Membeli-belah di Leeds
19 Ogos 2009
4.40am: Bangun dari tidur, Solat Subuh, kemudian melayari Internet. Tak lama selepas itu, menonton TV. K.nor sediakan sarapan. Nasi lemak sambal bilis. Lama benar tak merasa nasi lemak sesedap ini.
11.00am: Kami semua ke Morley dengan menaiki kereta. Pemanduan dibantu dengan satellite navigation yang lebih dikenali di sini dengan panggilan Tom Tom. Peta dipaparkan dan dibantu dengan arahan audio. Tiba di Morley, kami dikelilingi premis yang menjual pelbagai barang terpakai. Hasil jualan akan disalurkan ke organisasi kebajikan yang menaungi premis tersebut. Ada organisasi untuk jantung, orang tua, kanak-kanak autism dll. Barang-barang dijual dengan harga yang murah kerana semuanya didermakan orang ramai.
2.30pm: Kami pulang dengan barang-barang yang dibeli. Untuk diri sendiri dan juga sebagai hadiah buat sanak saudara di Malaysia. Tiba di rumah, kami berehat dan K.nor sediakan nasi ayam. Saya makan dengan berselera. Maklumlah, nasi ayam beras basmati. Tak jumpa di Malaysia kalau tak buat sendiri. Selesai makan, saya menonton TV sambil melayan anak-anak K.nor.
8.30pm: Selesai solat, saya pilih untuk tidur awal. Penat.
20 Ogos 2009
Hari ini kami merancang untuk ke pasar. Setelah sarapan, K.nor siapkan anak-anak. Saya senaraikan barang-barang yang C.su kirim.
12.00pm: Kami bertolak dalam keadaan hujan renyai-renyai. Tiba di pasar, kami berpecah. Saya, A.tohir dan Ateef ke stesen bas untuk beli tiket, K.nor dan Ifah ke tempat lain untuk beli barang. Saya beratur untuk beli tiket. Bayarannya GBP35.60 (RM213.60). Bila tiket sudah di tangan, saya semak kembali tarikh. Ya Allah, saya minta 23 Ogos, dia buat 22 Ogos.
"Excuse me. I want 23rd."
"You said 22."
Adeh. Dialog yang sama berulang beberapa kali.
"Wait until I serve the next costumer."
Selesai urusan pelanggan selepas saya, saya mendekatinya dan dia buatkan saya tiket yang baru. Alhamdulillah. Masalah berlaku sama ada saya memang tersilap sebut atau mungkin sebutan saya tidak begitu tepat dan jelas. Saya tak ada banyak peluang untuk berlatih bertutur di sini.
Kami berkumpul semula dan mula mencari barang yang dikirim C.su. Melilau kami mencari premis Bodyshop dalam keadaan hujan semakin lebat. Memang untuk keluar rumah di sini perlu kenakan jaket. Setelah bertanya barulah kami temui premis yang kami cari. Di sana kami beli barangan yang dipesan.
Kemudian kami berpecah lagi. Saya, A.tohir dan Ateef ke Argos untuk mencari beg yang C.su kirim. Sistem Argon agak unik. Hanya ada katalog tanpa barang. Kemudian, di kaunter yang disediakan ada sebuah telefon. Jika ada item yang kita inginkan dalam katalog, masukkan nombor kod produk pada telefon tersebut dan ia akan nyatakan sama ada masih ada stok atau tidak. Jika ada, tuliskan kod pada kad tempahan dan terus ke kaunter bayaran. Unik.
Kami bertiga menuju ke kereta dan mengambil K.nor yang sedang menunggu bersama Ifah di hentian bas.
4.00pm: Tiba di rumah, masing-masing sudah penat. Selesai solat, kami makan bersama dan saya tertidur.
10.00pm: Saya terdengar bunyi riuh di bawah. Saya di tingkat atas, dalam bilik, sedang tidur. Ada tetamu rupanya. Saya turun ke bawah dan sapa tetamu tersebut dan makan bersama.
11.30pm: Tetamu pulang dan saya yang sudah puas tidur melayari Internet. Malam ini malam pertama Ramadhan di Leeds.

Ulasan
Catat Ulasan