janub, Amman. Saya perlu ke Ghardan jika ingin ke Mafraq. Ada sebuah kereta tanpa label menawarkan khidmatnya ke Ghardan. Saya ragu-ragu, namun tiada pilihan lain. Pada hemat saya, jika di Malaysia kereta ini dipanggil prebet sapu. Atau kereta sewa tanpa lesen.

Bergelegak hati saya mendengar pemandu dan kawannya mencarut. Entah apa seronok mencarut saya pun tak pasti. Gaya pemanduannya pun agak lintang pukang. Saya yang duduk di belakang menahan sabar.

Tiba di Ghardan saya perlu segera cari bas ke Mafraq. Tiada bas. Hanya kereta seperti tadi. Namun pemandunya kelihatan lebih mesra dan baik. Saya katakan padanya bahawa saya belum solat. Dia mengangguk dan saya cari tempat…

Sehari di Mu'tah

10 Ogos 2009

6.30am: Kami tiba di Mu'tah. Bas berhenti bersebelahan Masjid Syuhada. Memang ia tempat bas menunggu penumpang. Pekan ini masih sunyi. Saya hantar sms kepada Amir dan tunggu di depan masjid.

Ada beberapa hal yang menarik tentang sistem bas di Jordan. Ternyata masyarakatnya sangat menghormati wanita. Jika ada perempuan yang naik, penumpang akan menyusun kedudukan mereka supaya tiada lelaki yang duduk bersebelahan dengan perempuan tanpa arahan pemandu. Bas, coaster atau kereta penumpang biasanya tak akan bergerak selagi mana tidak penuh. Maka, waktu bertolaknya sangat relatif. Untuk berhentikan bas, biasanya penumpang akan mengetuk syiling pada dinding bas dan pemandu akan segara faham.

Saya bacakan Al-Quran dengan suara yang kuat untuk hilangkan rasa mengantuk. Saya disapa saki baki jemaah masjid dengan ramah. Selang beberapa minit, Amir tiba. Sebetulnya, inilah kali pertama saya bertemu dengannya.

Dia membawa saya ke rumahnya. Saya selesakan diri saya dan dia hidangkan…

Sarapan di Karak

10 Ogos 2009

Saya terkejut dari tidur apabila dengar suara orang bergaduh. Paha saya basah dengan peluh. Cuaca di luar tidak begitu sejuk dan saya sedang meriba dua beg. Itu yang membuatkan saya berpeluh banyak.

Pemandu bas tak puas hati dengan penumpang kerana mereka mengarahkannya masuk ke kampung-kampung dan menghantar mereka di hadapan rumah. Kami beberapa jam terlewat. Penumpang tadi cuba memahamkan pemandu bahawa tiada pengangkutan untuk ke rumah mereka kerana waktu sudah terlalu lewat. Coaster terpaksa melalui laluan pacuan empat roda.

Mujur tayar tidak terlekat atau pecah. Alhamdulillah.

Akhirnya tinggal kami bertiga. Berempat termasuk pemandu.

5.00am: Saya diberi isyarat bahawa kami sudah sampai ke hentian terakhir. Coaster berhenti di sebelah Masjid Umari dan kami semua turun. Sebaik sahaja kaki menjijak tanah, terdengar laungan iqamah dari masjid. Saya terus masuk dan tunaikan Solat Subuh.

Selesai solat, saya menyapa pemuda yang solat di sebelah kanan saya. Dia kelihatan ter…

Pelabuhan Aqabah

9 Ogos 2009

Pengumuman bahawa kapal akan berhenti diulang-ulang. Istimewa masyarakat Mesir, mereka memang suka berasak-asak. Saya juga terikut-ikut. Saya isyaratkan kepada Ahmad dan Hazim supaya pergi dulu. Pasport mereka sudah di tangan mereka. Sedang pasport saya dipegang pihak kapal. Katanya saya boleh tuntut setibanya saya di pelabuhan. Berbeza warganegara bererti berbeza layanan. Alhamdulillah, sebagai warganegara Malaysia, saya dilayan lebih baik.

Saya turun ke stor untuk mengambil beg. Kemudian bergegas mengikut orang ramai ke pelabuhan. Sebagaimana di Nuweiba', di sini juga disediakan bas untuk menyingkatkan perjalanan.

Setibanya di bangunan pelabuhan, saya diserahkan pasport. Apabila pasport sudah di tangan, saya boleh melangkah laju. Di hadapan ada pemeriksaan beg. Saya dengan sukarela membuka beg-beg saya, namun tidak begitu diendahkan pegawai yang bertugas. Lepas. Alhamdulillah.

Kemudian pasport saya dicop. Kini saya secara rasmi sudah masuk Jordan. Saya keluar dari b…

Meredah Teluk Aqabah

Ahmad keluarkan bekal yang dia bawa. Nasi daging. Sudu tak cukup, maka kami sepakat makan menggunakan tangan. Ahmad mensyarahkan kelebihan makan dengan tangan dan kelebihan menjilat jari selepas makan. Alhamdulillah, cukup untuk alas perut.

2.30pm: Saya berlegar-legar di dalam kapal dan dapati beberapa orang sedang solat. Saya kemudiannya ke berwudhu' di bilik air dan solat beralaskan kain tuala. Lantai panas. Tak sanggup saya sujud tanpa alas.

3.30pm: Ahmad meminta saya menjenguk kaunter penyerahan pasport dengan Hazim. Tadi ramai orang. Mujur tak ramai seperti sebelumnya. Kami berdua selesaikan urusan pasport kami dan kemudian giliran Ahmad. Alhamdulillah, Ahmad memang tahu selok belok kapal ini.

Di luar kapal masih ada satu barisan panjang menunggu giliran untuk masuk. Saya cuba untuk tenangkan fikiran. Seorang penumpang tunjukkan pada saya kapal laju yang sedang berhenti di pelabuhan.

"Itu kapal laju yang bertolak pagi tadi. Dah pulang ke pelabuhan."

Kapal laju sudah p…

Madu yang tumpah

Seorang lelaki berjalan di depan pintu keluar terminal. Tiba-tiba beg plastik yang dibimbitnya koyak pada bahagian bawah. Dua botol madu terjatuh. Salah satunya pecah.

"Ilahi!" jerit saya separuh kuat.

Namun terdengar seseorang berkata di belakang saya, "Alhamdulillah."

"Alhamdulillah? Untuk madu yang tumpah?" bisik hati saya.

"Alhamdulillah, semuanya baik," kata lelaki itu.

Dia pun berbual dengan loghat Saudinya. Jarang ada Arab dari Saudi yang naik kapal biasa. Kebanyakkannya akan naik kapal laju. Dan dia tidak kelihatan seperti seorang yang miskin. Kami berkenalan. Dia seorang guru matematik sekolah rendah yang asalnya di Syarqiah.

Syarqiah adalah sebuah negeri di Mesir. Bandar yang paling terkenal di Syarqiah ialah Zaqaziq. Di sana terdapat sebuah kampus Al-Azhar dan sebilangan pelajar Malaysia belajar di sana. Pelajar perubatan pun ada. Saya nyatakan padanya, saya pernah ke Zaqaziq sekali hanya untuk makan krib. Krib adalah sejenis makanan yang h…

Pelabuhan Nuweiba'

9 Ogos 2009

Dua kali saya terkejut dari tidur dan terus teguk air. Panas!

3.30am: Bangun untuk bersiap. Sungguhpun pagi, tiada kesegaran pagi di sini. Hanya hawa panas yang menemani. Selesai mandi, saya tunggu azan Subuh. Sambil itu bersiap-siap dan kemas barang.

4.30am: Azan Subuh berkumandang. Solat dan terus serahkan kunci bilik. Penjaga kunci pelik kenapa saya turun awal. Saya pelik kenapa dia tanya.

Setibanya di pintu masuk pelabuhan, duf'ah mengarahkan saya untuk tunggu jam 5.00 pagi. Beberapa ketika selepas itu kelihatan orang ramai beratur. Saya bergegas masuk barisan.

5.20am: Alhamdulillah, masuk sudah ke ruang menunggu. Saya tanyakan pada orang yang duduk di sebelah saya, bertolak pukul berapa? Katanya pukul 8.00 pagi. Saya ambil posisi terbaik untuk tidur.

Beberapa jam selepas itu saya mula gelisah. Tak tahu jam berapa sebenarnya bertolak. Tak tahu apa yang sepatutnya saya buat. Baca Mathurat sudah. Baca Quran sudah. Memang saya ada bawa novel sebagai bekal. Namun belum te…

Hotel Hepton

8 Ogos 2009

4.30pm: Azan Asar berkumandang bersahut-sahutan. Ingatkan ada sebuah saja masjid di sini. Di kawasan pedalaman macam ini pun ada banyak masjid. Saya teruskan tidur sedang orang solat berjemaah. Saya sudah jama' tadi.

Apabila waktu mendekati Maghrib, saya masuk ke masjid dan penuhkan botol air saya yang semakin kosong.

Saya menuju ke kaunter tiket. Cadangnya nak beli tiket dulu, selepas itu baru solat.

7.30pm: Azan Maghrib berkumandang. Bila tengok pada kaunter tiket, nampak tiada harapan ia akan buka tepat jam 8.00 malam. Maka saya bergegas ke masjid dengan semua beg saya. Sempat berjemaah, namun masbuq.

Selesai solat, barulah saya dapat menunggu di kaunter dengan dada yang lapang. Beberapa orang mengerumuni kaunter. Tiada istilah giliran di sini. Siapa cepat, dia dapat. Kalau lambat, terlepas.

9.00pm: Setelah beberapa siri soal jawab yang tidak berapa jelas, saya berjaya dapatkan tiket kapal biasa dengan harga USD70 (RM245). Saya kehairanan kerana yang tertulis hanya USD…

Masjid Rahman

Tambang bas dari Kaherah ke Nuweiba' sebanyak LE60 (RM40).

Saya masih terpinga-pinga dengan kenyataan penjual tiket. Tiket habis? Saya tanyakan padanya jadual perjalanan kapal. Dia jawab dengan tidak mesra, "Kapal laju esok. Kapal biasa malam ini kemungkinan ada. Jam 10.00 malam. Datang ke sini jam 8.00 malam."

Saya tanyakan masjid di mana. Menunggu lima jam tak adalah susah sangat. Sedang saya berjalan ke masjid, ternampak kedai makan. Nak makan apa duit ada LE5 (RM3) saja? Namun tetap saya gagahkan juga kaki ke kedai makan dan tanyakan harga makanan di situ.

Saya memilih tojin makronah. Harganya LE3 (RM2). Saya dihidangkan dengan pasta yang digaul dengan daging dan tumisan bawang, sup kosong berperisa lembu yang pekat dan jeruk sayur. Jeruk saya tak sentuh langsung. Bimbang sakit perut.

Selesai makan, saya berjalan ke masjid berhampiran. Masjid Rahman. Ada beberapa orang sedang tidur di sana. Cuak juga nak tinggalkan barang sementara ambil wudhu'. Namun apakan daya…

Pemeriksaan pasport

10.50 am: Bas berhenti seketika di sebuah restoran di tengah-tengah padang pasir. Dalam poket saya hanya ada LE5 (bersamaan RM3). Selainnya dalam matawang Dolar Amerika dan Ringgit Malaysia. Maka, saya tak perlu berbelanja di sini. Makan saja apa yang sudah dibawa.

Saya catatkan semua yang berlaku agar tidak lupa. Saya tuliskan juga dengan ringkas cadangan perjalanan yang akan saya tempuhi. Dalam masa yang sama saya hantar sms kepada keluarga dan kawan-kawan yang menunggu di destinasi yang dituju.

Bas bergerak lagi. Kali ini kami dihidangkan dengan dua filem Mesir. Saya hanya ada dua pilihan; tengok atau tidur.

12.50 pm: Kami tiba di Taba. Satu bandar kecil yang cantik di Semenanjung Sinai. Pantainya membiru. Sesuai untuk berkelah. Air lautnya tenang. Agak jauh dari pantai ada sebuah pulau yang didirikan di situ sebuah kubu pertahanan oleh Salehuddin Al-Ayubi -- pahlawan Islam yang berjaya menawan kembali Palestin dari tangan tentera Salib. Kubunya berselerakkan di tanah-tanah Arab. Ku…

Kemalangan di padang pasir

Terima kasih kepada Ustaz Hakimi, Salman, Hilman, Hakim, Anas, Fahmi, Aiman, Azrul dan Hanif atas kesudian menyediakan makanan, memberi nasihat dan menghabiskan makanan yang banyak malam tempoh hari.

8 Ogos 2009

Pagi itu saya bangun sebelum Subuh. Mandi dan bersiap-siap. Sebaik sahaja azan Subuh berkumandang, saya dan Hilman solat Subuh bersama. Kami perlu cepat kerana ingin tiba di stesen bas sebelum 6.00 pagi.

5.15 am: Turun dari rumah dengan Hilman. Saya izinkan dia bawa beg saya yang besar kerana perjalanan saya masih jauh. Tiada kedai yang dibuka pada waktu ini melainkan kilang isy (roti). Kami berjalan melalui celah-celah bangunan untuk cepat sampai dan jauh dari pandangan orang lain.

Tiba di hentian bas, saya beli air kotak dan snek sebagai bekal. Mujur tak perlu tunggu lama, Eltramco (van) ke Ramsis tiba. Eltramco ke Ramsis pasti akan melalui Abbasiah; tempat yang saya tuju. Tak seperti biasa, Eltramco ini bergerak dengan tenang dan ini buat hati saya agak gusar. Bahkan banyak b…

Majlis tanasuh

6 Ogos 2009

Saya bergegas ke kedai untuk membeli barang yang A.tohir dan K.nor kirim. Tak banyak. Tapi bukan barang yang selalu dibeli. Perlu dicari segera sebelum masa semakin sempit.

Memang sehari dua ini saya sudah mula mengemas barang. Perjalanan yang sudah lama dirancang ini akhirnya tiba ke saat untuk melaksanakannya. Seketika terasa berdebar. Ketika lainnya terasa seronok. Perasaan ini bercampur baur. Namun, kerana perjalanan ini sudah melibatkan komitmen orang lain, tidak bijak sekiranya saya pula menggadaikan komitmen saya.

Harus selesaikan apa yang saya mulakan.

7 Ogos 2009

Segalanya sudah siap, insyaAllah. Makan untuk bekal esok sudah ada. Semua barang dimuatkan dalam dua beg dan satu beg kertas. Kawan serumah sibuk mengemas rumah. Saya tak sempat untuk ikut serta. Mengemas bilik sendiri saja sudah ambil masa sehari suntuk.

Selesai solat Isya', dapur bising dengan bunyi orang memasak. Perut sudah berkeroncong. Namun, belum juga siap. Di ruang tamu ada beberapa orang teta…

Ramadhan Kareem

Siapa tahu berapa Syaaban hari ini?

16 Syaaban. Bererti telah berlalu satu perdua Syaaban. Bererti Ramadhan semakin hampir. Bulan di mana semua umat Islam dapat menghirup manisnya ni'mat beribadah secara beramai-ramai.

Suasana sambutan Ramadhan di Mesir jelas kelihatan. Kelihatan fanus-fanus (pelita) dijaja ditepi-tepi jalan. Taqwim waktu solat sudah mula diagih-agihkan. Satu kelainan berbanding tahun-tahun lepas, ada dijual patung Ramadhan Kareem -- watak sorang lelaki Mesir berbadan gempal, bermisai tanpa janggut. Unik.

Bukan sengaja memilih, tetapi terpaksa memilih waktu ini untuk memulakan perjalanan. Waktu agak sempit, namun hanya ini yang ada. Terima kasih kepada semua yang membantu. Lebih-lebih lagi yang membuka tangan apabila diri ini sangat memerlukan.

Semoga Ramadhan kali ini lebih beerti dengan makna-makna yang mendidik jiwa.

Amiin ya Rabb!

Laporan Julai 2009

10 artikel yang paling kerap dikunjungi sepanjang Julai 2009
1. Warna Pelangi
2. 5 rukun khutbah Jumaat
3. Perkembangan teknologi komunikasi
4. Rukun Islam dan rukun iman
5. Doa lembutkan hati anak
6. Adobe Illustrator
7. Laporan Jun 2009
8. Ketatkan yang longgar
9. Kebuluran di Afrika
10. Sebuah laptop sebuah cerita: Compaq Presario V3000

10 blog yang menyumbang kunjungan terbanyak ke blog ini sepanjang Julai 2009
[+1] 1. Maizatul Ranai
[-1] 2. Raqaiq
[+1] 3. Wahyu Suci
[+6] 4. Jelajah Mesir
[+3] 5. Azan Subuh Khamis
[baru] 6. Nik Afra
[-1] 7. Pena Hafiy
[baru] 8. Munauza At-Takiri
[-6] 9. Cucu Dagang
[baru] 10. Avenseena

Pertamanya, saya ingin memohon maaf kepada pengunjung blog ini kerana tidak menyediakan bahan bacaan untuk tempoh yang agak lama. Banyak hal yang berlaku. Seperti perkahwinan Zaizul, perkahwinan Irfan, forum, dll. Namun saya tak punya kuasa dan upaya untuk mengungkapkan semua itu dalam bahasa yang teratur, kemas dan menarik. Untuk itu saya merehatkan jari-jari saya dari menuli…