Berehat di Leeds
17 Ogos 2009
Saya merayau-rayau di stesen bas. A.tohir kata dia dalam perjalanan. Saya duduk. Tak ramai orang di stesen. Sunyi. Saya mencari-cari wajah yang saya kenali. Tiba-tiba, bila saya berpaling ke kanan, saya ternampak A.tohir sedang menghampiri.
Alhamdulillah!
Kami menuju ke kereta. Kelihatan K.nor tersenyum dari dalam kereta. Masuk saja dalam kereta, ada Ifah dan Ateef. Tapi Ateef sedang tidur.
Kami terus menuju ke rumah K.nor.
8.30pm: Jarak antara stesen bas dan rumah tak begitu jauh. Saya tiba di rumah K.nor dan rehatkan diri. Saya dijamu dengan sup ketam dan ayam goreng. Selesai makan, saya lepaskan geram dan rindu kepada anak-anak K.nor. Ternyata mereka sangat gembira sehingga penat saya melayan mereka. Penat tapi puas.
Malam semakin tua. Budak-budak sudah tertidur. Mata saya pun mula mengantuk. Cadangnya nak sembang dengan K.nor bila budak-budak sudah tidur, tapi masing-masing sudah mengantuk. Esok perlu bangun awal untuk Subuh. Subuh di sini awal. Pukul 3.30 pagi.
18 Ogos 2009
Saya dapat tidur atas katil yang paling selesa sepanjang perjalanan saya. Tapi, entah kenapa sedang saya tidur, betis kanan saya kejang. Tak lama selepas itu, betis kiri pula. Ada yang kata kesan banyak berjalan. Ada yang kata kerana kurang garam. Harap ia tak berulang.
3.30am: Saya berjaya bangun awal untuk Solat Subuh. Selesai solat, tidur kembali.
7.30am: Saya ambil masa untuk layari Internet. Internet di sini sangat laju. Tak perlu risau menunggu untuk upload gambar. Masih perlu tunggu, tapi tak terlalu lama. Apabila semua sudah bangun, kami sarapan bersama-sama. Kemudian saya menonton TV dengan anak-anak K.nor.
12.00pm: K.nor perlu ke hospital untuk pemeriksaan kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan. InsyaAllah, bulan Oktober ini saya akan dapat seorang lagi anak saudara. Kemungkinan lelaki. Semua ke hospital kecuali saya. Saya ingin rehat. Internet menemani saya sepanjang hari.
2.30pm: K.nor pulang. Kami mencari ruang untuk bersembang di celah-celah riuh rendah suara anak-anak. K.nor anak sulung dalam keluarga yang banyak saya belajar dari pengalamannya dan akan terus belajar. Banyak juga cerita dan berita yang tak sampai kepada saya yang baru saya tahu melaluinya.
5.00pm: Kami sama-sama menikmati kari ayam. Di sini beras basmati mudah didapati dan dikira murah. Maka, sarapan dengan basmati, makan tengah hari, malam, semuanya dengan basmati.
8.30pm: Selepas solat kami makan malam bersama-sama. Gelagat anak-anak menggamatkan suasana. Adakalanya melucukan, adakalanya memeningkan. Mendengar kepetahan Ifah berceloteh membuat saya kadang-kadang terlupa bahawa dia masih kanak-kanak. Tapi, bila dia menangis dan buat karenah, barulah saya sedar kembali bahawa dia hanyalah kanak-kanak. Ateef pula dengan halnya sendiri. Semua yang kakaknya buat dia juga ingin buat.
Selesai sembang-sembang sambil menunggu budak-budak tidur, kami yang dewasa pula tidur. A.tohir dan K.nor sudah rancangkan beberapa tempat untuk dilawati. Saya hanya menurut. Saya tak tahu apa yang ada di Leeds ini. K.nor pun tak berapa tahu. Dia baru dua bulan di sini. Belum cukup masa untuk menjelajah semua tempat.

awww..so sweet..hehe. seronok melayan ank sdara eh? attachla gmbr.mauu tgk mereka lg..
BalasPadam@Maizatul Ranai: Gambar ada dalam Facebook aaa...
BalasPadam